Anugerah Juara Lagu ke-28

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-28
TV3
Tarikh 26 Januari 2014
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara AG Selamat & Scha Al-Yahya
Penerbit Muhamad Sufian Che Isa
Juara Lagu "Bahagiamu Deritaku"
nyanyian Hafiz
(gubahan: LY/
lirik: Baiduri)
 < ke-27 Anugerah Juara Lagu ke-29 > 

Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2013. Tema pementasan AJL28 ialah "Game On"[1] yang berunsur suasana dan aksi permainan video. Juara AJL28 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.[1]

Muzik-Muzik Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Jumaat berturut-turut pada 8, 15 dan 22 November 2013, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Lihat di sini untuk senarai lengkap penyertaan Separuh Akhir Muzik Muzik 28

Finalis[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu yang layak ke AJL 28 ditebalkan seperti berikut:

NO. Lagu Artis Komposer Penulis lirik
1. In Love With You Aizat Amdan & Noh Salleh Noh Salleh Noh Salleh
2. Penglipurlara Hazama & The Penglipurlara Omar K Zell
3. Takkan Terpisah Black Kunci Demak Kunci Demak
4. Tanda Tanya Azlan & The Typewriter Light & Bakri Dark
5. Sahabat Najwa Latif Feat. Sleeq & Shamkamarul Najwa Latif Ika Latif
6. Hanya Aku Hyper Act Hyper Act Frozen
7. Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet Omar K & Audi Mok Altimet
8. Aku Pelat Salam Musik DJ Fuzz Salam, Eyzabahra & Jaytan
9. Kau Yang Terindah Alyah Citra Erma Fatima
10. Bahagiamu Deritaku Hafiz Ly Baiduri
11. Ikut Rentakku Jaclyn Victor Edry Abd. Halim Edry Abd. Halim
12. Bosan Stacy Audi Mok Omar K

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-28 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Ahad, 26 Januari 2014.

Kesemua lagu yang layak diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.[1]

12 buah lagu layak ke peringkat akhir kali ini. Urutan persembahan adalah seperti berikut:

  1. Aku Pelat - Salammusik
  2. Takkan Terpisah - Black
  3. In Love With You - Noh Salleh & Aizat Amdan
  4. Hanya Aku - Hyper Act
  5. Bosan - Stacy
  6. Bahagiamu Deritaku - Hafi Suip
  7. Penglipurlara - Hazama & The Penglipurlara
  8. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
  9. Sahabat - Najwa Latif feat. Sleeq & Shamkamarul
  10. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter
  11. Kau Yang Terindah - Alyah
  12. Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Altimet

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip (Komposer: LY / Penulis Lirik: Baiduri), RM35,000 dan Trofi
  • Naib Juara Lagu: Hanya Aku - Hyper Act (Komposer: Hyper Act / Penulis Lirik: Frozen), (RM15,000 dan Trofi)
  • Tempat Ketiga: Kalau Aku Kaya - Altimet & Awi Rafael (Komposer: Omar K & Audi Mok / Penulis Lirik: Altimet), (RM12,000 dan Trofi)
  • Vokal Terbaik: Ikut Rentakku - Jaclyn Victor, (RM10,000 dan Trofi)
  • Persembahan Terbaik: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip, (RM10,000 dan Trofi)
  • Anugerah Juara Mobile Celcom: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Edisi kali ini memperlihatkan beberapa penyanyi yang buat pertama kali layak ke pentas AJL iaitu Sleeq, Shamkamarul, Hyper Act, Awi Rafael dan Salammusik.
  • Jaclyn Victor merupakan artis senior memasuki Anugerah Juara Lagu. Kali terakhir beliau ke pentas AJL secara solo (lagu sendiri) adalah pada AJL 20 dengan dua buah lagu, 'Gemilang' & 'Wajah'.
  • Jaclyn Victor juga memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut.
  • Eyza Bahra dari Salammusik merupakan 'rapper' wanita pertama yang layak ke pentas AJL.
  • Kemenangan "Bahagiamu Deritaku" di pentas AJL kali ini merupakan kemenangan 'Juara Lagu' kedua untuk Hafiz Suip.
  • Buat pertama kalinya persembahan terbaik 100% diadili oleh pengundi menyebabkan persembahan Stacy (Bosan) yang bertemakan "Resident Evil" iaitu menepati tema "Game On" tewas di tangan Hafiz (Bahagiamu Deritaku).

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Mengikut ukuran dibuat Nielsen Audience Measurement kira-kira 6 juta atau lebih 57% penonton dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan stesen televisyen (TV3), jumlah tersebut menunjukkan penanda aras terbesar bagi sebuah acara siaran langsung kategori hiburan yang diterbitkan stesen berkenaan. "Ia meliputi jumlah tontonan menerusi Internet di laman web rasmi TV3 yang turut menyajikan acara karpet ungu, galeri, video dan Di Sebalik Tabir. "Keunggulan AJL28 sebagai acara pembuka tirai tahunan bagi stesen televisyen ini tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya sentiasa ditunggu-tunggu para peminat muzik tempatan," menurut kenyataan itu. AJL28 turut mencatat jumlah tontonan memberangsangkan menerusi live streaming yang mencecah 327,598 penonton dengan Malaysia adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 141,824 diikuti Singapura (14,448), United Kingdom (4,103), Brunei (3,254) dan Amerika Syarikat (2,194). Sementara itu, lebih 20,000 streaming menerusi portal muzik baharu, 'Tonton Music' direkodkan pada malam AJL28 sahaja. Pada masa sama, laman sosial Twitter mencatatkan 251,000 Tweets yang turut dikongsi menggunakan kata kunci #AJL28 manakala sebanyak 12,929 gambar pada pertandingan itu dikongsi di Instagram.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Siaran Media: Anugerah Juara Lagu 28". TV3. 7 Jan 2014. Dicapai 25 Jan 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]