Remp-It

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Remp-It
Rempit-poster.jpg
Poster filem Remp-It
PengarahAhmad Idham
PenerbitDavid Teo
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
10 Ogos 2006
Tempoh tayangan
92 miinit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 2 juta
Pecah panggungRM 4 juta

Remp-It merupakan filem aksi Malaysia yang ditayangkan pada 10 Ogos 2006 yang memfokuskan kepada aktiviti lumba haram atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintang oleh Dato' Farid Kamil, Cat Farish, Julia Hana, Zul Huzaimy dan Aqasha.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin. Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal Yamaha Y125Z baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Suatu hari, Madi dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar.

6 bulan berlalu, dan kini Madi bukan lagi seorang penghantar surat. Dia kini bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel motosikal. Satu hari, orang bawahan Spark datang ke bengkel tersebut tetapi dilempang oleh Madi. Seterusnya, Madi mendesak untuk menganjurkan satu perlumbaan sejenis (one-make race) melibatkan motosikal Yamaha RX-Z di Lebuhraya Shah Alam. Dalam perlumbaan tersebut, kebanyakan Mat Rempit yang lain tersungkur separuh jalan; ada yang terjatuh di plaza tol dan selebinya terjatuh di lorong motosikal sehingga hanya tinggal Madi dan Spark sahaja. Pada penghujung perlumbaan, Spark bermain kotor - dia menendang Madi, menyebabkannya melanggar sebuah lori dan mati. Spark pula berjaya melepaskan diri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Remp-It dikeluarkan pada 10 Ogos 2006. Ia merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM4 juta.[1]

Motosikal yang digunakan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

V3: Samseng Jalanan (2010)[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem ini, V3: Samseng Jalanan dikeluarkan pada 11 Mac 2010. Tajuk asalnya ialah Rempit V3, filem ini menjadi kontroversi kerana mempunyai banyak unsur tidak sihat dan tidak menjadi pengajaran kepada samseng jalanan. Sebanyak 20% filem ini telah dipotong.[2]

Remp-It 2 (2020)[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem Remp-It telah diumumkan pada 2019. Farid Kamil dan Zul Huzaimy pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini, bagaimanapun Zul Huzaimy menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 kerana perbezaan kreatif.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rozdan Mazalan (22 September 2014). "Genre permotoran kuasai filem tempatan". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2015.
  2. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 Mac 2010). Farid tidak angkat mat rempit Utusan Malaysia. Diperoleh pada 20 April 2018.
  3. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Ogos 2019). 'Saya bukan kacang lupakan kulit' - Farid Kamil Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]