Mania!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mania!
GenreRealiti, Pertandingan muzik
Pengacara Dato' Aznil Haji Nawawi
JuriDato' M. Nasir
Aubrey Suwito
Ahmad Dhani
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro 188
Siaran asal17 Mac 2012

Mania! ialah sebuah rancangan realiti berbentuk pertandingan nyanyian dan karya lagu yang diterbitkan oleh Astro dan disiarkan di Astro Ria dan juga saluran istimewa HD iaitu Saluran 188. Siaran langsung Mania! juga dipancarkan di Internet menerusi tapak sesawang rasminya.

Tidak seperti rancangan realiti nyanyian lain yang melibatkan bakat yang baru-baru belaka, Mania! melibatkan seniman-seniman yang sudah terkenal dan berpengalaman berlumba sesama sendiri untuk merebut hadiah utama di bawah naungan penerbit muzik terkenal.

Format[sunting | sunting sumber]

Sebilangan orang penyanyi atau kumpulan muzik terkenal tanahair, termasuk yang dipilih sendiri oleh pihak penerbitan dan juga beberapa orang lagi yang dipilih daripada 'Hot Seat' melalui undian umum, berentap sesama sendiri sambil dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang penerbit muzik yang tersohor. Penentuan kumpulan ditentukan oleh beberapa konsert pendahuluan yang mana setiap penerbit menilai setiap peserta untuk disertakan dalam kumpulannya. Penerbit itu boleh memilih peserta sebaik sahaja selepas peserta itu habis membuat persembahan, ataupun menangguhkan keputusannya ke suatu ketika, hingga akhir konsert mahupun konsert seterusnya.

Setelah diagihkan kepada penerbit masing-masing, nasib kesemua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton yang menilai persembahan mereka menerusi konsert mingguan yang berlangsung hingga konsert akhir. Seorang peserta disingkirkan di hujung setiap konsert. Para peserta berebut gelaran 'Superstar' dengan hadiah wang tunai terbesar sebagai ganjaran.

Pertandingan & Konsert Mingguan[sunting | sunting sumber]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Mania! yang julung kali dianjurkan ini dimulakan dengan pengumuman pada 20 Februari 2012 akan 12 orang penyanyi yang dipilih oleh pihak penerbitan untuk menyertai rancangan ini, iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Adira, Shila Amzah, Atilia, Alyah, Akim, Hazama, Awi Rafael, dan kugiran-kugiran Estranged dan Kristal; serta tiga orang ikon penerbitan muzik yang bakal membimbing mereka, iaitu Aubrey Suwito, Datuk M. Nasir dan Ahmad Dhani (dari Indonesia).[1]

Selain itu, 20 orang lagi penyanyi turut dicalonkan untuk mengisi tiga lagi ruang iaitu 'Hot Seat' yang ditentukan oleh para peminat di tapak sesawang rasmi Mania! mulai 20 Februari hingga 16 Mac 2012. Mereka ialah: Idayu AF3, Akma AF3, Noni AF5, Ebi AF5, Shawal AF5, Riz AF6, Nadia AF6, Toi AF6, Aishah AF7, Aril AF7, Daus AF8, Maulana AF8, Azri AF9, Kay AF9, Lena AF9, Erul AF9 dan Fina AF9 serta Chaq, Fiq dan Mohd dari Mentor.[1] Mereka yang terpilih ialah Ebi, Aril dan Chaq.

Pilihan produser[sunting | sunting sumber]

Siaran Mania! di kaca TV dimulakan dengan tiga konsert, yang mana setiap satunya lima peserta beraksi di hadapan penonton dan juga para penerbit sambil menunggu keputusan penerbit mana yang mengambil mereka ke dalam 'empayar' mereka. Artis yang muncul pada konsert 1 dan 2 secara amnya sudah ditentukan penaung mereka dalam satu perbincangan tertutup, manakala artis konsert 3 dan 'Hot Seat' dipilih sejurus selepas membuat persembahan atau ditangguh hingga ke suatu ketika.

Bintang Lagu Dipilih oleh
Konsert 1 (17 Mac 2012)[2]
Stacy "The Edge of Glory" (Lady Gaga) M. Nasir
Atilia "Gelombang" (Salamiah Hassan) Ahmad Dhani
Estranged "Rozana" (Search) Ahmad Dhani
Akim "Demi Cinta" (Kerispatih) Ahmad Dhani
Ebi "We Will Rock You" (Queen) M. Nasir
Konsert 2 (24 Mac 2012)[3]
Kristal "Opera Hidup" (Wings) M. Nasir
Adira "Pulangkan" (Misha Omar) Aubrey Suwito
Alyah "Russian Roulette" (Rihanna) Aubrey Suwito
Hafiz "Permintaan Hati" (Letto) Ahmad Dhani
Chaq "Gagap" (Stacy) Aubrey Suwito
Konsert 3 (31 Mac 2012)[4]
Jaclyn Victor "Pilihlah Aku" (Kris Dayanti) Aubrey Suwito
Shila Amzah "Set Fire to The Rain" (Adele) M. Nasir
Aril "Hampa Hatiku" (Ungu) Ahmad Dhani
Hazama "Nur Nilam Sari" (Search feat Awie) M. Nasir
Awi Rafael "Hadapi Dengan Senyuman" (Dewa 19) Aubrey Suwito

Konsert penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Di penghujung setiap konsert mingguan ini, sekurang-kurangnya seorang peserta yang menerima bilangan undian tercorot akan disingkirkan daripada pertandingan. Nasib semua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton. Tiga konsert penyingkiran yang pertama diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, selepas itu berpindah ke Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam.[5]

Konsert 4[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 07 April 2012
Bintang Lagu Penyanyi Asal
Estranged "Nakal" Gigi
Adira "Lagu Untukmu" Meet Uncle Hussain
Atilia "Gadis Semasa" Yuna
Ebi "Menyesal" Sixth Sense
Alyah "Tanpa Kekasihku" Agnes Monica
Aril "Terbang" Gigi
Hazama "Kejoraku Bersatu" Search
Kristal "Pawana" Search
Jaclyn Victor "Terukir Di Bintang" Yuna
Hafiz "Someone Like You" Adele
Shila Amzah "Hatimu Milikku" Nera AF9
Chaq "Lelaki Seperti Aku" Alif Satar
Akim "Hey Jude" The Beatles
Awi Rafael "Pokok" Hazama & Meet Uncle Hussain
Stacy "Toxic" Britney Spears

Konsert 5[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 14 April 2012
Bintang Lagu Penyanyi Asal
Ebi "Anak Kampung" Jimmy Palikat
Akim "Inilah Cinta" Akim
Awi Rafael "The Show Must Go On" Queen
Shila Amzah "Kau atau Aku" Elyana
Adira "Kembang Perawan" Gita Gutawa
Kristal "Di Ambang Wati" Wings
Alyah "Kau" Glenn Fredly
Estranged "Rolling in the Deep" Adele
Aril "Kenangan Lalu" Flybaits
Jaclyn Victor "Matahariku" Agnes Monica
Stacy "Suralayar dalam D Major" Search
Atilia "All Night Long" Lionel Richie
Hazama "Semalam yang Hangat" Wings
Hafiz "Bukan Cinta Biasa" Afgan

Konsert 6[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 21 April 2012
Bintang Lagu Penyanyi Asal
Hazama "Cindai" Dato' Siti Nurhaliza
Adira "Destinasi Cinta" Dato' Siti Nurhaliza
Shila Amzah "Merisik Khabar" Dato' Sudirman
Atilia "Layar Impian" Ella
Ebi "Senandung Semalam" Jamal Abdillah
Akim "Sedetik Lebih" Anuar Zain
Aril "Kembali Senyum" Izwan Pilus
Stacy "Goyang Inul" Inul Daratista
Kristal "Yank" Wali
Jaclyn Victor "Grenade" Bruno Mars
Alyah "Khatimah Cinta" Sixth Sense
Hafiz "Karma" Faizal Tahir
Estranged "Itu Kamu" Estranged

Konsert 7[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 28 April 2012

Minggu ini merupakan minggu duet, yang mana setiap peserta bernyanyi bersama artis undangan.

Bintang & Artis Undangan Lagu Penyanyi Asal
Shila Amzah & Noraniza Idris "Hati Kama" Dato' Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Stacy & Cliff Umar "Total Eclipse of the Heart" Bonnie Tyler
Kristal & Ella "Kesal" Ella
Aril & Zahid "Ghazal Untuk Rabiah" Jamal Abdillah & Dato' M. Nasir
Estranged & Velvet "Sudah" Nidji
Alyah & Nora "Di Persimpangan Dilema" Nora
Hazama & Lan "Suatu Masa" Dato' M. Nasir
Jaclyn Victor & Maman "Warisan Wanita Terakhir" / "Pelesit Kota" Teacher's Pet / Search
Hafiz & Maya Karin "Ombak Rindu" Hafiz & Adira
Adira & Shahir "Ku Pinang Kau Dengan Bismillah" Pasha (Ungu) & Rossa
Ebi & Salma "Kasih Tak Sampai" Padi

Konsert 8 (Suku Akhir)[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 05 Mei 2012

Minggu ini bertema "Medley Malar Segar", yang mana setiap peserta dikehendaki menyanyikan serantaian lagu klasik.

Bintang Lagu Penyanyi Asal
Stacy "Fantasia Bulan Madu" / "Proud Mary" Search / Tina Turner
Adira "Janji Manismu" / "Balqis" Aishah / Dato' Siti Nurhaliza
Aril "Biarlah Bulan Bicara" / "Kau Lupa Janji" Broery Marantika / Jamal Abdillah
Shila Amzah "Anggapanmu" / "I'm Alive" Ziana Zain / Celine Dion
Hafiz "Lagenda" / "Sinaran" Dato' Sheila Majid
Jaclyn Victor "Joget Angan Tak Sudah" / "Terasing" Jay Jay / Dato' Sudirman
Alyah "Jauh Di Sudut Hati" / "Kasih" Dato' Sudirman
Ebi "Tunggu Sekejap" / "Kekasih Awal dan Akhir" Tan Sri P. Ramlee / Jamal Abdillah
Hazama "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" / "Kisah Kau dan Aku" Alleycats

Konsert 9 (Separuh Akhir)[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 12 Mei 2012

Separuh akhir ini terbahagi kepada dua pusingan, yang mana setiap peserta mempersembahkan dua buah lagu untuk merebut lima tempat di konsert kemuncak.

Pusingan 1

Bintang Lagu Penyanyi Asal
Shila Amzah "My Life Would Suck Without You" Kelly Clarkson
Aril "Ku Cari Damai Di Hati" Gingerbread
Hafiz "Kaulah Segalanya" Hazrul Nizam
Jaclyn Victor "I Will Always Love You" Whitney Houston
Hazama "Putihnya Lukisan" Meet Uncle Hussain
Ebi "Kasihnya Laila" Jinbara
Stacy "Kasanova" Stacy
Adira "Karena Ku Sanggup" Agnes Monica


Pusingan 2

Bintang Lagu Penyanyi Asal
Aril "Satu" Dewa 19
Hafiz "My Baby You" Marc Anthony
Shila Amzah "Maha Karya Cinta" Faizal Tahir
Hazama "What's Up?" 4 Non Blondes
Jaclyn Victor "Tapi Bukan Aku" Kerispatih
Adira "Aku Skandal" Hujan
Ebi "Tiga Malam Tanpa Bintang" Fiq
Stacy "Hukum Karma" Wings

Konsert 10 (Akhir Mania!)[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Disiarkan : 19 Mei 2012

Penganjuran Mania! berpindah balik ke Dewan Sri Putra sempena Konsert Akhir pada 19 Mei 2012. Lima orang bintang, kesemuanya kelahiran rancangan pertandingan realiti (Jaclyn Victor dari Malaysian Idol dan semua yang lain dari Akademi Fantasia) merebut hadiah utama wang tunai RM 500,000.

Konsert dibuka dengan persembahan berkumpulan oleh para peserta yang tersingkir bergilir-gilir mengikut empayar dan menyanyikan lagu-lagu ciptaan penaung masing-masing. Empayar biru menyanyikan lagu "Seribu Impian", empayar hijau "Itulah Sayang" dan "Laskar Cinta", dan empayar merah "Semerah Padi"; para penaung turut berlagu bersama anak-anak buahnya.

Pusingan 1

Bintang Lagu Penyanyi Asal
Stacy "Takkan Melupakanmu" Radja
Hafiz & Siti Sarah "Beribu Sesalan" 3 Suara
Aril "Starlight" Muse
Jaclyn Victor & Tiar Jinbara "Arjuna Mencari Cinta" Dewa 19
Hazama "Saat Ku Idamkan" Amy(Search)


Pusingan 2

Bintang Lagu Penyanyi Asal
Stacy & Fiq "Cinta" Melly Goeslaw & Krisdayanti
Hafiz "I Believe I Can Fly" R Kelly
Aril & Ari Lasso "Isabella" Search
Jaclyn Victor "Kenangan Terindah" / "Gemilang" Samsons / Jaclyn Victor
Hazama & Dato' Hattan "Kepadamu Kekasih" Dato' M. Nasir, Dato' Hattan & Jamal Abdillah



Malam konsert turut diserikan oleh persembahan dari tetamu undangan seperti Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan rantaian lagu para ketua empayar (di antara persembahan kedua Stacy dan Hafiz), iaitu "Mistikus Cinta" (Ahmad Dhani), "Gemuruh" (Aubrey Suwito), dan "Sejati" (M. Nasir), diikuti oleh Wings selepas kesemua para peserta habis membuat persembahan, dengan lagu-lagu "Peronda Jaket Biru", "Romania".


Keputusan diumumkan di akhir rancangan sebelum pukul 11: tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor (hadiah wang tunai RM 100,000), tempat kedua oleh Stacy (RM 250,000) dan juara oleh Hafiz (RM 500,000).

Carta pengundian[sunting | sunting sumber]

Keputusan Undian Mengikut Kedudukan (Selepas Talian SMS ditutup)
Ked. Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10
1 Hafiz Jaclyn Jaclyn Ebi Aril Hazama Hafiz
2 Ebi Ebi Ebi Jaclyn Hafiz Hafiz Stacy
3 Stacy Stacy Stacy Hazama Hazama Stacy Jaclyn
4 Estranged Hafiz Hafiz Hafiz Stacy Jaclyn Hazama
5 Hazama Estranged Adira Stacy Ebi Aril Aril
6 Shila Hazama Shila Shila Adira Adira
7 Atilia Akim Hazama Adira Shila Shila
8 Akim Shila Kristal Alyah Jaclyn Ebi
9 Jaclyn Kristal Estranged Aril Alyah
10 Awi Rafael Adira Aril Estranged
11 Alyah Alyah Alyah Kristal
12 Adira Aril Akim
13 Aril Atilia Atilia
14 Kristal Awi Rafael
15 Chaq
     Juara
     Naib juara
     Tempat ketiga
     Bintang yang tersingkir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Evolusi Superstar dari MANIA!, era.fm, 21 Feb 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  2. ^ Konsert 1: Aubrey Suwito Memilih?, era.fm, 19 Mac 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  3. ^ Konsert Kedua: Akhirnya Aubrey Mula Memilih, era.fm, 26 Mac 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  4. ^ Tiga Empayar Sudah Penuh!, era.fm, 2 April 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  5. ^ FENOMANIA DAN KONSERT DI LOKASI BARU, Mania.com.my, 27 April 2012. Dicapai pada 28 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]