Bachtiar Djamily

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bactiar Djamily)

Bachtiar Djamily(10 November 1929 - ) merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bachtiar Djamily atau Bachtiar bin Sheikh Muhammad Djamil Djaho, Imbang Jaya dilahirkan pada 10 November 1929 di Supayang, Batusangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau menetap di 35, Lorong Langat off Jalan Istana, 41400 Kelang, Selangor.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bachtiar hanya sekolah di sekolah rakyat (1939) ; sekolah Belanda Schakel School (1940) tetapi tidak tamat. Selain itu belajar agama Islam , bahasa Inggeris dan bahasa Arab secara sambilan. Selepasa Perang Dunia Kedua 1945, Bachtiar menganggotai Tentera Badan Keamanan Rakyat (kini Tentera Nasional Indonesia/ TNI) , ditempatkan di Sumatera dan mencapai pangkat Leftenan. Tapi 1947 beliau bersara dari tentera TNI.

Bachtiar mahu belajar di India dan singgah di Malaya dan menetap di Kuala Kangsar, Pulau Pinang, Parit Buntar dan Singapura semasa Darurat Tanah Melayu 1948-1960.

Wartawan[sunting | sunting sumber]

Penulis ini giat menulis sekitar 1950-an bersama munculnya ASAS 50. Beliau pintar berpidato dan memberi ceramah, penulis dan wartawan yang produktif.

Selama berada di Malaya dan Singapura (1948-1955), aktiviti penulisan Bachtiar banyak dibimbing oleh Melan Abdullah, A. Samad Ismail, Ibrahim Mahmud (Ketua Pengarang Warta Negara), dan Othman Abdullah (penerbit Majlis). Tulisannya tersiar di akhbar Majlis, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Warta Negara ,majalah Mastika, Hiboran, Juita, Mutiara, Pengasuh, Kencana, Majalah Guru dan Penuntut – majalah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Sewaktu di Singapura (1953), beliau menjadi wartawan Waspada yang terbit di Medan, Indonesia. Tahun 1954 beliau aktif dalam Persatuan Wartawan Indonesia (PWA). Bachtiar kembali semula ke Indonesia (1955) tetapi terus menghantar rencana ke Utusan Melayu. Tulisannya tersiar di majalah Dewan Masyarakat, Dian dan Santajiwa. Beliau menjadi wartawan keliling untuk Syarikat Agensi PIA, Indonesia dan menjadi wartawan akhbar Waspada. Selepas menerbitkan sebuah akhbar mingguan Pergerakan dan menjadi wartawan hal ehwal politik dan tentera harian Nyata di Bukit Tinggi, Bachtiar berpindah ke Jakarta dan menjadi wartawan akhbar Nusantara, Berita Indonesia dan Semesta hingga tahun 1960.


Antara 1957-1959, Bachtiar menjadi wartawan kesayangan Presiden Indonesia Soekarno dan banyak kali mengikut Soekarno ke luar daerah. Aktivitinya mula dicurigai dan pindah ke agensi pengiklanan pula.


Rampasan kuasa PKI 1965 gagal dan orde baru bermula di Indonesia. Presiden Indonesia yang baru ialah Suharto. Bachtiar berkesempatan menerbitkan dua buah akhbar harian Jihad dan Jiwa Proklamasi tetapi diharamkan oleh kerajaan Indonesia. Pada 29 Mei 1966, beliau menerbitkan akhbar harian Operasi dengan modal sendiri. Berita sekitar Indonesia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris melalui Digest Operasi Daily Bulletin dan disebarkan terutamanya di kedutaan-kedutaan asing. Pada 30 Oktober 1972, Bachtiar mengambil keputusan untuk menutup penerbitan akhbar Operasi.

Beliau mwenjadi wartawan bebas semula dan berkunjung ke negara-negara Asia dan Eropah serta ke Malaysia pada Februari 1976.

Karya kreatif[sunting | sunting sumber]

Karya awalnya itu tersiar dalam majalah Penuntun Perjuangan yang diterbitkan oleh angkatan tentera di bawah Kol. Sharif Othman (1947) di Bukit Tinggi. Bachtiar menulis dalam pelbagai bidang. Lebih 30 buah buku tulisannya tercetak di Malaysia dan puluhan lagi terbit di Indonesia. Beliau cenderung kepada kesusasteraan Melayu kerana rapat dengan anggota ASAS 50. Tema karya beliau tentang pertentangan dan konflik dalam masyarakat.

Lebih 100 buah cerpen dan puluhan puisi dihasilkan pada tahun 1950-an. Lapan buah cerpennya yang tersiar dalam Utusan Zaman (1951). Novel 'Dikejar Perawan Tua' dan sebuah cerpennya terpilih termuat dalam antologi bersama Pertentangan. Novel-novel beliau menggunakan nama samaran Imbang Jaya.

Sebelum ke Singapura, beliau aktif dalam Angkatan Sasterawan Utara Malaya (ASAS UTAMA) di Pulau Pinang dan Pertubuhan Pemuda Jaya Parit Buntar, Perak. Beliau diundang berceramah tentang bahasa dan persuratan, kewartawanan, penerbitan dan pergerakan pemuda . Beliau pernah mewakili ASAS UTAMA sebagai peserta Kongres Bahasa dan Persuratan yang pertama di Singapura (1952). Di Singapura, Bachtiar dan lainnya membolehkan rombongan 21 orang penulis Malaya dan Singapura menghadiri Kongres Bahasa Indonesia yang pertama di Medan (1954).

Antara buku politik yang dihasilkannya ialah riwayat hidup Suharto, Nasution dan Adam Malik; Bagaimana UMNO Melintasi Krisis dan Kenapa Pas Boleh Jadi Pas. Buku riwayat hidup dan perjuangan A. Samad Ismail - tokoh wartawan Malaysia juga berjaya dihasilkan.

Pada tahun 1979, beliau memenangi tempat pertama dalam Peraduan Cerpen Berunsur Dakwah anjuran Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) . Cerpen itu berjudul “Air Mata Tuk Ngah Jusoh”.

Karya[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  1. Bertapa di Gunung Ledang, Singapura: Harmy Press, 1949, 92 hlm
  2. Korban Pengarang Muda, Kuala Pilah: The Sentosa Store, 1949, 46 hlm
  3. Ulama Taslim, Kuala Pilah: The Sentosa Store, 1949, 92 hlm
  4. Nik Teh Janda Muda dari Kelantan, Kuala Pilah: The Sentosa Store, 1950, 72 hlm
  5. Terpikat di Perak, Kuala Pilah: The Sentosa Store, 1950, 90 hlm
  6. Revolusi Kahwin, Seremban: Pustaka Asas Negeri Sembilan, 1953, 93 hlm
  7. Luka Lama Berdarah Balik, Jakarta: Firma Tekad, 1962, 86 hlm
  8. Yang Berontak dan yang Menyerah, Jakarta: Firma Tekad, 1962, 80 hlm
  9. Mencari Menantu, Jakarta: Firma Tekad, 1962, 80 hlm
  10. Mencari Menantu, Jakarta: Firma Tekad, 1963, 140 hlm
  11. Menimbang Rasa, Jakarta: Firma Tekad, 1963, 90 hlm
  12. Orang Rantai dari Silungkang, Jakarta: Firma Tekad, 1963, 108 hlm
  13. Burung Nuri Terbang Tinggi, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M), Bhd., 1966, 107 hlm
  14. Dikejar Perawan Tua, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd.; 1966, 119 hlm
  15. Air Mata Si Mata Air, Petaling Jaya: Cherma Refleswaty, 1976, 194 hlm
  16. Laili Janda Muda Bergigi Emas, Petaling Jaya: Cherma Refleswaty, 1976, 146 hlm
  17. Tak Hanyut Dilanda Arus, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1979, 119 hlm
  18. Bertapa di Gunung Ledang. Singapura: Harmy, 1949.
  19. Dunia pelacuran. Pulau Pinang: United Press, 1950.

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  1. Kumpulan Pecahan Kaca Jatuh ke Batu, Jakarta: Penerbitan Delegasi, 1961.

Biografi[sunting | sunting sumber]

  1. Meneropong Kepimpinan Suharto dan Nasution, Singapura: Purnama Publications, 1958, 184 hlm
  2. Suharto Anak Pak Tani Jadi Presiden, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1969, 164 hlm
  3. Hidup dan Perjuangan Adam Malik, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1978, 172 hlm
  4. Biografi Jeneral Haris Nasution, Jakarta: Penerbitan Mutiara, 1979, 312 hlm

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. Bagaimana Melawan Subversif Komunis, Kuala Lumpur: Nusantara Enterprise, 1971, 180 hlm
  2. Bagaimana UMNO Melintasi Krisis, Petaling Jaya: Cherma Refleswaty, 1976, 126 hlm
  3. Kenapa Pas Boleh Jadi Pas, Petaling Jaya: Cherma Refleswaty, 1976, 97 hlm[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]