Bantuan:Pengenalan manual gaya penulisan/5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pengenalan
Panduan yang luas

Bahagian rencana
Menjadikan rencana senang dibaca

Imej dan rujukan
Mengindahkan kandungan

Pemautan
Menyatukan ensiklopedia

Penyelarasan
Perihal kecil untuk diingat

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



MGP memiliki garis panduan meluas berkenaan pelbagai jenis penggayaan penulisan. Ini ialah antara senarai yang lazim terpakai.

Bahasa

Elakkan menggunakan kata ganti nama pertama dan kedua seperti saya, kita dan anda kecuali dalam petikan dan kata nama khas.

Elakkan frasa seperti ambil perhatian dan ingat bahawa (yang mengandaikan "anda" kepada pembaca); dan elakkan perkataan seperti sudah tentu, terang-terangan dan sebagainya.

Tarikh dan nombor

Elakkan frasa masa yang boleh menjadi lapuk seperti baru-baru ini dan pada minggu depan.

Jangan tulis #1; sebaliknya, tulis nombor satu; perihal buku komik ialah keadaan yang dikecualikan.

Pemecah nombor bulat piawai Wikipedia bahasa Melayu ialah koma (cth. 12,000); dengan itu, pemecah nombor perpuluhan ialah tanda titik seperti 3.14.


Bagi nombor 1 hingga 9, guna perkataan penuh: satu, dua, tiga, ..., lapan, sembilan dalam teks rencana normal, bukan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 (namun begitu, ada banyak pengecualian).

Huruf besar

Nama haiwan/tumbuhan umum (cth. periuk kera) tidak ditulis dengan huruf besar. Pengecualian diberi kepada nama saintifik (Felis catus) dan kata-kata nama khas yang mungkin disertakan dengan nama umum.

Nama-nama kitab suci ditulis kata besar (cth. Al-Qur'an dan Alkitab). Tulis Tuhan dengan huruf besar ketika merujuk kepada satu tuhan secara khusus.

Singkatan

Tulis singkatan tanpa titik, contohnya: AS berbanding A.S..

Gunakan "dan" berbanding simbol "&" kecuali dalam jadual, kotak info dan nama rasmi seperti AT&T.

Tanda baca

Gunakan tanda petik lurus, " dan ', seperti yang ada pada papan kekunci piawai, dan bukannya alternatif seperti “ ” dan ‘ ’.


Ruang bukan pemisah

Pemisahan baris boleh dielakkan dengan menambah ruang bukan pemisah berbanding ruang biasa dengan kod   atau {{nbsp}}. Ini mengelakkan pemisahan baris dalam ekspresi-ekspresi tertentu seperti 17 kg, 565 SM, £11 bilion, April 2024, 5° 24′ 21.12″ U, Boeing 747, and Perang Dunia II.

<--Cuba kuiz manual gaya penulisan!-->