Bantuan:Pengenalan manual gaya penulisan/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pengenalan
Panduan yang luas

Bahagian rencana
Menjadikan rencana senang dibaca

Imej dan rujukan
Mengindahkan kandungan

Pemautan
Menyatukan ensiklopedia

Penyelarasan
Perihal kecil untuk diingat

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Sebuah rencana dengan kotak laman kandungan dan imej di permulaan rencana, dan beberapa bahagian selepasnya

Sebuah rencana sepatutnya bermula dengan pengenalan berupakan rumusan ringkas topik, dan kemudiannya bahagian-bahagian yang menerangkan topik secara lebih terperinci, dengan bahagian dibahagikan dengan menggunakan judul.

Permulaan

Bahagian permulaan ialah bahagian pertama rencana yang muncul sebelum kotak kandungan (dalam antaramuka Wikipedia lama) dan apa-apa judul bahagian. Ayat pertama permulaan biasanya memiliki takrifan ringkas dan memberi kewajaran kelayakan topik. Kandungan selebihnya sepatutnya menceritakan konteks dan rumusan isi-isi penting rencana.

Bahagian permulaan seeloknya satu atau empat perenggan panjang, dan bertindak sebagai rumusan ringkas rencana keseluruhan. Penekanan yang diberi dalam setiap kenyataan dalam bahagian permulaan sepatutnya mencerminkan kepentingan maklumat itu bagi topik secara kasar. Kenyataan perlu diberi rujukan secara berhati-hati sekiranya ia tidak diberi rujukan dalam bahagian rencana selanjutnya, dan perlu ditulis dalam gaya yang jelas dan tercapai untuk menggalakkan pembaca membaca rencana secara penuh. Bahagian rencana selebihnya akan memberi huraian kepada pembaca yang inginkan maklumat lanjut.

Bahagian dan judul

Rencana disusun menjadi bahagian dan subbahagian, dengan setiap satu bermula dengan judul kecil yang akan terpapar dalam isi kandungan. Secara amnya, panjang satu bahagian sebaik-baiknya ialah satu hingga empat perenggan.

Dalam judul, hanya perkataan pertama sahaja yang diawali huruf besar seperti dalam sebuah ayat lazim (cth. "Pengangkutan rel", bukan "Pengangkutan Rel").

Judul 1 ialah tajuk rencana itu sendiri, dan dibentuk secara automatik. Judul-judul bahagian dalam rencana bermula pada peringkat kedua (==Judul 2==), diikuti dengan subbahagian peringkat ketiga (===Judul 3===), dan seterusnya. Bahagian tidak boleh melangkau peringkat-peringkat ini (cth. bahagian peringkat kedua tidak boleh diikuti dengan subbahagian peringkat keempat).

Lihat juga