Bergedel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bergedel
Perkedel kentang.JPG
Bergedel kentang
Tempat asalIndonesia
KawasanAsia Tenggara
Dicipta olehJawa
Suhu penghidanganPanas atau sejuk
Bahan utamaKentang yang dilecek, daging cincang dan perisa
Maklumat lainSebagai hidangan utama atau hidangan sampingan
di Wikibuku Buku Masakan: Bergedel  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Bergedel

Bergedel atau begedil (bahasa Jawa: ꦧꦼꦒꦼꦢꦶꦭ꧀, Jawi: برݢديل), perkedel atau pergedel adalah makanan yang diperbuat daripada kentang dilumatkan dan dicampur dengan daging cincang,[1] hirisan daun rempah serta isi lain sebelum digoreng.

Ia merupakan hidangan dimakan sebagai pembuka selera mahupun sebagai sampingan makanan lain seperti Nasi Lemak, tumpeng nasi kuning atau soto ayam.[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Makanan ini berasal dari frikadeller,[1] iaitu sejenis bebola daging yang khusus dalam masakan Belanda; ia diperkenalkan oleh penjajah Belanda kepada kawasan yang dijajahnya iaitu Indonesia.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Ubi kentang merupakan bahan paling utama membuat hidangan ini, namun ia ada juga dibuat daripada ubi lain seperti ubi keledek atau ubi kayu. Ubi ini direbus atau digoreng sehingga ia cukup empuk agar dapat dilumat. Rempah perencah ditambahkan ke dalam adunan khususnya daun bawang atau saderi.

Bahan utama iaitu daging cincang dicampurkan sebagai isi, namun ia boleh dipelbagaikan termasuk tauhu (sebagai bergedel tauhu) dan jagung - daging pekasam ada juga ada menjadi pilihan dalam resipi dari kawasan tertentu di Malaysia. Bebola kentang berisi ini dicelup dengan telur ayam lalu digoreng celur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Pepy Nasution (2 Februari 2012). "Potato Perkedel Patties Recipe". Indonesia Eats. Dicapai pada 15 July 2015.
  2. ^ "Perkedel Kentang". Tasty Indonesian Food. Dicapai pada 15 July 2015.