Black 14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Black 14 atau Gelita 14 ialah nama bagi mengingati peristiwa dalam sejarah Malaysia pada 14 April 1999 iaitu mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Sambutan Black 14[sunting | sunting sumber]

2001[sunting | sunting sumber]

Beberapa hari sebelum perayaan Black diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis Reformasi dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah Tian Chua, Mohammad Ezam Mohd Nor, Hj. Saari Sungib, N. Gobalakrishnan, Hishamuddin Rais, Raja Petra Kamaruddin, Abdul Ghani Harun, Dr. Badrul Amin Baharom, Lokman Adam dan Badaruddin Ismail.

Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan. Sebenarnya tahanan tersebut dibuat demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

2002[sunting | sunting sumber]

Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘Bersama Membebaskan 10 Tahanan ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar, Gombak, Selangor.

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

2003[sunting | sunting sumber]

Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis Black 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Sambutan kali ini diadakan di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur.

Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

2004[sunting | sunting sumber]

Tahun 2004, Black 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 (PRU11). Tema sambutannya pada tahun tersebut ialah 'Demokrasi Yang Telah Mati'.

Lokasi perayaan Black 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut

2008[sunting | sunting sumber]

Sambutan Black 14 yang diadakan pada 2008 adalah tarikh yang istimewa bagi Anwar Ibrahim bukan kerana mengingati peristiwa tersebut, tetapi merupakan tarikh yang membenarkan beliau aktif di dalam politik kembali di Malaysia.

Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

Tema pada kali ini adalah 'Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’. Lokasi perhimpunan adalah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.