Blok Borneo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)

Blok Borneo merupakan sebuah visi dalam membentuk gabungan politik antara parti-parti politik yang berada di Sabah dan Sarawak. Perubahan landskap politik di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum-14 yang menunjukkan peningkatan dalam sokongan terhadap parti tempatan seperti di Sabah dan di Sarawak membawa kepada idea pembentukan blok pakatan ini. Oleh itu, visi dalam membentuk Blok Borneo merupakan sebuah impian yang ingin direalisasikan daripada parti-parti politik Malaysia Timur yang terdiri daripada parti politik Sabah dan Sarawak. Blok ini pertama kali dicetuskan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan pada tahun 2018, bersama dengan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), mendiang James Jemut Masing (Bul, 2022) [1].

Sabah[sunting | sunting sumber]

Walaupun Blok Borneo pada mulanya diusulkan oleh Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Blok Borneo telah dijadikan tema bagi Parti Warisan Sabah yang diedarkan sebagai bahan publisiti yang mengandungi logo GPS bersama logo Warisan [1]. Sehubungan dengan itu, Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal telah mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak bakal menjadi 'kingmaker' pada Pilihan Raya Umum-15 (Leiking, 2022) [2].


Namun begitu, dengan tampuk pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah yang menarik diri daripada membentuk pakatan dengan Parti BERSATU menunjukkan bahawa aspirasi Blok Borneo makin hampir direalisasikan (Daily Express Online, 2022) [3]. Walaubagaimanapun, Blok Borneo belum dapat dibentuk sehingga 25 Mei 2023 akibat ketidak-stabilan politik di Sabah. Pada tarikh 25 Mei 2023, Sabah akhirnya mendapat kestabilan politik selepas meluluskan 4 rang undang-undang baru di Sabah dan salah satu rang undang-undang tersebut adalah peraturan larangan ahli dewan rakyat untuk berpindah parti atau dikenali sebagai RUU Anti-lompat parti Sabah.

Sarawak[sunting | sunting sumber]

Di Sarawak, walaupun Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang mengusul Blok Borneo, dominasi Gabungan Parti Sarawak di landskap politik negeri tersebut telah membawa kepada tumpuan untuk menarik parti tersebut ke dalam Blok Borneo. Komitmen politik serta aspirasi untuk mendapatkan semula hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 merupakan agenda bersama yang telah menyatukan kedua-dua parti di Borneo ini (Daily Express Online, 2022)[3].

Sehubungan dengan itu, Gabungan Parti Sarawak tetap kekal berhati-hati kerana ketidak-stabilan politik tempatan di Sabah yang berpecah, dari sokongan akar umbi dan juga pendekatan parti-parti politik Sabah terhadap Perjanjian Malaysia 1963. Visi agenda Borneo belum lagi dapat dilihat antara kedua-dua negeri ini (Bul, 2022) [1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Bul, T. (2022). GPS tak komited, blok Borneo kekal impian, kata penganalisis. FMT. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/17/gps-tak-komited-blok-borneo-kekal-impian-kata-penganalisis/
  2. ^ Leiking, D. (2022, October 14). ULASAN | Warisan, GPS mampu hidupkan Borneo Bloc, stabilkan politik negara. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/639639
  3. ^ a b Daily Express Online. (2022, December 12). Semakin hampir realisasikan Blok Borneo: PRS. Www.dailyexpress.com.my. https://www.dailyexpress.com.my/news/204249/semakin-hampir-realisasikan-blok-borneo-prs/