Parti Rakyat Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parti Rakyat Sarawak
Sarawak People's Party
PRS
KetuaTan Sri Dr. James Jemut Masing
Diasaskan2004
Ibu pejabatJalan Pending, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Penggabungan nasionalBarisan Nasional (2004 - 2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018 - )
Tapak web
PRS Official Website
PRS Facebook
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Parti ini merupakan salah satu parti komponen gabungan parti memerintah Barisan Nasional di Malaysia.

Parti ini diasaskan pada 2004 selepas krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.

Pada 2 Disember 2006, 700 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah hadir di Miri,Sarawak. Antara yang diketepikan ialah Dato' Sri Sng Chee Hua, setiausaha agung, Sidi Munan, Ketua Wanita, Josephine Rindan Mawat dan naib presiden, Larry Sng Wei Shun (anak lelaki Sng) yang juga Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri, naib presiden, Jimmy Donald, Anggota Parlimen kawasan Sri Aman.

Senarai organisasi PRS 2018[sunting | sunting sumber]

  1. Presiden - Tan Sri Datuk Amar Dato' Sri Dr. James Jemut Masing
  2. Timbalan Presiden - Datuk Joseph Salang Gandum
  3. Naib-Naib Presiden - Dato' Masir Anak Kujat, Datuk Mong Dagang, Datuk William Nyalau Badak, Manjang Renggie dan Datuk John Sikie Tayai
  4. Ketua Wanita - Dato' Sri Doris Sophia Brodie
  5. Setiausaha Agung - Datuk Ir. Janang Bungsu
  6. Ketua Pemuda - Datuk Snowdan Lawan
  7. Bendahari Agung - Malcolm Mussen Lamoh

Ahli PRS yang penting[sunting | sunting sumber]

Ahli PRS yang lain ialah Anggota Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum dan anggota Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang,[3] anggota Parlimen Hulu Rajang Bily Abit Joo, Adun Tamin Joseph Mauh Ikeh, Adun Kakus Datuk John Sikie Tayai dan Lau Ting Ping.[4]

Pilihan raya kecil Batang Ai 2009[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [5]

Logo Parti[sunting | sunting sumber]

PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[6]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]