Jeffrey Kitingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jeffrey Kitingan

SPDK, PGDK (Sabah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P180 Keningau
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png Pbslogo.JPG Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN)
Majoriti13286(45)
Timbalan Ketua Menteri Sabah
Memegang jawatan
29 September 2020
Berkhidmat dengan
Bung Moktar Radin dan Joachim Gunsalam
Didahului olehWilfred Madius Tangau
Christina Liew
Jaujan Sambakong
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah
Memegang jawatan
29 September 2020
Didahului olehJunz Wong Hong Jun
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Tambunan
Memegang jawatan
10 Mei 2018
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal
Didahului olehBarisan Nasional.png Pbslogo.JPG Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN)
Majoriti6136(1037)
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional
Memegang jawatan
8 September 2020
Berkhidmat dengan
Abdul Hadi Awang
Yong Teck Lee
Ahmad Faizal Azumu
Presiden
Parti Solidariti Tanah Airku
Memegang jawatan
2015
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 29 September 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriGabungan Parti Sarawak.jpg PBB.jpg Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri
Didahului olehPakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Bingkor
Dalam jawatan
2013 – 10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png Pbslogo.JPG Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN)
Digantikan olehSabahanSTAR.jpg Datuk Robert Tawik @ Nordin (STAR)
Majoriti5,350(456)
Butiran peribadi
Lahir (1948-10-22) 22 Oktober 1948 (umur 72)
Tambunan
Parti politikPbslogo.JPG PBS (1990-1994, 1996-2000)
Akar.jpg AKAR (1994-1996)
Pbrslogo.gif PBRS (2002-2002)
Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg PKR (2006-2011)
STAR.jpg STAR Cawangan Sabah (2012-2016)
SabahanSTAR.jpg STAR (2015-Kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-Kini)

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)(September 2020 - Kini)
PasanganDatin Seri Panglima Cecilia Edwin
HubunganJoseph Pairin Kitingan (abang)
Maximus Johnity Ongkili (anak saudara)
PekerjaanAhli Parlimen
Laman web rasmi[1]

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (lahir 22 Oktober 1948) merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II. Beliau merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah dan pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.[1] Beliau lahir di Kota Marudu dan merupakan alumni siswazah dari Universiti Harvard (Sekolah Kerajaan John F. Kennedy).[2] Datuk Seri Panglima Dr Gapari Pairin Kitingan, juga seorang ahli politik merupakan bekas ketua Menteri Sabah. Beliau juga adalah bekas Pengarah Yayasan Sabah dibawah lantikan Tun Datu Mustapha Datu Harun iaitu Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama.

Parti Jeffrey Kitingan, Parti STAR Sabah adalah salah satu Komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak September 2020. Datuk Jeffrey Kitingan bersetuju untuk bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada bulan September 2020. Selepas "Pilihan Raya Sabah 2020" , Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menang dengan 38 kerusi, dan Parti Datuk Jeffrey Kitingan, Parti Solidariti Tanah Air (STAR) telah memenangi 6 kerusi. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan bersetuju untuk memberikan slogan Gabungan Rakyat Sabah - GRS, "Sayangi Sabah", untuk tema Pilihan Raya Sabah 2020 dan bersetuju untuk memberikan Slogan GRS terbaru, "Sabah Maju Jaya" setelah menjadi pemerintah Sabah kerana untuk memberi tumpuan lebih kepada "Membangun Sabah Baru". Parti Solidariti Tanah Air (STAR) telah menandatangani "MoU" untuk persetujuan dan kesatuan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada tarikh 9 Januari 2021. Gabungan Politik Sabah, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah salah satu Gabungan Politik yang terbesar di Negeri Sabah. Beliau telah di-iktiraf sebagai pakar Perubatan serta Politik Dari Universiti Havard membawa gelaran Doktor Falsafah. Beliau juga adalah salah satu Pemimpin Kemerdekaan Sabah (Bersama-sama Tun Fuad Stephen dan Tun Mustapha dalam usia muda Jeffrey Kitingan) serta pernah berjuang memerdekakan Sabah dari penjajahan British ("Britain"). Link Rujukan[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan (DSPDJK) adalah Pengasas dan Presiden "Parti Solidariti Tanah Air-ku Sabah" (STAR ​​Sabah) sejak 2016. Partinya adalah salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah "GRS" (bersama-sama dengan SAPP, PBS, PPBM, dan BN).

Dilantik sebagai Timbalan Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri kabinet Malaysia memegang portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada 25 Februari 2020, parti pimpinannya membuat penggabungan sebagai pihak keyakinan dan perbekalan dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu dan menumbangkan kerajaan pada ketika itu di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Upacara mengangkat sumpah jawatan dilakukan pada 10 Mac 2020.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang mempunyai kontroversi, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Akta ISA) kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia.[3] Tetapi kebenaran yang sebenar adalah dia hanya menuntut bela MA63 dan merancang mengambil Labuan dari persekutuan untuk dikembalikan menjadi milik Sabah serta memaksa Persekutuan memberikan Minyak Petroleum di Sabah/Labuan yang dirampas oleh persekutuan pada masa pemerintahan Tun Mahathir Mohammad.

Beliau sangat berpengalaman dalam mengendali parti-parti politik dan pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Beliau merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sehingga meletak jawatan pada 28 Oktober 2009 atas sebab presiden PKR iaitu Anwar Ibrahim yang tidak setuju akan persetujuan Datuk Jeffrey Kitingan untuk mempercepatkan tuntutan Hak orang asli di Sabah.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mencabar abangnya Joseph Pairin dari BN-PBS di kawasan Parlimen Keningau tetapi kalah.

Pada 2011-2012, beliau menyertai Parti Reformasi Negeri dan kini telah menjadi Parti Persendirian milik beliau iaitu Parti Solidariti tanah Airku Rakyat SABAH (STAR) pada 2016 - sehingga kini. Beliau telah menjadi Founder Parti STAR Sabah yang sah. Dalam PRU-13 tahun 2012, beliau tewas sekali lagi kepada abangnya di Keningau, namun berjaya memenangi DUN Bingkor.[4] pada PRU-14 tahun 2018, beliau berjaya menewaskan dua pencabarnya untuk memenangi kerusi Parlimen Keningau dengan kemenagan tipis. Di peringkat negeri pula, beliau berjaya mengalahkan abangnya untuk memenangi kerusi Tambunan. Kesungguhan dan niatnya untuk membantu rakyat asli di Sabah telah dibuktikan dengan sokongan yang memberikannya kemenangan secara terus menerus. Pada PRN Sabah 2020, Beliau telah memenangi kerusi di Tambunan dan Parti beliau telah memenangi 6 kerusi dari 8 kerusi yang dipertandingkan oleh Parti tersebut.

Pilihanraya Sabah 2020 (26 September 2020)[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Sabah tahun 2020 (PRN Sabah 2020) yang berlangsung pada 26 september 2020, Gabungan yang telah disokong oleh Parti STAR Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan iaitu "Gabungan Rakyat Sabah (GRS)" telah mendapat majoriti kukuh untuk menjadi kerajaan Sabah yang sah diatas pilihan rakyat. ketua-ketua dalam Gabungan tersebut bersetuju untuk menjadikan Datuk seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri Sabah yang baharu. Setelah memenangi pilihan raya, Datuk Jeffrey Kitingan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II, berkhidmat dengan Datuk Bung Mokhtar sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Datuk Joachim Gunsalam sebagai Timbalan Ketua Menteri III. Pada hari Datuk Jeffrey Kitingan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II, dia telah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di peringkat persekutuan untuk memberikan fokus di peringkat Negeri Sabah.

"GABUNGAN RAKYAT SABAH" TANDATANGAN "MoU" (09 JANUARY 2021):

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi menandatangani "MoU" untuk meneruskan kerjasama, dan menolak campur tangan pihak luar pada 9 Januari 2021. Tarikh tersebut telah menjadi hari bersejarah bagi Gabungan Rakyat Sabah dan bagi semua rakyat-rakyat di Sabah yang menginginkan Politik "Sabah for Sabahan". Datuk Jeffrey Kitingan adalah salah seorang pemimpin GRS yang bersetuju dengan perjanjian ini untuk meneruskan perdamaian dan kerjasama Politik di Negeri Sabah tanpa gangguan dari mana-mana pihak terutama pihak dari luar Sabah. [3]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Dari Disember 2007 hingga Mei 2008, selama enam bulan beliau terlantar di kantil akibat kemalangan dan hampir lumpuh.[5]

Pada 3 Januari 2021, Datuk Jeffrey Kitingan didapati positif Coronavirus (COVID-19) dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah. Dia dan isterinya telah dibenarkan keluar setelah pulih dari Covid-19 pada 16 Januari.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[6][7]
Tahun Kawasan pilihan raya Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
1995 Bandau Jeffrey Kitingan (AKAR) 5,851 35% Maximus Ongkili (PBS) 10,716 63%
2008 Keningau Joseph Pairin Kitingan (PBS) 14,598 56.2% Jeffrey Kitingan (PKR) 10,334 39.8%
2013 Joseph Pairin Kitingan (PBS) 15,818 43.8% Jeffrey Kitingan (STAR) 11,900 33.0%
2018 Daniel Kinsik (PBS) 12,742 24.9%2 Jeffrey Kitingan (STAR) 13,286 26.0%2
Jake Nointin (WARISAN) 13,241 25.9%2
Nota:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Sabah :
    • MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)[8]
    • MY-SAB Order of Kinabalu - PGDK.svg Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (1987)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nancy menteri pelancongan". www.bharian.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-10.
  2. ^ "Kennedy School Graduate Held Prisoner", The Harvard Crimson. 10 Februari 1992.
  3. ^ "MALAYSIA, Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy", Amnesty International. Dicapai 20 Mac 2007.
  4. ^ The Star/Asia News Network (6 Mei 2013). "Malaysia elections: Opposition wave fails to win Sabah". AsiaOne. Dicapai pada 5 September 2013.
  5. ^ SABAH EX-ISA DETAINEE'S SPITBALL SPLATS BACK
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  7. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star (Malaysia). Diarkib daripada yang asal pada 18 Mei 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  8. ^ "Hamzah Zainudin, Ismail Sabri antara empat dapat Datuk Seri Panglima Sabah". Berita Harian. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Oktober 2020.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]