Bodyguard (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bodyguard
GenreDrama
Cinta
Aksi
PengarahNuad Hj. Othman
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Azrel Ismail
Sabhi Saddi
Lan Siro
Idris Khan
Farahdhiya
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitA. Aida
Tempoh siaranIsnin-Rabu, 10.00 malam (1 jam per episod)
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2 Mac 2016 – 11 April 2016

Drama Bodyguard ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Aksi TV3.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan lima orang jejaka Faris (Fattah Amin), Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) Rahul (Lan Siro) dan Basri (Sabhi Saddi) yang bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh mereka sewaktu menjadi bodyguard.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak. Rayyan sebagai pakar taktik peperangan. Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik. Manakala Daniel pakar perunding dan dalam bidang teknologi.

Namun dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko, lima orang pengawal ini bukan sahaja bakal bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi mereka tersendiri. Malah soal cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Natasha terperangkap dengan cinta segitiga bersama Faris dan Rayyan.

Faris menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Faris untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka. Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan.

Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi).

Apakah risiko yang bakal mereka hadapi? Bagaimanakah lima jejaka ini bakal menyempurnakan tugas mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Bodyguard mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.