Elya Miera
Elya Miera | |
|---|---|
ايليا ميرا | |
| Kelahiran | Hilyah Amirah binti Ismail 14 Januari 1988 |
| Pendidikan | Jurusan Perakaunan |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2011–kini |
Karya | Filemografi |
Hilyah Amirah Ismail atau lebih terkenal sebagai Elya Miera (lahir 14 Januari 1988) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Meskipun berkelulusan dalam bidang Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Elya Miera memutuskan untuk mengejar impiannya sebagai pelakon. Beliau diperkenalkan oleh Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen sebagai salah seorang pelakon filem Ratu The Movie yang turut dibintangi oleh Tasha Shilla dan Eina Azman.
Beliau mendapat peranan lakonan TV pertamanya menerusi drama Friday I'm In Love (2012), di mana beliau ialah salah seorang pelakon undangannya, memegang watak sebagai Laila Majnun. Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak Zara dalam drama adaptasi novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2017), yang dibintangi oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya, Hijabsta Ballet (2017) yang dibintangi oleh Puteh Maimun, seterusnya muncul dalam enam episod drama Cinta Tiada Ganti (2018) sebagai Melissa.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Biodata Elya Miera, pelakon tinggi lampai Azhan.co. Dicapai pada 17 Mac 2019.