Adibah Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Adiba Yunus" dilencongkan di sini.
Adiba Yunus
KelahiranSiti Adibah binti Yunus
(1988-10-05) 5 Oktober 1988 (umur 31)
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, peragawati
Tahun aktif2010–kini
EjenMetrowealth Pictures
PasanganHazwan As'ari (berkahwin 2017)

Siti Adibah binti Yunus (Jawi : اديبا يونس; lahir 5 Oktober 1988) merupakan pelakon wanita Malaysia.[1] Bakat beliau dicungkil oleh syarikat Metrowealth Pictures milik David Teo dan banyak membintangi filem-filem terbitan syarikat itu termasuk Taikun, Wawa Semput dan Sniper.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 5 Oktober 1988 di Seremban, Negeri Sembilan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adibah Yunus memulakan kerjaya awalnya sebagai perunding kecantikan, seterusnya menjadi peragawati. Bakat beliau dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Adibah mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Wawa Zainal dan Shima Anuar.[5] Beliau dipetik sebagai berkata:

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi. Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan,"

Adiba pertama kali muncul dalam telefilem bertajuk Impian Raya Emelyn yang bersiaran di TV9. Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi komedi arahan Ismail Bob Hasim, Taikun yang dibintangi oleh Angah Raja Lawak dan Along Cham. Adiba kemudiannya berlakon di samping Yana Samsudin dalam filem Wawa Semput, terbitan turunan dari filem Adnan Sempit lakonan Shaheizy Sam.

Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Niezam Zaidi dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.[6] Beliau kembali bekerja di bawah arahan Pierre menerusi filem Sniper yang ditayangkan pada 29 April 2014, lakonan Mikail dan Fadlan Hazim.[7]

Adibah juga pernah muncul dalam siri drama online 13 episod, Si Montel yang disiarkan di Hypp TV.[8]

Beliau mempunyai peranan utama sebagai Sarah dalam filem seram Badi arahan Eyra Rahman.[9] Adiba menjayakan watak utama bersama Iqram Dinzly dan Azwan Kombos dalam siri drama seram Dendam Semalam yang disiarkan di Slot Azalea TV3.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 24 November 2017, jam 5.30 petang, beliau selamat diijabkabulkan dengan Hazwan As'ari yang juga adik kepada pelakon Johan As'ari. Perkahwinan tersebut berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.[11]

Pada 5 Oktober 2017, sempena ulang tahun kelahirannya ke-29, Adiba membuat keputusan untuk memakai tudung.[12] Dalam temuramah bersama Media Hiburan pada 3 November 2015, Adibah mengakui terlalu ‘bersih’ dari kontroversi membuatkan dirinya kurang dikenali berbanding pelakon lain.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Taikun Cinta Ismail Bob Hashim Filem pertama
Ajiboy Nisa
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Hashim Rejab
Wawa Semput Ayuni Ismail Bob Hashim
Dua Kalimah Eyra Rahman
Paku Pontianak Suraya Ismail Bob Hashim
Highland Tower Adiba Pierre Andre
2014 Sniper Suraya
2015 Badi Sarah
Nasi Tangas
Banglo Berkunci Boy

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2014 Jika Itu Takdirku Sarah TV3
Tanah Kubur Musim 11: "Harta Haram" Astro Oasis
2015 Dendam Semalam Atiqah TV3
Hello, Mr. Perfect! Emilia
Si Montel Hypp Sensasi
2016 Bodyguard Alissa TV3
Lip Lap Raya Damira Hypp Sensasi
2017 Sumpah Ibu Intan TV9
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah Hypp Sensasi
Andainya Takdir Liza TV3
Bahagia Kasihmu Azah
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Liza HR
2018 Dia Anak Jeneral Shida TV2
Andainya Takdir 2 Liza TV3
Petua Nenek Qaseh Arina
2019 Semua Salahku Murni

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2011 Impian Raya Emelyn TV3
2016 Cik Siti
2018 Demi Hati Arjuna

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Nota
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 [14] Pelakon Harapan Wanita Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Syarel Zulkefly (15 Oktober 2015). Keeja keras, kesabaran Adiba Yunus mula buahkan hasil The Rakyat Post. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  2. ^ Ramlah Zainal (5 Februari 2015). Adibah Yunus: Impak main emosi Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Disember 2015). Terbuka untuk sebarang watak Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  4. ^ Adiba harap raih kemenangan Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  5. ^ Adibah Yunus mahu dikenali kerana bakat N9 Kini (3 Mac 2012). Dicapai pada 30 Mac 2012.
  6. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Dicapai 17 November 2013. 
  7. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  8. ^ Kenneth Chaw (25 September 2015). Big girls do win on local TV show, Si Montel Star2. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  9. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Oktober 2015). Adiba Yunus kekuatan Badi MSTAR Online. Dicapai pada 30 April 2016.
  10. ^ Sinopsis drama bersir Dendam Semalam Sensasi Selebriti (7 Februari 2017). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  11. ^ Ifqdar Rahman (26 November 2017). Hazwan As’ari, Adiba Yunus bernikah dalam diam Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  12. ^ Adiba Yunus takut tak sempat insaf Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  13. ^ Afil Syazwan (3 November 2015). Terlalu ‘bersih’ dari kontroversi punca Adiba Yunus kurang dikenali Media Hiburan. Karangkraf. Dicapai pada 4 November 2015.
  14. ^ MOHD AL QAYUM AZIZI. FFM 27: Penantian Lima Tahun Adiba Yunus Akhirnya Terbayar. mStar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]