Briged Syuhada al-Aqsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Briged al-Aqsa)
Briged Syuhada al-Aqsa
كتائب شهداء الأقصى
Tarikh operasi2000–kini
PemimpinYasser Arafat (bekas)
Ideologi
Sekutu Fatah

Briged Syuhada al-Aqsa (Arab: كتائب شهداء الأقصى, rumi: Katā'ib Shuhadā' al-'Aqṣā) ialah sebuah kumpulan bersenjata Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin atau Fatah yang beroperasi dari Tebing Barat. Pertubuhan ini ditandakan sebagai pertubuhan pengganas oleh Israel, Kesatuan Eropah,[2][3] Kanada,[4] Jepun,[5] New Zealand,[6] dan Amerika Syarikat.[7]

Kepimpinan dan anggota briged ini mengenal pasti mereka sebagai sayap ketenteraan Fatah. Dalam laman sesawang mereka, dan poster mereka, mereka meletakkan lambang Fatah. Kepimpinan Fatah berkata mereka tidak pernah membuat keputusan mahupun mencipta briged ini, atau menjadikan mereka sayap ketenteraan. Sejak 2002, beberapa pemimpin Fatah dilaporkan cuba untuk mendapatkan briged tersebut untuk berhenti menyerang orang awam.[8]

Pada November 2003, wartawan BBC mendedahkan bayaran $50,000 setiap bulan oleh Fatah diberikan kepada briged ini.[9] Penyiasatan ini, digabungkan dengan dokumen yang ditemui oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF), dijalankan oleh kerajaan Israel untuk membuat kesimpulan bahawa Briged Syuhada al-Aqsa sentiasa dibiayai secara langsung oleh Yasser Arafat. Pada Jun 2004, Ahmed Qurei dari Fatah, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Palestin, menyatakan secara terbuka bahawa: "Kami secara jelas mengisytiharkan Briged Syuhada al-Aqsa ialah sebahagian daripada Fatah. Kami komited kepada mereka dan Fatah memikul tanggungjawab penuh kepada kumpulan ini."[10]

Pada 18 Disember 2003, Fatah meminta pemimpin Briged Syuhada al-Aqsa untuk menyertai Majlis Fatah, mengiktiraf ia secara rasmi sebagai sebahagian daripada pertubuhan Fatah.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://2001-2009.state.gov/s/ct/rls/crt/2007/103714.htm
  2. ^ [1], Official Journal of the European Union, 30 September 2005 Diarkibkan 5 Februari 2009 di Wayback Machine
  3. ^ Kushner, Harvey (2002). Encyclopedia of Terrorism. Sage Publications Inc. m/s. 11. ISBN 9780761924081.
  4. ^ "Currently listed entities" Diarkibkan 19 November 2006 di Wayback Machine, Public Safety and Emergency Preparedness Canada, 11 November 2006
  5. ^ "Japan's Foreign Policy in Major Diplomatic Fields" (PDF).
  6. ^ "Lists associated with Resolution 1373". New Zealand Police. 20 July 2014. Dicapai pada 16 August 2014.
  7. ^ "Foreign Terrorist Organizations (FTOs)" Diarkibkan 17 November 2017 di Wayback Machine, U.S. Department of State, 11 October 2005
  8. ^ Stork, Joe (2002). Erased in a Moment: Suicide Bombing Attacks Against Israeli Civilians. Human Rights Watch. m/s. 78. Al-Aqsa Martyrs' Brigades.
  9. ^ "Palestinian Authority funds go to militants". BBC News. 7 November 2003. Dicapai pada 23 April 2010.
  10. ^ "Fatah committed to Aksa Martyrs". EU Funding. 20 April 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2012. Dicapai pada 17 November 2012.
  11. ^ "Palestinian Factions, CRS Report for Congress, Aaron D. Pina, 8 June 2005" (PDF).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]