Kabinet Ismail Haniyeh kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabinet Ismail Haniyeh kedua

Kabinet Pihak Berkuasa Palestin Ke-11
Tarikh dibentuk17 Mac 2007
Tarikh dibubarkan14 Jun 2007
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraMahmud Abbas
Ketua kerajaanIsmail Haniyeh
Timbalan ketua kerajaanAzzam al-Ahmad
Jumlah bilangan menteri25
Parti anggota
Status dalam badan perundanganKerajaan perpaduan
Parti pembangkangTiada
Sejarah
Pilihan rayaPerundangan 2006
PendahuluKabinet Ismail Haniyeh pertama
PenggantiKabinet Salam Fayyad pertama

Kerajaan Perpaduan Kebangsaan Palestin, atau Kabinet Ismail Haniyeh kedua ialah sebuah pemerintahan bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, yang diketuai oleh Ismail Haniyeh, yang dibentuk pada 17 Mac 2007 dan dibubarkan pada 14 Jun 2007.[1]

Kerajaan Perpaduan ini dibentuk pada 17 Mac 2007 susulan rundingan di Mekah, tetapi disebabkan gagal mendapatkan sokongan antarabangsa (kerana tidak memenuhi syarat daripada Kuartet), ia tidak bertahan lama. Israel menolak pembentukan kerajaan ini dan berkata akan berunding dengan Abbas, tetapi tidak dengan kerajaan baharu melainkan ia mengiktiraf kewujudan negara Yahudi tersebut. Pegawai Israel berkata mereka akan cuba memujuk dunia untuk tidak berunding dengan kerajaan ini.[1]

Kerajaan ini dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas pada 14 Jun 2007 selepas Hamas mengambil alih pentadbiran Gaza.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hamas telah menang bergaya pada pilihan raya perundangan Palestin yang berlangsung pada 25 Januari 2006. Israel dan Kuartet Timur Tengah sebelum ini mneyatakan untuk menyambung bantuan mereka dan berdialog dengan Kerajaan Palestin di bawah pentadbiran Hamasdengan syarat Hamas perlu bersetuju dengan tiga syarat: mengiktiraf Israel, menolak tindakan kekerasan, dan menerima perjanjian-perjanjian sebelum ini antara Israel dan Kerajaan Palestin, termasuk Perjanjian Oslo. Ismail Haniyeh menolak untuk menerima syarat-syarat tersebut. Pada hari Kabinet Pertama mengangkat sumpah pada 29 Mac, Israel dan Kuartet menghentikan semua dialog dengan Kerajaan Palestin dan terutama kepada semua anggota kabinet Hamas, menghentikan bantuan-bantuan yang disediakan kepada Kerajaan Palestin dan mengenakan sekatan bagi menentang Kerajaan Palestin di bawah Hamas.[2] Israel juga menahan pemindahan hasal Kerajaan Palestin untuk lebih setahun.[3][4]

Presiden Abbas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang dikuasai Fatah membangunkan sebuah rancangan untuk menggantikan pentadbiran Hamas dengan sebuah pentadbiran yang diterima Israel dan komuniti antarabangsa. Menurut perancangan tersebut, yang didedahkan dalam Kertas-kertas Palestin milik Al Jazeera, sebuah kerajaan perpaduan kebangsaan akan dibentuk sebagai persediaan untuk pilihan raya perundangan dan presiden pada pertengahan 2007. Sekiranya penubuhan kerajaan gagal memenuhi syarat Kuartet, Abbas akan membubarkan kerajaan tersebut dan membentuk kerajaan darurat atau akan mengadakan pilihan raya lebih awal. Sebuah "Pelan Tindakan Menuju Pilihan Raya Awal" dibayangkan dengan pembesaran Pengawal Presiden Fatah, pembaharuan dalaman Fatah, memperkasa institusi presiden, penyambungan semula bantuan daripada komuniti antarabangsa menerusi pejabat presiden, dan penamatan pemberhentian cukai oleh Israel.[5][6]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 2006, Hamas menang dalam pilihan raya bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC).

Pada 29 Mac 2006, kerajaan pentadbir Palestin pertama diketuai Ismail Haniyeh mengangkat sumpah. Israel, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan beberapa buah negara lain mengenakan sekatan terhadap kerajaan Palestin, termasuk penggantungan bantuan antarabangsa.

Pada 17 Jun 2006, sebuah mekanisme antarabangsa sementara bagi menyalurkan bantuan kepada warga Palestin tanpa melalui kerajaan pimpinan Hamas, termasuk membayar dana bantuan terus ke akaun Presiden Abbas, ditubuhkan.[7]

Pada 8 Februari 2007, rundingan dibuat dalam Persetujuan Mekah Fatah–Hamas menghasilkan keputusan untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan kebangsaan Palestin.[8] Persetujuan itu ditandatangani oleh Abbas bagi pihak Fatah dan Khaled Meshal bagi pihak Hamas.[9] Persetujuan ini juga mengandungi sebuah "surat suruhanjaya" daripada Abbas kepada Ismail Haniyeh, memanggil Haniyeh sebagai menteri perdana bagi kerajaan seterusnya untuk mencapai matlamat kebangsaan Palestin sebagaimana dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Palestin, Undang-Undang Asas dan Dokumen Perdamaian Kebangsaan (Dokumen Tahanan-Tahanan) begitu juga keputusan sidang keuncak Arab.[8]

Pada 17 Mac 2007, Haniyeh membentangkan kabinet perpaduan kebangsaan kepada PLC,[10] yang mana telah dipersetujui 83–3. Pada masa yang sama, 41 daripada 132 anggota PLC berada dalam penjara Israel.[11] 25 orang menteri telah mengangkat sumpah sehari selpas itu di hadapan Presiden Abbas.[11][12] Matlamat kerajaan perpaduan kebangsaan termasuklah mengakhiri pendudukan Israel di wilayah Palestin dan mengiktiraf hak untuk menentukan nasib orang Palestin sendiri, dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan penuh kedaulatan menurut sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,[11] melaksanakan Persetujuan Kaherah berkaitan PLO, dan komitmen untuk hak orang Palestin untuk pulang.[10] Israel menolak pembentukan kerajaan ini.

Antara 10 dan 14 Jun 2007, Hamas mengambil alih kawalan Genting Gaza selepas berlaku pertempuran dengan Fatah.[13][14]

Pada 14 Jun 2007, Presiden Abbas menerbitkan titah presiden untuk mengisytiharkan keadaan darurat, dan membubarkan kerajaan perpaduan pimpinan Haniyeh.[15] Beliau melantik sebuah kabinet darurat diterajui oleh Salam Fayyad dan secara kontroversi menggantung fasal dalam Undang-Undang Tubuh untuk mengetepikan keperluan kepada kelulusan PLC bagi membentuk kerajaan.[15][16][17][18] Kerajaan Fayyad dengan pantas diiktiraf oleh komuniti antarabangsa. Haniyeh dan Hamas enggan menerima pembubaran tersebut, dan terus mendakwa mereka sebagai pemerintah yang sah bagi Pentadbiran Palestin atas asas PLC, yang masih didominasi Hamas pascapilihan raya, tidak meluluskan penubuhan kerajaan baharu tersebut.

Anggota kabinet[sunting | sunting sumber]

Mac hingga Jun 2007[19]

Nama Jawatan Parti
1 Ismail Haniyeh Perdana Menteri Hamas
2 Azzam al-Ahmad Timbalan Perdana Menteri Fatah
3 Salam Fayyad Menteri Kewangan Hala Ketiga
4 Ziad Abu Amr Menteri Hal Ehwal Luar Bebas
5 Nasiruddin Al-Syair Menteri Pendidikan Hamas
6 Samir Abu Eishah Menteri Perancangan Hamas
7 Mohammad Barghusi Menteri Kerajaan Tempatan Hamas
8 Ziad Al-Zaza Menteri Hal Ehwal Ekonomi Hamas
9 Basem Naim Menteri Belia dan Sukan Hamas
10 Yusuf al-Mansi Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Hamas
11 Mohammad al-Agha Menteri Pertanian Hamas
12 Ali al-Sartawi Menteri Keadilan Hamas
13 Hussein Tarturi Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Hamas
14 Amal Seyam Menteri Hal Ehwal Wanita Hamas
15 Wasfi Kabha Menteri Negara bagi Hal Ehwal Penempatan dan Tembok Pemisah[20] Hamas
16 Radwan al-Akhras Menteri Kesihatan Fatah
17 Saadi al-Krunz Menteri Pengangkutan Fatah
18 Mahmud Alul Menteri Buruh Fatah
19 Taysir Abu Sunainah Menteri Hal Ehwal Tahanan Fatah
20 Samih al-Abed Menteri Kerja Raya Fatah
21 Khulud Daaibes Menteri Pelancongan Bebas
22 Hani al-Qawasmi Menteri Dalam Negeri Bebas
23 Mustafa Barghusi Menteri Penerangan Inisiatif Kebangsaan Palestin
24 Bassam al-Salihi Menteri Kebudayaan Parti Rakyat Palestin
25 Saleh Zaidan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Palestinians OK Unity Govt". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 2007-03-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-03. Dicapai pada 2023-11-20.
  2. ^ John Pike. "Hamas (Islamic Resistance Movement)". Globalsecurity.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2014. Dicapai pada 27 May 2010.
  3. ^ Report on UNCTAD assistance to the Palestinian people: Developments in the economy of the Occupied Palestinian Territory, para 9-24. United Nations Conference on Trade and Development, 6 July 2015 (doc.nr. TD/B/62/3). Source
  4. ^ Israel’s retaliatory seizure of tax, pp. 10-11. Al-Haq, 1 April 2015. Here available
  5. ^ "Palestinian Vision for Resolving the Current PA Crisis (Draft #6)". Investigations. The Palestine Papers. Doha, Qatar: Al Jazeera. 30 October 2006. Dicapai pada 15 October 2023.
  6. ^ International Crisis Group (5 October 2006). The Arab-Israeli Conflict: To Reach a Lasting Peace (Crisis Group Middle East Report N°58) (PDF) (Laporan). Brussels, Belgium: International Crisis Group. m/s. 3–4.
  7. ^ US "Blocks" Palestinian Aid Plan Diarkibkan 15 Januari 2016 di Wayback Machine, BBC News; Powers agree Palestinian Aid Plan Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine, BBC News; Palestinians to Get Interim Aid Diarkibkan 8 Ogos 2016 di Wayback Machine, BBC News
  8. ^ a b Middle East Report No. 62: After Mecca: Engaging Hamas Diarkibkan 3 September 2012 di Wayback Machine, International Crisis Group (26 February 2007).
  9. ^ Palestinian rivals sign power-sharing deal, Associated Press (8 February 2007).
  10. ^ a b PM Hanieh Speech before the PLC March 17, 2007. JMCC. Archived on 4 October 2009
  11. ^ a b c Palestinians OK Unity Govt. Arab News, 18 March 2007
  12. ^ The PA Ministerial Cabinet List—The National Unity Government March 2007. JMCC. Archived on 4 October 2009
  13. ^ Haaretz/Associated Press, 10 June 2007, Palestinian gunmen target Haniyeh's home in Gaza. On web.archive.org
  14. ^ Guardian, 15 June 2007, Hamas takes control of Gaza
  15. ^ a b Presidential Decrees Issued on June - July 2007. JMCC, archived on 12 October 2007
  16. ^ "Abbas Dissolves Palestinian Authority Government in Wake of Hamas-Fatah War". Fox News. 14 June 2007. Dicapai pada 14 June 2007.
  17. ^ Levinson, Charles; Matthew Moore (14 June 2007). "Abbas declares state of emergency in Gaza". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2007. Dicapai pada 14 June 2007.
  18. ^ "Abbas sacks Hamas-led government". BBC News. 14 June 2007. Dicapai pada 14 June 2007.
  19. ^ The PA Ministerial Cabinet List—The National Unity Government March 2007. JMCC. Archived on 4 October 2009
  20. ^ "Israel releases Hamas minister; 7,500 Palestinians remain under detention. - Free Online Library". www.thefreelibrary.com. Dicapai pada 2023-12-01.