Negara Naungan Seluruh Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Naungan Seluruh Palestin
فلسطين
1948–1959
Bendera Palestin
Gaza Strip after 1950 Armistice.
Genting Gaza selepas Gencatan Senjata 1950.
StatusPengiktirafan separa
Negara pelanggan bagi Kerajaan Mesir dan kemudiannya Republik Mesir
Ibu negaraBaitulmaqdis (didakwa)
Bandar Gaza (de facto 1948)
Kaherah (de facto 1949–59)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Arab Palestin
Agama
Islam, Kristian
KerajaanRepublick
Presiden 
• 1948
Amin al-Husaini
Perdana Menteri 
• 1948
Ahmed Hilmi Abd al-Baqi
Era SejarahPerang Dingin
• Didirikan
22 September 1948
1949
• Liga Arab menempatkan Genting Gaza di bawah lindungan rasmi Mesir[1]
1952
• Pemerintahan dibubarkan (kecuali jawatan Perdana Menteri)[2]
1953
1956
• Dibubarkan
1959
Mata wangPaun Mesir
Kod ISO 3166PS
Didahului oleh
Diganti oleh
Palestin Bermandat
Pendudukan Genting Gaza oleh Republik Arab Bersatu
Sekarang sebahagian dariGenting Gaza

Negara Naungan Seluruh Palestin, atau ringkasnya Seluruh Palestin, juga dikenali sebagai Negara Naungan Gaza dan Genting Gaza, ialah sebuah negara pelanggan berjangka hayat pendek dengan pengiktirafan terhad, di kawasan yang kini merupakan Genting Gaza, yang ditubuhkan di kawasan yang ditawan Kerajaan Mesir semasa perang Arab-Israeli 1948 dan dibenarkan untuk menggerakkan sebuah negara naungan di bawah Kerajaan Seluruh Palestin. Negara Naungan ini diisytiharkan pada 22 September 1948 di Bandar Gaza, dan Kerajaan Seluruh Palestin dibentuk. President pentadbiran ini ialah Syeikh Amin Al-Husaini, bekas pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Arab, sementara Perdana Menterinya ialah Ahmed Hilmi Pasha.[3] Pada Disember 1948, selepas tiga bulan diisytihar, Kerajaan Seluruh Palestin ditempatkan di Kaherah dan tidak dibenarkan kembali ke Gaza, menjadikan ia sebuah pemerintahan buangan. Dengan resolusi lanjut dari Liga Arab untuk meletakkan Genting Gaza di bawah perlindungan rasmi Mesir pada 1952, Kerajaan Seluruh Palestin secara berperingkat diusir dari kekuasaan mereka. Pada 1953, kerajaan tersebut dibubarkan pada namanya, walaupun Perdana Menteri Palestin, Ahmed Hilmi Pasha tetap menghadiri mesyuarat Liga Arab bagi pihak dirinya.[2] Pada 1959, negara naungan ini secara undang-undangnya (de jure) bergabung dengan Republik Arab Bersatu, sementara secara hakikatnya (de facto) menjadikan Gaza sebagai kawasan pendudukan ketenteraan Mesir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kumaraswamy, P.R. The A to Z of the Arab-Israeli Conflict. 2009. p. 15.
  2. ^ a b Oron, Yitzhak (September 7, 1960). "Middle East Record Volume 1, 1960". The Moshe Dayan Center – melalui Google Books.
  3. ^ Spencer C. Tucker, Priscilla Mary Roberts. The Encyclopedia of the Arab-Israeli Conflict: A Political, Social, and Military History: A Political, Social, and Military History p. 464

Sumber[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]