Cekelat Honey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Cekelat Honey merupakan drama yang menampilkan gandingan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zarul Husin. Drama arahan Hadith Omar ini disiarkan bermula 4 Disember 2018 setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 9 malam di Astro Citra.


Cekelat Honey
GenreKeluarga
Cinta
PenciptaAzni Ishak
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Fikry Ibrahim
Siti Nordiana
Zarul Husin
Nonny Nadirah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Nad's Media Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan bibit pertemuan antara Adam dan Maya. Adam jatuh cinta pada Maya namun harus bersaing dengan Rayyan Harris, seorang penyanyi yang juga menyukai Maya.

Kerana tertekan setelah bercerai dengan Danial, Maya mula mengabaikan kafe hingga menyebabkan Adam dan Rayyan jadi terganggu kerana tidak dapat menikmati makanan kegemaran mereka. Adam dan Rayyan beria mahu Maya mendapatkan kembali magisnya membuat pastri kerana tanpanya, hidup Adam akan dipenuhi tekanan dan Rayyan akan hilang sumber inspirasi untuk menulis lagu.

Adam dan Rayyan tidak berterus terang tapi saling mengingatkan sesama mereka supaya tidak melukakan hati Maya tapi dalam diam mereka bersaing. Maya pula serik untuk mempunyai sebarang perhubungan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]