Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Intan Sarafina)
Jump to navigation Jump to search
"Intan Sarafina" dilencongkan di sini.
Intan Sarafina
Intan Sarafina.jpg
Latar belakang
Nama lahirUngku Intan Sarafina binti Ungku Yahya
Kelahiran (1981-07-02) 2 Julai 1981 (umur 37)
Johor Stulang Darat, Johor  Malaysia
Berasal dari Malaysia
GenreBalada
PekerjaanPenyanyi
Pelakon
Tahun aktif2000-an

Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya dilahirkan di Stulang Darat, Johor pada 2 Julai 1981. Intan pernah popular dengan lagu Kembali dan Duhai Malam, di mana kedua-dua lagu ini layak ke separuh akhir Juara Lagu 2000 dan 2002. Intan juga pernah menyertai program One In A Million tetapi tersingkir di peringkat awal pertandingan.

Disebabkan komitmen rumah tangga, Intan menghilangkan diri dari industri hiburan selama 8 tahun. Intan akhirnya kembali muncul di persada seni pada Oktober 2016 setelah terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza (musim 3). Bermula sebagai peserta underdog, Intan seringkali menjadi peserta terakhir dipanggil untuk layak ke minggu seterusnya, memberikan gambaran bahawa kedudukannya agak goyah di permulaan musim. Namun, Intan terus bertahan dan berjaya menunjukkan peningkatan ketara saban minggu. Bebas dari sebarang kontroversi dan drama, Intan meloloskan diri dari satu minggu ke minggu yang lain dengan menunjukkan prestasi yang konsisten. Buktinya, Intan hanya pernah menduduki kedudukan tiga terbawah sekali sepanjang musim. Intan akhirnya berjaya layak ke pusingan akhir dan menamatkan cabaran di tempat kelima.

Filem[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Kembali (2000)
  2. Dua (2002)
  3. Suara Hati

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Kembali
  2. Selamanya
  3. Duhai Malam
  4. Janji Seorang Kekasih
  5. Suratan Buatmu
  6. Rayuan Mata Buaya
  7. Jawapan Oh Ya Ya

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Naib Juara Pesta Lagu Kanak-kanak Asia di Tokyo
  • Artis Baru Popular ABP 2000
  • Artis Baru Terbaik AIM ke-8 (pencalonan)
  • Tempat Ke-5 Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]