Chadwick Boseman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chadwick Boseman
Boseman di San Diego Comic-Con tahun 2017
Kelahiran
Chadwick Aaron Boseman

(1976-11-29)29 November 1976[1][2][3][4]
Meninggal dunia28 Ogos 2020(2020-08-28) (umur 43)
Sebab kematianKanser usus
Pusat pendidikanUniversiti Howard (BFA)
British American Drama Academy
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit
Tahun aktif1993–2020
PasanganTaylor Simone Ledward

Chadwick Aaron Boseman[5] (29 November 1976 – 28 Ogos 2020) ialah pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau telah menggambarkan beberapa tokoh sejarah kehidupan nyata, seperti Jackie Robinson dalam 42 (2013), James Brown dalam Get on Up (2014), dan Thurgood Marshall dalam Marshall (2017). Beliau juga pernah berlakon sebagai adiwira Black Panther dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, termasuk Black Panther (2018), di mana beliau memenangi NAACP Image Award dan Screen Actors Guild Award, Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), dan Avengers: Endgame (2019).

Filem lain lakonan Boseman termasuk 21 Bridges (2019) dan Da 5 Bloods (2020). Beliau meninggal pada usia 43 tahun, setelah secara peribadi menangani barah usus selama empat tahun.[6][7][8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Boseman dibesarkan sebagai Kristian dan pernah dibaptis. Boseman juga sebahagian daripada koir gereja dan kumpulan pemuda dan bekas pastornya mengatakan bahawa beliau masih menjaga kepercayaannya.[9] Boseman telah menyatakan bahawa dia berdoa untuk menjadi Black Panther sebelum dia dilakonkan sebagai watak dalam Marvel Cinematic Universe.[10]

Beliau seorang vegetarian.[11]

Boseman bertunangan dengan penyanyi Taylor Simone Ledward pada 2019 dan mereka kemudian berkahwin.[12]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Boseman telah didiagnosis dengan barah usus tahap III pada tahun 2016, yang akhirnya maju ke tahap IV sebelum 2020.[13] Boseman tidak berbicara secara terbuka mengenai diagnosis barahnya. Semasa rawatan (beberapa pembedahan dan kemoterapi), beliau terus bekerja dan menyelesaikan penggambaran untuk beberapa filem, termasuk Marshall, Da 5 Bloods, Ma Rainey's Black Bottom dan lain-lain.

Boseman meninggal di rumahnya kerana komplikasi berkaitan dengan barah usus pada 28 Ogos 2020, bersama isteri dan keluarganya di sisinya.[6] Kenyataan rasmi di akaun media sosialnya berbunyi:

"Dengan kesedihan yang tidak terkira, kami mengesahkan kematian Chadwick Boseman. ⁣ Chadwick didiagnosis menghidap barah usus tahap III pada tahun 2016 dan bertarung dengannya selama 4 tahun terakhir ini ketika melangkah ke tahap IV. Seorang pejuang sejati, Chadwick bertahan melalui semua itu, dan membawakan banyak filem yang sangat anda sukai. Dari Marshall hingga Da 5 Bloods , August Wilson Ma Rainey's Black Bottom dan beberapa lagi, semuanya difilemkan semasa dan antara pembedahan dan kemoterapi yang tidak terkira banyaknya. ⁣ Merupakan kehormatan kariernya untuk menghidupkan King T'Challa dalam Black Panther. Dia meninggal di rumahnya, bersama isteri dan keluarganya di sisinya. Keluarga mengucapkan terima kasih atas kasih dan doa anda, dan meminta anda terus menghormati privasi mereka selama masa sukar ini."[14][15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota Ruj.
2008 The Express: The Ernie Davis Story Floyd Little [16]
2012 The Kill Hole Lt. Samuel Drake [17]
2013 42 Jackie Robinson [16]
2014 Draft Day Vontae Mack [18]
Get on Up James Brown [16]
2016 Gods of Egypt Thoth [19]
Captain America: Civil War T'Challa / Black Panther [20]
Message from the King Jacob King Juga sebagai eksekutif produser [21]
2017 Marshall Thurgood Marshall Juga sebgai co-produser [22]
2018 Black Panther T'Challa / Black Panther [23]
Avengers: Infinity War [24]
2019 Avengers: Endgame [25]
21 Bridges Andre Davis Juga sebagai penerbit [26]
2020 Da 5 Bloods Norman Earl "Stormin' Norm" Holloway [27]
Ma Rainey's Black Bottom Levee Dikeluarkan secara anumerta [28]

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota Ruj.
2003 All My Children Reggie Porter Peranan berulang [29]
2003 Third Watch David Wafer Episod: "In Lieu of Johnson" [30]
2004 Law & Order Foster Keyes Episod: "Can I Get a Witness?" [30]
2006 CSI: NY Rondo Episode: "Heroes" [31]
2008 ER Derek Taylor Episod: "Oh, Brother" [30]
2008 Cold Case Dexter Collins Episod: "Street Money" [30]
2008–2009 Lincoln Heights Nathaniel "Nate" Ray 9 episod [32]
2009 Lie to Me Cabe McNeil Episod: "Truth or Consequences" [33]
2010 Persons Unknown Sergeant McNair [31]
2010 The Glades Michael Richmond Episod: "Honey" [34][35]
2011 Castle Chuck Russell Episod: "Poof, You're Dead" [31]
2011 Fringe Mark Little / Cameron James Episod: "Subject 9" [36]
2011 Detroit 1-8-7 Tommy Westin Episod: "Beaten/Cover Letter" [37]
2011 Justified Ralph Beeman Episod: "For Blood or Money" [31]
2018 Saturday Night Live Diri sendiri Episod: "Chadwick Boseman/Cardi B" [38]
2021 What If...? T'Challa / Black Panther / Star-Lord Tetamu undangan [39]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Ijazah kehormat[sunting | sunting sumber]

Lokasi Tarikh Tempat pengajian Ijazah Ruj.
 Washington, D.C. 12 Mei 2018 Universiti Howard Ijazah kehormat of Human Letters (DHL) [40] Ya [41]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berry, S. Torriano; Berry, Venise T. (2015). Historical Dictionary of African American Cinema. Rowman & Littlefield. m/s. 69. ISBN 9781442247024. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2020. Dicapai pada June 14, 2020. BOSEMAN, CHADWICK (1976– ) ... He was born in Anderson, South Carolina, and is a graduate of T.L. Hannah High School and Howard University.
  2. ^ "Today in entertainment history: Nov. 29". Bellingham, Washington: KGMI. November 29, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2020. Dicapai pada June 14, 2020. Actor Chadwick Boseman ("Black Panther") is 42.
  3. ^ Rose, Tammy (October 29, 2014). "Chadwick Boseman Signed To Five Marvel Studio Movies As The Black Panther". Inquisitr. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2020. Dicapai pada June 14, 2020. Chadwick Boseman was born on November 29, 1976.
  4. ^ "UPI Almanac for Wednesday, Nov. 29, 2017". UPI. November 29, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2019. Dicapai pada July 2, 2019. Chadwick Boseman in 1976 (age 41)
  5. ^ Holsey, Steve (August 6, 2014). "Star On The Rise: Chadwick Boseman". Michigan Chronicle. Detroit, Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2015. Dicapai pada April 29, 2015.
  6. ^ a b Pearson, Ryan (August 29, 2020). "'Black Panther' star Chadwick Boseman dies of cancer at 43". APnews.com. Dicapai pada August 29, 2020.
  7. ^ Maxouris, Christina; Vera, Amir (August 29, 2020). "'Black Panther' star Chadwick Boseman has died". CNN. Dicapai pada August 29, 2020.
  8. ^ "'Black Panther' star Chadwick Boseman passes away at 43 - The Economic Times". m.economictimes.com. Dicapai pada 2020-08-29.
  9. ^ Remien, Shale. "Anderson native Chadwick Boseman stars as the Black Panther: Local pastor reacts". Greenville, South Carolina: WHNS. Diarkibkan daripada yang asal pada February 25, 2018. Dicapai pada February 16, 2018.
  10. ^ Watson, Elliot. "Chadwick Boseman on Black Panther and the healing power of cinema". HungerTV.com. London: Hunger Publishing Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2018. Dicapai pada February 16, 2018.
  11. ^ Uwumarogie, Victoria (March 22, 2018). "Drake, Chadwick And Other Famous Black Men Who've Gone Vegetarian And Vegan". MadameNoire. Dicapai pada January 5, 2020.
  12. ^ Villarreal, Daniel (August 28, 2020). "Who Is Chadwick Boseman's Wife, Taylor Simone Ledward?". Newsweek. Dicapai pada August 29, 2020.
  13. ^ Levenson, Michael (August 28, 2020). "Chadwick Boseman, Star of 'Black Panther,' Dies at 43". The New York Times. Dicapai pada August 29, 2020.
  14. ^ Pearson, Ryan (August 28, 2020). "'Black Panther' star Chadwick Boseman dies of cancer at 43". The Seattle Times. Dicapai pada August 28, 2020.
  15. ^ Maxouris, Christina (August 28, 2020). "Black Panther' star Chadwick Boseman has died". CNN Entertainment. Dicapai pada August 29, 2020.
  16. ^ a b c Coyle, Jake (July 28, 2014). "A double-header of biopics for Chadwick Boseman". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  17. ^ Olsen, Mark (March 21, 2013). "Review: 'Kill Hole' a muddled thriller about war veterans". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  18. ^ McKittrick, Chris (April 14, 2014). "Chadwick Boseman on Why 'Draft Day' is Different from his Other Sports Movies". Daily Actor. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  19. ^ "Gods of Egypt (2016)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada January 6, 2019. Dicapai pada August 29, 2020.
  20. ^ "Captain America Civil War (2016)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  21. ^ Debruge, Peter (September 9, 2016). "Film Review: 'Message from the King'". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  22. ^ "Marshall (2017)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  23. ^ "Black Panther (2018)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2019. Dicapai pada August 29, 2020.
  24. ^ "Avengers Infinity War (2018)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  25. ^ "Avengers Endgame (2019)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  26. ^ "21 Bridges (2019)" (dalam bahasa Inggeris). British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  27. ^ "Da 5 Bloods". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  28. ^ "Viola Davis, Chadwick Boseman star in Netflix's 'Ma Rainey's Black Bottom'" (dalam bahasa Inggeris). NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  29. ^ Pond, Steve (January 2, 2019). "'Black Panther' Stars Chadwick Boseman and Michael B Jordan Recall Playing the Same Role on 'All My Children'". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  30. ^ a b c d Ellis, Mike (August 29, 2020). "Anderson County native and 'Black Panther' actor Chadwick Boseman dies at 43". Anderson Independent Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  31. ^ a b c d Schillaci, Sophie (April 19, 2013). "'42's' Chadwick Boseman: 'I Would Love to Play Jimi Hendrix'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2015. Dicapai pada August 29, 2020.
  32. ^ Maldonado, Jennifer (February 18, 2018). "Pre Black Panther, Chadwick Boseman Was Nate On Lincoln Heights". Life & Style. Diarkibkan daripada yang asal pada June 25, 2018. Dicapai pada August 29, 2020.
  33. ^ Murray, Noel (October 5, 2009). "Lie To Me: "Truth Or Consequences"". The A.V. Club. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2019. Dicapai pada August 29, 2020.
  34. ^ "Chadwick Boseman". Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020 – melalui Facebook.
  35. ^ "'Black Panther' star Chadwick Boseman dead at 43". BlackburnNews. August 28, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  36. ^ Murray, Noel (October 14, 2011). "Fringe: "Subject 9"". The AV Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2019. Dicapai pada August 29, 2020.
  37. ^ TV News Desk. "DETROIT 1-8-7 Preview: February 1 on ABC". BroadwayWorld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  38. ^ Holub, Christian (April 8, 2018). "'Saturday Night Live' recap: Black Panther comes to 30 Rock". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2019. Dicapai pada August 29, 2020.
  39. ^ Salazar, Andrew J. (September 6, 2019). "'What If...?' Showrunner Ashley Bradley Talks 'Trollhunters', The Beginning Of 'What If…?', Captain Carter, The Watcher & Star-Lord T'Challa (Exclusive)". Discussing Film. Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2019. Dicapai pada September 27, 2019.
  40. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2020. Dicapai pada August 30, 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)
  41. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 30, 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]