Chen Long

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chen Long
Maklumat peribadi
Nama kelahiran谌龙
Negara Republik Rakyat China
Lahir (1989-01-18) 18 Januari 1989 (umur 35)
Daerah Shashi, Jingzhou, Hubei, China
Tinggi187 cm (6 ka 2 in)
Berat79 kg (174 lb)
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi2 (27 Oktober 2011)
Ranking semasa2 (5 Jun 2014[1])
Profil BWF

Chen Long (bahasa Cina;谌龙) (lahir 18 Januari 1989) merupakan seorang pemain badminton lelaki dari China.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Junior[sunting | sunting sumber]

Chen telah memenangi arena badminton peringkat antarabangsa sejak beliau menyertai dan memenangi Kejohanan Junior Dunia BWF 2007 dalam perseorangan lelaki dan berpasukan. Beliau menjadi juara remaja Asia di Kejohanan Badminton Remaja Asia 2007.

2010[sunting | sunting sumber]

Chen telah menyertai Terbuka Korea Super Series pada bulan Januari. Beliau berjaya ke separuh akhir sebelum tewas kepada pemain Denmark, Peter Gade, 13-21, 21-10, 17-21. Seminggu kemudian, dalam Terbuka Malaysia, beliau tewas dalam perlawanan pembukaan kepada pemain badminton Thailand, Boonsak Ponsana 21-11, 20-22, 14-21.

Dalam Kejohanan All England pada bulan Mac, beliau berjaya mengalahkan pemain Denmark, Jan Ø. Jørgensen dan berjaya melangkah ke pusingan kedua sebelum tewas kepada pemain Korea Selatan, Shon Wan-ho 18–21, 21–18, 19–21. Dalam Terbuka Swiss, Chen Long berjaya melangkah ke perlawanan akhir tetapi tewas kepada rakan senegaranya, Chen Jin.

Chen Long mengambil bahagian dalam pasukan China yang memenangi pingat emas dalam Piala Thomas 2010 di Kuala Lumpur. Beliau mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Peru dengan mengambil masa 31 minit untuk menewaskan lawannya. Beliau telah memenangi Terbuka Bitburger di Jerman, di mana beliau menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21–3, 12–21, 21–9 dalam perlawanan akhir.

Ketika Sukan Asia 2010 berlangsung di Guangzhou, Chen Long berjaya mendapat pingat emas keduanya untuk China dalam acara berpasukan. Dalam Terbuka China, Chen Long berjaya memenangi terbuka itu. Terdapat kontroversi yang menyatakan Lin Dan menarik diri ketika suku akhir. Chen Long berjaya menewaskan juara dunia ketika itu, Chen Jin di separuh akhir. Ketika perlawanan akhir, beliau berdepan dengan rakan senegaranya iaitu Bao Chunlai. Perlawanan itu mengambil masa selama 75 minit yang menyaksikan kemenangan milik Chen Long. Di Terbuka Hong Kong, beliau tewas dalam separuh akhir menentang pemain Indonesia, Taufik Hidayat. Chen Long telah mencapai rekod ke-3 dalam pemain China terhandal.

2011[sunting | sunting sumber]

Dalam kejohanan pertama tahun 2011, Chen Long telah ditewaskan oleh pemain No 1 dunia, Lee Chong Wei dalam Terbuka Malaysia. Ia mengambil masa 39 minit sebelum pemain Malaysia itu berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Beliau juga tewas kepada pemain Jepun, Kenichi Tago dalam Terbuka Korea. Dalam Terbuka Thailand, beliau menewaskan pemain berpengalaman Korea Selatan, Lee Hyun-il di perlawanan akhir.

Pada bulan Ogos, Chen Long telah disingkirkan dalam pusingan pertama di Kejohanan Dunia selepas ditewaskan oleh pemain Guatemala, Kevin Cordón dalam tiga set. Perlawan dalam set ketiga amat sengit dengan memberi kemenangan kepada Cordón apabila keputusan itu sehingga 25-27. Chen akhirnya bangkit dalam China Masters namun tewas ketika perlawanan akhir bertemu Lin Dan. Beliau berjaya memenangi Terbuka Jepun buat pertama kalinya selepas menewaskan pemain No 1 dunia, Lee Chong Wei. Dalam Terbuka Denmark, Chen Long juga memenangi terbuka itu dengan menewaskan lawan yang sama, Lee Chong Wei.

Beliau habiskan kariernya pada tahun 2011 dengan sekadar naib juara selepas beliau tewas kepada Lin Dan dalam BWF Super Series Masters.

2012[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Chen tewas dalam Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pemain India, Parupalli Kashyap ketika pusingan kedua, 17-21, 14-21.[2]

Dalam Sukan Olimpik 2012, Chen Long telah disingkirkan oleh pemain Malaysia, Lee Chong Wei ketika separuh akhir dalam perseorangan lelaki, 13-21, 14-21[3] tetapi beliau hanya sekadar mendapat gangsa selepas mengalahkan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il dalam perlawanan pingat gangsa.[4][5]

2013[sunting | sunting sumber]

Beliau berjaya memenangi Terbuka All England 2013 selepas menewaskan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir. China tidak memenangi dalam dua edisi Piala Sudirman pada 2009 dan 2011, Chen Long pemain perseorangan membantu China menjulang trofi itu pada edisi 2013. Beliau memenangi Terbuka Denmark selepas bertemu sekali lagi Lee Chong Wei, 24-22, 21-19 kemudian beliau memenangi Terbuka China dengan menewaskan rakan senegara, Wang Zhengming dalam tiga set.

2014[sunting | sunting sumber]

Chen Long memulakan langkah kanan dengan kemenangan selepas menewaskan Lee Chong Wei dalam Tebruka Korea. Kemudian, beliau tidak tercapai hasratnya untuk mempertahankan gelaran All England selepas tewas kepada Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir. Beliau juga tewas dalam perlawanan akhir Terbuka India dengan lawan yang sama. Pada bulan Mei, Chen Long bermain perseorangan lelaki untuk pasukan China dalam Piala Thomas 2014. Pasukan China telah tewas kepada kepada pasukan Jepun dalam separuh akhir. Pada 31 Ogos, Chen Long menewaskan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir dengan skor 21-19, 21-19 dalam Kejohanan Dunia BWF 2014 di Copenhagen di mana pertama kali beliau merangkul kejohanan itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Kejohanan Pihak lawan Markah
2014 Kejohanan Dunia Malaysia Lee Chong Wei 21-19, 21-19
2014 Terbuka Korea Malaysia Lee Chong Wei 21-14, 21-15
2013 Terbuka China Republik Rakyat China Wang Zhengming 19–21, 21–8, 21-14
2013 Terbuka Denmark Malaysia Lee Chong Wei 24–22, 21–19
2013 Terbuka All England Malaysia Lee Chong Wei 21–17, 21-18
2013 Terbuka Jerman Indonesia Tommy Sugiarto 21–17, 21–11
2012 Super Series Masters Finals Republik Rakyat China Du Pengyu 21–12, 21–13
2012 Terbuka Hong Kong Malaysia Lee Chong Wei 21–19, 21–17
2012 Terbuka China Republik Rakyat China Wang Zhengming 21–19, 21–18
2012 China Masters Hong Kong Hu Yun 21–11, 21–13
2011 Terbuka Denmark Malaysia Lee Chong Wei 21–15, 21–18
2011 Terbuka Jepun Malaysia Lee Chong Wei 21–8, 10–21, 21–19
2011 China Masters Republik Rakyat China Chen Jin 21–16, 22–20
2010 Terbuka China Republik Rakyat China Bao Chunlai 9–21, 21–14, 21–16
Kejohanan Remaja
2007 Kejohanan Junior Dunia Jepun Kenichi Tago 21–16, 21–14
2007 Kejohanan Junior Asia Malaysia Mohd Arif Latif 18–21, 21–18, 22–20

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BWF World Ranking". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2014-10-06.
  2. ^ "Kashyap upsets World No 3". The Times Of India. Dicapai pada 2012-06-15.
  3. ^ "Chen Long at the Olympics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-28. Dicapai pada 2012-08-06.
  4. ^ "Chen Long at the Olympics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-27. Dicapai pada 2012-08-06.
  5. ^ "China's Chen Long wins badminton singles bronze". The Times Of India. Dicapai pada 2012-08-05. [pautan mati]