Candu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Candu
Opium pod cut to demonstrate fluid extraction1.jpg
Pod benih popi candu memancarkan susu getah daripada luka
Nama botani Candu
Sumber tumbuhan Papaver somniferum
Bahagian tumbuhan Susu getah
Asal-usul geografi Tidak pasti, kemungkinan Eropah Selatan
Bahan aktif
Pengeluar utama
Pengguna utama Seluruh dunia (#1: Eropah)
Harga borong AS$3,000 setiap kilogram (setakat pada 2002)
Harga runcit AS$16,000 setiap kilogram (setakat pada 2002)
Status sah Preskripsi sahaja
Ladang popi candu di Myanmar

Candu ialah sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks yang terhasil daripada menghancurkan lenggai-lenggai benih popi candu (Papaver somniferum) yang mentah. Candu mengandungi sehingga 16% morfin, sejenis alkaloid opiat yang paling banyak diproses secara kimia untuk menghasilkan heroin untuk penjualan dadah haram. Damarnya juga mengandungi kodeina dan alkaloid bukan narkotik, seperti papaverina dan noskapina. Meconium dalam sejarah merujuk kepada kaitan, penyedian lemah yang dihasilkan dari bahagian lain pokok popi atau spesies popi yang seumpamanya. Penghasilan candu moden mencapai kemuncak pengeluaran selama beralaf-alaf, di mana sumber popi, kaedah pengeluaran dan pemprosesan, dan kaedah pengambilan menjadi semakin kuat.

Penanaman popi candu untuk makanan, anestesia, dan upacara keagamaan dipercayai mula sejak Zaman Neolitik. Tamadun-tamadun Sumeria, Assyria, Mesir, Minoan, Yunani, Rom, Farsi dan Empayar Arab masing-masing menggunakan candu secara meluas, kerana candu merupakan bentuk lega nyeri paling berkesan yang ada membolehkan pakar bedah kuno melakukan prosedur pembedahan yang berpanjangan. Candu disebut dalam salah satu teks perubatan paling penting dalam dunia silam, termasuk Papyrus Ebers serta penulisan Dioscorides, Galen, dan Ibnu Sina. Pengunaan perubatan meluas bagi candu mentah berterusan sepanjang berlangsungnya Perang Saudara Amerika sebelum ia digantikan dengan morfina dan penggantinya yang boleh dicucuk pada dos yang diukur dengan jitu. Morfina buatan Amerika masih dihasilkan terutamanya dengan popi yang ditanam dan diproses di India dalam kaedah tradisional dan kekal sebagai pelega kesakitan piwaian bagi mangsa perang.

Kegunaan dadah untuk tujuan riadah bermula dalam sejarah China pada kurun ke-15 pada skop yang terhad kerana bahan tersebut sukar didapati serta mahal. Perdagangan candu menjadi lebih biasa pada kurun ke-17 apabila ia dicampur dengan tembakau untuk tujuan merokok, dan ketagihan mula dikenal pasti. Pengharaman candu di China bermula pada 1729, dan diikuti dengan hampir dua abad peningkatan candu secara berganda. China mempunyai lebihan dagangan dengan British, yang mendorong kepada penyusutan stok perak British. Dengan itu, pihak British cuba menjadikan penduduk China bergantung tinggi kepada candu untuk membaiki imbangan perdagangan mereka melalui bekalan candu yang diperolehi dari jajahan mereka di India. Rampasan candu besar-besaran oleh Maharaja China yang cuba menghentikan penghantaran candu mendorong kepada dua Perang Candu pada tahun 1840 dan 1858, yang menyebabkan Britain mengalahkan China dan perdagangan candu meluas ke seluruh negara. Selepas 1860 penggunaan candu terus meningkat dengan peningkatan penghasilan candu tempatan di China sehingga lebih dari satu suku penduduk lelaki negara tersebut ketagihan candu menjelang 1905. Kegunaan candu sebagai dadah riadah atau ketagihan di negara lain kekal jarang berlaku sehingga lewat kurun ke-19 di mana keadaan pengunaannya dirakamkan dalam penulisan bercampur-campur (ambivalent) yang kadangkalanya memuji pengunaan dadah ini.

Pengawalan candu sejagat bermula dengan stigma penghijrah China dengan sarang candu yang meningkat dengan pantasnya dari undang-undang kecil perbandaran pada 1870-an kepada pembentukan Jawatankuasa Candu Antarabangsa (International Opium Commission) pada tahun 1909. Dalam tempoh ini gambaran mengenai candu dalam penulisan menjadi kotor dan ganas. Perdagangan candu British kebanyakannya digantikan oleh pengeluaran morfina dan heroin tempatan China yang dimurnikan terdapat semakin meluas sebagai suntikan, dan ubat paten mengandungi hasil candu (opiate) mencapai kemuncaknya. Candu merupakan dadah diharamkan dalam kebanyakan negeri semasa awal kurun ke-20, mendorong kepada pola penghasilan candu moden sebagai awalan dadah rehlah haram atau dadah diedar secara sah yang dikawal ketat. Pengeluaran candu haram yang kini dikuasai oleh Afghanistan telah meningkat secara tetap di tahun kebelakangan kepada 6600 tan setahun, hampir satu perlima pengeluaran bahan ini pada tahun 1906. Kegunaan haram candu biasanya bertukar kepada heroin, yang menggandakan kekuatannya, dan diambil melalui suntikan (intravenous), yang lebih dari menggandakan jumlah dadah yang memasuki tubuh penggunanya.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]