Chou Tzu-yu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tzuyu
周子瑜
Chou pada Mei 2016
Kelahiran
Chou Tzu-yu

(1999-06-14) 14 Jun 1999 (umur 24)
Nama lain
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Chou Tzu-yu
Nama Cina
Bahasa Cina:
Nama Korea
Hangul:

Chou Tzu-yu (lahir 14 Jun 1999) lebih dikenali sebagai Tzuyu ialah seorang penyanyi, penari dan penulis lagu wanita Taiwan yang berpangkalan di Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-Pop wanita, Twice di bawah JYP Entertainment. Ketinggiannya adalah 170 sentimeter menjadikan beliau ahli Twice yang paling tinggi berbanding ahli yang lain[1].

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Chou Tzu-yu lahir pada 14 Jun 1999 di Tainan, Taiwan. Pada tahun 2012, beliau dilihat oleh pencari bakat hiburan di Bengkel Seni Persembahan MUSE di Tainan dan pergi ke Korea Selatan pada bulan November tahun itu untuk memulakan latihannya. Beliau merupakan pelajar di Sekolah Seni Hanlim.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, Tzuyu muncul di dalam video muzik kumpulan GOT7 untuk lagu "Stop Stop It" dan pada tahun 2015, beliau muncul di dalam video muzik kumpulan miss A untuk lagu "Only You".

Selepas lebih dua tahun latihan, beliau muncul dalam rancangan realiti Korea Selatan, Sixteen pada tahun 2015 dimana beliau dipilih sebagai salah seorang daripada sembilan ahli kumpulan wanita baru, Twice. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada bulan Oktober 2015.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penampilan televisyen di Korea Selatan di mana beliau telah ditunjukkan memegang Bendera Taiwan mencetuskan kontroversi di China. Sebuah video kemudiannya dikeluarkan pada 15 Januari 2016 oleh JYP Entertainment menunjukkan Tzuyu meminta maaf kerana memegang bendera tersebut pula mencetuskan kemarahan di Taiwan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Video muzik Artis
2014 "Stop Stop It" GOT7
2015 "Only You" Miss A
2016 "Fire" J.Y. Park

Pautan luar[sunting | sunting sumber]