Kim Da-hyun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dahyun
김다현
Kim pada Oktober 2017
Kelahiran
Kim Da-hyun

(1998-05-28) 28 Mei 1998 (umur 25)
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul김다현
Perumian SemakanGim Da-hyeon
McCune–ReischauerKim Dahyun

Kim Da-hyun (Hangul: 김다현; lahir 28 Mei 1998) lebih dikenali sebagai Dahyun ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen. Dahyun dikenali kerana memiliki kulit yang putih serta memiliki karakter comel serta seorang yang mudah terhibur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, Dahyun muncul di dalam video muzik GOT7 untuk lagu "Stop Stop It". Pada tahun berikutnya, beliau muncul di dalam video muzik Wooyoung, "R.O.S.E" dan miss A, "Only You".

Dahyun diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[1] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Dahyun membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[2][3]

Pada bulan Februari 2016, Dahyun menjadi ahli rancangan varieti MBC, Real Men: Female Special.[4] Antara beberapa fakta menarik mengenai Dahyun ialah beliau merupakan penggemar tegar terhadap makanan dan minum yang diperbuat dari coklat, memiliki keupayaan melenturkan badan yang baik, dan mempunyai tona kulit yang sangat cerah berbanding ahli kumpulan Twice yang lain.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan
2016 Real Men: Female Special MBC Ahli, Musim 4

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2014 "Stop Stop It" GOT7
2015 "R.O.S.E." (Bahasa Jepun) Wooyoung (2PM)
"Only You" Miss A

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoo, Ji-hyae. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  2. ^ Won, Ho-jung. "Twice's 'Story Begins'". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  3. ^ Lee, Sang-eun. "트와이스, 데뷔곡 '우아하게' 공개에 눈물바다 "초심 잃지 않겠다"". Kyeongin Ilbo (dalam bahasa Korea). Kyeongin Ilbo. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  4. ^ "Cast lineup for 'Real Men' Female edition to include TWICE's Dahyun and SECRET's Hyosung and more". Allkpop. Allkpop. Dicapai pada 26 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]