Chris Evans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chris Evans (pelakon))
Lompat ke: pandu arah, cari
Chris Evans
Evans in 2016.jpg
Evans pada 2016.
Kelahiran Christopher Robert Evans
(1981-06-13) 13 Jun 1981 (umur 36)
Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat
Kediaman Los Angeles, California
Pekerjaan Pelakon, pengarah filem
Tahun aktif 1999–kini
Terkenal kerana

Jake Wyler dalam Not Another Teen Movie

Johnny Storm (Human Torch) dalam Fantastic Four
Ketinggian 6' 0" (1.84 m)

Christopher Robert Evans (13 Jun 1981)[1] atau Chris Evans ialah seorang pelakon dan pembikin filem Amerika Syarikat. Evans terkenal dengan peranan adiwira dalam watak Marvel Comics Captain America dalam Marvel Cinematic Universe dan Human Torch dalam Fantastic Four dan kesinambungannya pada 2007.

Beliau memulakan kerjayanya pada 2000 menerusi siri TV Opposite Sex, dan sejak daripada itu muncul dalam beberapa filem termasuk Not Another Teen Movie, Sunshine, Scott Pilgrim vs. the World, Snowpiercer dan Gifted. Pada 2014, Evans memulakan kerjaya pengarahannya dengan filem drama Before We Go, di mana beliau turut berlakon.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Evans dilahirkan di Boston[3] dan dibesarkan di bandar Sudbury.[4] Ibunya, Lisa (née Capuano), ialah pengarah artistik di Concord Youth Theater,[5][6] dan bapanya Robert Evans, ialah seorang doktor gigi.[7]

Beliau mempunyai dua kakak, Carly,[7] graduan New York University Tisch School of the Arts dan sebuah sekolah tinggi drama dan guru bahasa Inggeris di Lincoln-Sudbury Regional High School,[5][8] Shanna,[7] dan adik bongsu[9] lelaki, Scott,[7] yang tampil dalam drama lipur lara ABC One Life to Live. Bapa saudara mereka, Mike Capuano, mewakili daerah Kongres Massachusetts yang dahulunya diwakili oleh Tip O'Neill.[10] Ibunya berketurunan separa Itali dan separa Ireland.[10][11][12] Beliau dan adik-beradiknya dibesarkan dalam agama Katolik.[11][12]

Evans menamatkan pelajarannya di Lincoln-Sudbury Regional High School.[4] Beliau berpindah ke New York dan mengambil kelas di Lee Strasberg Theatre and Film Institute.[13]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1999, Evans merupakan model untuk "Tyler" dalam permainan papan Hasbro Mystery Date. Edisi istimewa permainan itu termasuk telefon elektronik, yang mana Evans kelihatan bercakap dalam kotak mainan.[14]

Selepas memfilemkan Not Another Teen Movie,[15] Evans melangkah ke peranan utama dalam The Perfect Score dan Cellular, kemudian membintangi dua filem bebas di Chicago: Fierce People arahan Dick Wittenborn, memegang watak Bryce, dan London, memegang watak penagih dadah yang mengalami masalah perhubungan.[16] Beliau kemudiannya memegang wataj adiwira Human Torch dalam filem adaptasi komik 2005 Fantastic Four. Evans membawakan semula wataknya dalam sekuel 2007 Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer.[17] Pada tahun itu, beliau berlakon sebagai jurutera bertukar angkasawan Mace dalam filem cereka sains arahan Danny Boyle Sunshine.[18]

Evans pada sidang media Captain America: The Winter Soldier

Pada 2008, Evans muncul dalam filem Street Kings, lakonan bersama Keanu Reeves, dan adaptasi lakonlayar Tennessee Williams The Loss of a Teardrop Diamond, lakonan bersama Bryce Dallas Howard dan Ellen Burstyn. Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam filem cereka sains Push, bersama Dakota Fanning dan Camilla Belle. Evans melakukan sendiri babak pergaduhan, yang memerlukan seminggu untuk dipindahkan ke filem, dan mengalami kesan lebam semasa penggambaran.[19]

Pada 2010, beliau melengkapkan filem arahan bersama Mark Kassen dan Adam Kassen Puncture di Houston, Texas. Filem itu dipilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Tribeca 2011 sebagai salah satu projek Spotlight untuk ulang tahun ke-10 festival itu.[20]

Juga pada tahun itu, Evans muncul dalam filem arahan Sylvain White The Losers, adaptasi dari siri buku komik DC Comics Vertigo.[21] Evans kemudiannya muncul dalam satu lagi adaptasi buku komik, filem arahan Edgar Wright Scott Pilgrim vs. the World, di mana beliau melakonkan watak Lucas Lee, salah satu daripada tujuh ujian jahat Ramona Flowers.[22]

Pada 2011, Evans melakonkan watak Marvel Comics Captain America dalam Captain America: The First Avenger, dan membintangi filem What's Your Number?, komedi romantik lakonan bersama Anna Faris.[23][24] Terdapat konflik penjadualan, kerana kedua-dua filem itu difilemkan pada 2010.[25]

Evans telah muncul dalam berbagai filem sebagai Captain America, dan yang pertama membawakan semula watak dalam filem 2012 The Avengers.[23] Beliau kemudiannya berlakon bersama Michael Shannon dalam filem The Iceman, menggantikan James Franco, yang telah digugurkan.[26] Evans memakai rambut palsu panjang dan janggut untuk peranan itu.[27] Beliau berlakon dalam filem bahasa Inggeris arahan Bong Joon-ho, Snowpiercer.[28]

Pada 2014, Evans berlakon dalam Captain America: The Winter Soldier.[29] Beliau berlakon bersama Michelle Monaghan dalam filem komedi romantik Playing It Cool.[30] Arahan sulung beliau, Before We Go,[31] dipertontonkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014.[2]

Pada 2015, beliau melakonkan watak Captain America sekali lagi dalam filem Avengers: Age of Ultron, dan melakonkan semula wataknya dalam kesinambungannya Captain America: Civil War pada 2016.[32][33]

Evans berkata pada Mac 2014 bahawa apabila kontraknya dengan Marvel tamat, beliau akan mempertimbangkan untuk mengurangkan aktiviti lakonan supaya beliau lebih menumpukan perhatian dalam kerjaya pengarahannya,[34] dan percaya beliau akan menjadi Captain America pada 2017.[31] Pada September 2015, bagaimanapun, katanya dalam wawancara bahawa beliau akan bersedia untuk menandatangani lebih banyak filem sebagai Captain America selepas Infinity War, jika Marvel mahu melanjutkan kontraknya.[35]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Evans merupakan peminat New England Patriots, dan meminjamkan suaranya untuk America's Game: The Story of the 2014 New England Patriots.[36]

Beliau berpacaran dengan Jenny Slate pada 2016,[37] dan kemudiannya berpisah pada 2017. Beliau merupakan penyokong hak LGBT,[38] dan biarpun beliau dibesrakan Katolik, beliau telah menyatakan pandangan panteistik.[12] dan berminat dalam falsafah Buddhisme.[39]

Selain itu, Evans merupakan bekas kekasih dengan pelakon 7th Heaven, Jessica Biel dari 2001 sehingga 2006. Namun mereka berpisah semenjak Chris menjalinkan perhubungan yang mesra dengan penyanyi Jessica Simpson dan peragawati Gisele Bundchen.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Evans di set penggambaran Captain America: The Winter Soldier pada 2013
Evans di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2000 The Newcomers Judd
Opposite Sex Cary Baston
The Fugitive Zack Episod: Guilt
2001 Boston Public Neil Mavromates Episod: Chapter Nine
Not Another Teen Movie Jake Wyler
2002 Siri TV Eastwick Adam
2003 The Paper Boy Ben
Skin Brian Episod: Pilot
2004 The Perfect Score Kyle
Cellular Ryan
2005 The Orphan King Seth King
Fierce People Bryce
Fantastic Four Johnny Storm / Human Torch
London Syd
2007 TMNT Casey Suara
Sunshine Mace
Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer Johnny Storm / Human Torch
The Nanny Diaries Harvard Hottie/Hayden
Terra Stewart Stanton Suara
2008 Street Kings Detective Paul "Disco" Diskant
The Loss of a Teardrop Diamond Jimmy menunggu keluaran
Push Nick Gant pasca-penerbitan
2010 The Losers Jake Jensen
2010 Scott Pilgrim vs. the World Lucas Lee
2011 Puncture Michael David "Mike" Weiss
2011 Captain America: The First Avenger Steve Rogers / Captain America
2011 What's Your Number? Colin Shea
2012 The Avengers Steve Rogers / Captain America
2012 The Iceman Robert "Mr. Freezy" Pronge
2013 Snowpiercer Curtis Everett
2013 Thor: The Dark World Loki masquerading
2014 Captain America: The Winter Soldier Steve Rogers / Captain America
2014 Before We Go Nick Vaunghan
2015 Avengers: Age of Ultron Steve Rogers / Captain America
2015 Ant-Man Steve Rogers / Captain America Kameo
2015 Playing It Cool Me
2016 Captain America: Civil War Steve Rogers / Captain America
2017 Gifted Frank Adler
2017 Spider-Man: Homecoming Steve Rogers / Captain America Kameo

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000 Opposite Sex Cary Baston 8 episod
The Fugitive Zack Lardner Episod: "Guilt"
2001 Boston Public Neil Mavromates Episod: "Chapter Nine"
2002 Eastwick Adam Pilot
2003 Skin Brian Episod: "Pilot"
2008 Robot Chicken Pelbagai suara Episod: "Monstourage"
2015 Agent Carter Steve Rogers / Captain America Episod: "Now is Not the End" (rakaman arkib)[40]

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018 Lobby Hero[41] TBA Helen Hayes Theatre

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan suara
2005 Fantastic Four Johnny Storm / The Human Torch
2011 Captain America: Super Soldier Steve Rogers / Captain America
2012 Discovered[42] Dirinya sendiri

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Persatuan Kategori Karya tercalon Keputusan
2005 MTV Movie Awards Best On-Screen Team Fantastic Four Dicalonkan
2007 Teen Choice Awards Choice Movie Actor: Action Adventure Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer Dicalonkan
Choice Movie: Rumble Dicalonkan
2011 Scream Awards Best Superhero Captain America: The First Avenger Menang
Saturn Awards Best Actor Tercalon
People's Choice Awards Favorite Movie Superhero Tercalon
MTV Movie Awards MTV Movie Award for Best Hero Tercalon
Teen Choice Awards Choice Summer Movie Star: Male Tercalon
2012 Choice Movie: Fight Tercalon
Choice Movie: Male Scene Stealer The Avengers Tercalon
2013 People's Choice Awards Favorite Action Movie Star Tercalon
Favorite Movie Superhero Tercalon
MTV Movie Awards Best Fight (berkongsi bersama pelakon) Menang
2014 Teen Choice Awards Choice Movie Actor: Sci-Fi/Fantasy Captain America: The Winter Soldier Tercalon
2015 People's Choice Awards Favorite Action Movie Actor Menang
Favorite Movie Duo (bersama Scarlett Johansson) Tercalon
Critics' Choice Awards Best Actor in an Action Movie Tercalon
MTV Movie Awards Best Fight (Chris Evans vs. Sebastian Stan) Tercalon
Best Kiss (bersama Scarlett Johansson)' Tercalon
Saturn Awards Best Comic-to-Film Motion Picture Dicalonkan
Best Actor Dicalonkan
Teen Choice Awards Choice Movie Actor: Sci-Fi/Fantasy Avengers: Age of Ultron Tercalon
Choice Movie Scene Stealer Menang
2016 MTV Movie Awards Best Hero Tercalon
Teen Choice Awards Choice Movie Actor: Sci-Fi/Fantasy Captain America: Civil War Menang
Critics' Choice Awards Best Actor in an Action Movie Dicalonkan
2017 People's Choice Awards Favorite Action Movie Actor Dicalonkan
Saturn Awards[43] Best Actor in a Film Menunggu
Kids' Choice Awards[44] Favorite Movie Actor Dicalonkan
Favorite Butt-Kicker Menang
Favorite Frenemies (berkongsi bersama Robert Downey Jr) Dicalonkan
#Squad (berkongsi bersama pelakon) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Today in History". The Guardian. London, UK. Associated Press. June 13, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2013. Dicapai pada January 23, 2008. Actor Chris Evans is 28. 
  2. ^ a b "Toronto Film Festival Lineup". Variety. Dicapai pada July 22, 2014. 
  3. ^ Itzkoff, Dave (July 8, 2011). "Chris Evans in 'Captain America: The First Avenger'". The New York Times. 
  4. ^ a b Pai, Tanya. "America's Most Wanted". Boston. June 2011. Diarkibkan daripada original pada July 5, 2011. Dicapai pada April 16, 2013. 
  5. ^ a b Marotta, Terry (July 19, 2007). "Grease is the word". Gatehouse News Service via Wicked Local Sudbury. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2014. Dicapai pada July 19, 2010. 
  6. ^ Cantrell, Cindy (March 9, 2014). "Chris Evans doesn't forget his Concord roots". The Boston Globe. Dicapai pada April 6, 2014. 
  7. ^ a b c d Keck, William (September 9, 2004). "Chris Evans' career ready to sizzle". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada November 6, 2013. Dicapai pada December 10, 2007. ...Evans' siblings, Scott, Carly and Shanna. 
  8. ^ "Carly is a teacher at lsrhs". LSRHS. Dicapai pada October 17, 2014. 
  9. ^ Krebs, Sean (December 14, 2009). "Behind The Scenes: The Scott Evans Cover Shoot". Instinct. Diarkibkan daripada original pada July 26, 2011. Dicapai pada December 16, 2009. 
  10. ^ a b Stickgold, Emma (July 21, 2010). "Rita Capuano; campaigned with vigor for husband, son; at 90". The Boston Globe. Diarkibkan daripada original pada November 5, 2013. Dicapai pada July 22, 2010. 
  11. ^ a b "Meet curious Chris". Deccan Herald. May 27, 2007. Diarkibkan daripada original pada September 29, 2007. Dicapai pada June 8, 2009. 
  12. ^ a b c "Sunshine – Chris Evans interview". IndieLondon.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2013. Dicapai pada June 8, 2009. 
  13. ^ Gardner, Jessica (September 21, 2011). "Chris Evans Takes On a New Fight in 'Puncture'". Backstage. Dicapai pada April 12, 2016. 
  14. ^ Jay Jayson @ComicBook. "Captain America Was A Model For Mystery Date". Comicbook.com. Dicapai pada April 12, 2016. 
  15. ^ Rebecca Murray, Fred Topel. "Interview with Mia Kirshner & Chris Evans from "Not Another Teen Movie"". About.com. Dicapai pada June 7, 2013. 
  16. ^ ""London" Movie Trailer". About.com. Dicapai pada June 7, 2013. 
  17. ^ "Human Torch Chris Evans Says Fantastic Four 3 Will Probably Not Happen". /Film. March 21, 2008. Dicapai pada June 7, 2013. 
  18. ^ Chupnick, Steven (July 22, 2007). "Traveling to the SUNSHINE with Danny Boyle and Chris Evans". Collider.com. Dicapai pada June 7, 2013. 
  19. ^ "Push Comes to Shove for Chris Evans". Parade. February 4, 2009. Dicapai pada July 19, 2010. 
  20. ^ Rosen, Christopher (April 22, 2011). "Chris Evans and the Kassen Brothers Talk Puncture, Captain America and the Tribeca Film Festival". Movieline.com. Dicapai pada June 7, 2013. 
  21. ^ Billington, Alex (July 13, 2009). "Complete Look at the Full Cast of Sylvain White's The Losers". FirstShowing.net. Dicapai pada July 13, 2009. 
  22. ^ Fischer, Russ (January 20, 2009). "A Handy Cast Guide To Scott Pilgrim Vs The World". Chud.com. Diarkibkan daripada original pada January 23, 2009. Dicapai pada January 20, 2009. 
  23. ^ a b Graser, Marc (March 22, 2010). "Chris Evans to play 'Captain America'". Variety. Dicapai pada March 23, 2010. 
  24. ^ Anderton, Ethan (March 8, 2010). "Casting Tidits: Anna Faris, Liv Tyler, Ryan Gosling and More". FirstShowing.net. Dicapai pada August 3, 2010. 
  25. ^ Ward, Kate (March 19, 2010). "Captain America offered to Chris Evans". Entertainment Weekly. Dicapai pada March 2, 2014. 
  26. ^ Fleming Jr., Mike (November 11, 2011). "Chris Evans Replacing James Franco In 'The Iceman'". Deadline.com. Dicapai pada March 2, 2014. 
  27. ^ Malec, Brett (April 23, 2013). "Captain America, Who?! Chris Evans Gets Hairy Makeunder in New Movie The Iceman". E!. Dicapai pada March 2, 2014. 
  28. ^ Kroll, Justin (January 13, 2012). "Chris Evans warms to 'Snow Piercer'". Variety. Dicapai pada March 2, 2014. 
  29. ^ Chitwood, Adam (September 18, 2012). "Chris Evans Talks 'Captain America: The Winter Soldier'; Says Sequel Will Get Into Material That Was Cut from 'The Avengers'". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2012. Dicapai pada September 18, 2012. 
  30. ^ Gajewski, Ryan (September 13, 2014). "Chris Evans Has Complicated Feelings for Michelle Monaghan in 'Playing It Cool' Trailer". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2014. Dicapai pada October 30, 2014. 
  31. ^ a b Setoodeh, Ramin (March 25, 2014). "'Captain America's' Chris Evans Says He's Ready to Leave Acting Behind". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2014. Dicapai pada March 3, 2014. 
  32. ^ "Marvel Studios Announces Filming of Marvel's Avengers: Age of Ultron in South Korea". Marvel. February 18, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada February 19, 2014. Dicapai pada February 18, 2014. 
  33. ^ Strom, Marc (October 28, 2014). "Marvel Pits Captain America & Iron Man in a Cinematic Civil War". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2014. Dicapai pada October 28, 2014. 
  34. ^ Glamour magazine via Gallagher, Brian (March 3, 2014). "Chris Evans Taking a Break from Acting Once Marvel Contract Expires". Movieweb.com (Watchr Media). Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2014. Dicapai pada March 3, 2014. 
  35. ^ Chitwood, Adam (September 4, 2015). "Chris Evans Eager to Extend Marvel Contract". Collider. Dicapai pada April 12, 2016. 
  36. ^ "Chris Evans to narrate Patriots documentary 'America's Game'". BostonGlobe.com. Dicapai pada May 9, 2016. 
  37. ^ http://time.com/4708310/jenny-slate-on-chris-evans-breakup/
  38. ^ Voss, Brandon (January 5, 2009). "A List: Chris Evans". The Advocate. Dicapai pada July 20, 2010. 
  39. ^ Sachs, Adam (May 2012). "The Avengers[[:Templat:']] Chris Evans: Just Your Average Beer-Swilling, Babe-Loving Buddhist". Details. Diarkibkan daripada original pada April 12, 2013. Dicapai pada April 16, 2013.  Konflik URL–pautanwiki (bantuan)
  40. ^ Goldman, Eric (January 3, 2015). "Marvel's Agent Carter: "Now is Not the End" Review". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2015. Dicapai pada February 1, 2015. 
  41. ^ Serrao, Nivea (April 20, 2017). "Chris Evans and Michael Cera to star on Broadway together". Entertainment Weekly. Dicapai pada April 22, 2017. 
  42. ^ McWhertor, Michael (October 18, 2012). "Intel releases free Kinect FMV game Discovered starring Chris Evans, LMFAO". Polygon. 
  43. ^ McNary, Dave (March 2, 2017). "Saturn Awards Nominations 2017: 'Rogue One,' 'Walking Dead' Lead". Variety. Dicapai pada March 2, 2017. 
  44. ^ "Kids' Choice Awards 2017: Full Nominees and Winners List". Us Weekly. Dicapai pada 12 March 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]