Sebastian Stan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebastian Stan
Sebastian Stan TIFF 2015.jpg
Stan pada tahun 2015
Kelahiran ( 1982-08-13) 13 Ogos 1982 (umur 35)
Constanța, Romania
Pusat pendidikan Universiti Rutgers
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2003–sekarang

Sebastian Stan (lahir Ogos 13, 1982) ialah seorang pelakon Romania Amerika[1] dikenali dengan peranannya sebagai James Buchanan "Bucky" Barnes/Winter Soldier dalam Marvel Cinematic Universe. Beliau juga muncul dalam filem 2010, Black Swan. Di televisyen, Stan melakonkan watak Carter Baizen dalam Gossip Girl, Putera Jack Benjamin dalam Kings, Jefferson dalam Once Upon a Time dan T.J. Hammond dalam minisiri, Political Animals. Pada tahun 2015, beliau membintangi Ricki and the Flash dan The Martian.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Stan dilahirkan di Constanța, Romania. Ketika berumur 8 tahun, beliau dan ibunya berpindah ke Vienna, Austria dimana ibunya diambil kerja sebagai seorang pemain piano. Empat tahun kemudian, mereka berpindah ke Rockland County, New York selepas ibunya berkahwin dengan Anthony Fruhauf, guru besar Rockland Country Day School.[2]

Karier filem dan televisyen[sunting | sunting sumber]

Selepas beberapa peranan dalam televisyen dan filem termasuk The Covenant dan Gossip Girl, Stan mendapat peranan utama dalam siri 2009, Kings sebagai Putera Jack Benjamin. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam filem thriller, Black Swan.[3] Stan juga mula menjalani penggambaran filem seram, The Apparition pada bulan Februari tahun itu;[4] filem ini ditayangkan pada Ogos 24, 2012. Stan melakonkan watak Blaine dalam Hot Tub Time Machine pada bulan Mac 2010. Pada bulan Julai 2011, beliau melakonkan watak Bucky Barnes dalam Captain America: The First Avenger, berdasarkan karakter Marvel Comics.

Pada tahun 2012, beliau membintangi filem thriller, Gone dan mula mempunyai peranan dalam Once Upon a Time sebagai Mad Hatter. Beliau juga muncul dalam minisiri USA Network, Political Animals. Pada tahun 2013, Stan melakonkan watak Hal Carter dalam Picnic, di Teater American Airlines, New York.[5] Pada tahun 2014, Stan menyambung wataknya sebagai Bucky Barnes dalam Captain America: The Winter Soldier.[6]

Pada tahun 2015, Stan melakonkan watak Joshua dalam Ricki and the Flash,[7] dan membintangi The Martian sebagai Dr. Chris Beck. Beliau menyambung wataknya sebagai Winter Soldier dalam Captain America: Civil War, ditayangkan pada tahun 2016.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Stan mempunyai hubungan dengan bintang Gossip Girl, Leighton Meester diantara tahun 2008 dan 2010,[9] dan mempunyai hubungan dengan bintang Once Upon a Time, Jennifer Morrison dari bulan Mei 2012 sehingga Ogos 2013.[10] Beliau mula mempunyai hubungan dengan bintang Spread, Margarita Levieva pada pertengahan tahun 2014.[11]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Nota
2004 Tony n' Tina's Wedding Johnny
2005 Red Doors Simon
2006 Architect, TheThe Architect Martin Waters
2006 Covenant, TheThe Covenant Chase Collins
2007 Education of Charlie Banks, TheThe Education of Charlie Banks Leo
2008 Rachel Getting Married Walter
2009 Spread Harry
2010 Hot Tub Time Machine Blaine
2010 Black Swan Andrew
2011 Captain America: The First Avenger James Buchanan "Bucky" Barnes
2012 Gone Billy
2012 Apparition, TheThe Apparition Ben
2014 Captain America: The Winter Soldier Bucky Barnes / Winter Soldier
2015 Bronze, TheThe Bronze Lance Tucker
2015 Ant-Man Bucky Barnes / Winter Soldier Babak selepas kredit; kameo
2015 Ricki and the Flash Joshua
2015 Martian, TheThe Martian Dr. Chris Beck
2016 Captain America: Civil War Bucky Barnes / Winter Soldier
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2003 Law & Order Justin Capshaw Episod: "Sheltered"
2007–10 Gossip Girl Carter Baizen 11 episod
2009 Kings Jonathan "Jack" Benjamin 12 episod
2012 Once Upon a Time The Mad Hatter/Jefferson 6 episod
2012 Political Animals Thomas "T.J." Hammond Minisiri; 6 episod
2012 Labyrinth Will Franklin Minisiri; 2 episod
Permainan video
Tahun Tajuk Peranan Nota
2011 Captain America: Super Soldier James "Bucky" Barnes Suara
Video muzik
Tahun Tajuk Artis
2008 "Wake Up Call" Hayden Panettiere

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gans, Andrew (December 28, 2006). "Pedi, Stan and Rosenblat Join Broadway's Talk Radio Cast". Playbill. Dicapai September 28, 2014. 
  2. ^ Nicholson, Amy (July 26, 2011). "Interview with Sebastian Stan". Boxoffice. Dicapai March 13, 2012. 
  3. ^ Aronofsky's Black Swan Cast Expands by One
  4. ^ Two More Catch a Glimpse of Dark Castle's 'Apparition'
  5. ^ Brantley, Ben (January 14, 2013). "THEATER REVIEW; 'Picnic' at American Airlines Theater". The New York Times. Dicapai January 15, 2013. 
  6. ^ Graser, Marc (July 16, 2012). "Mackie mulls Falcon in 'Captain America'". Variety. Dicapai July 16, 2012. 
  7. ^ Fleming, Jr., Mike (October 24, 2014). "Sebastian Stan Joins 'The Martian' And 'Ricki And The Flash'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2014. Dicapai October 30, 2014. 
  8. ^ Strom, Marc (October 28, 2014). "Marvel Pits Captain America & Iron Man in a Cinematic Civil War". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2014. Dicapai October 28, 2014. 
  9. ^ "Source: Leighton Meester "Still Friends" With Ex Despite Split". usmagazine. 
  10. ^ Shira, Dahvi (July 17, 2012). "Jennifer Morrison Dating Once Upon a Time Costar Sebastian Stan". 
  11. ^ Marquina, Sierra (2014-07-31). "Sebastian Stan and Margarita Levieva Are Dating! - Us Weekly". Usmagazine.com. Dicapai 2015-09-27. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]