Crayon Shin-chan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Crayon Shin-chan
クレヨンしんちゃん
(Kureyon Shin-chan)
GenreKomedi, secebis kehidupan[1]
Manga
PengarangYoshito Usui
PenerbitJapan Futabasha
Malaysia Comics House
Canada United States dahulunya ComicsOne, kemudian DrMaster
Germany Egmont
Taiwan Hong Kong Tong Li Comics
Perancis J'ai lu
Itali Sepanyol Planeta DeAgostini India UTV (Unilazer)
Thailand N.E.D.
Penerbit Lain
DemografikSeinen
PencetakanAction Comics
Majalah Asal
Tarikh PengeluaranOgos 19902 Februari 2010
Jilid50
Siri televisyen anime
Pengarah
Lagu/MuzikToshiyuki Arakawa
StudioShin-Ei Animation
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTV Asahi
Penyiaran bahasa Inggeris
Vitello, Phuuz: Fox Kids,[3] Fox8
LUK Internacional: Nintendo eShop (2016–tidak diketahui)
Vitello: RTÉ2[4]
  • English subtitled: KIKU (1992–2001)
  • Funimation: Adult Swim (2006–2009)
LUK Internacional: Nintendo eShop (2016–tidak diketahui)
Tarikh tayangan13 April 1992 – kini
Episod1077
Manga
New Crayon Shin-chan
PengarangUY Team
PenerbitFutabasha
DemografikSeinen
PencetakanAction Comics
Majalah AsalManga Town
Tarikh PengeluaranOgos 2010 – kini
Jilid10
Cerita ranting
  • SHIN-MEN (anime, 2010–2012)
  • Crayon Shin-chan: SHIN-MEN (manga, 2010–2013)
  • Action Mask (manga, 2013–2015)
  • Style of Hiroshi Nohara LUNCH (manga, 2015–kini)
  • Cerita ranting Crayon Shin-chan (anime, 2016–kini)
  • Super Shiro (anime, 2019–2020)
  • Super Shiro (manga, 2021–kini)
Media berkaitan
Portal Anime dan Manga
rupa sebenar sinosuke

Crayon Shin-chan (クレヨンしんちゃん Kureyon Shinchan) (dikenali sebagai Dik Cerdas di Malaysia) merupakan siri komik dan anime yang direka oleh Yoshito Usui. Siri ini mengisahkan gelagat seorang budak berumur lima tahun dan keluarganya yang berlatarkan sebuah rumah di bandar Kasukabe, Saitama, Jepun.

Anime[sunting | sunting sumber]

Crayon Shin-chan mulai ditayangkan di Jepun oleh TV Asahi pada 13 April 1992. Siri TV animenya telah dihasilkan oleh Studio Animasi Shin'ei Doga.

Filem[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua filem animenya iaitu

  • Otona Empire Strikes Back (2003)
  • Arashi Wo Yobu Yuhi No KasukabeBoys (2004)

Manga[sunting | sunting sumber]

Crayon Shin-chan mula-mulanya muncul dalam sebuah majalah mingguan Jepun berjudul Weekly Manga Action (WEEKLY週間アクション), yang diterbit oleh Futabasha Publishers.

Novel grafik Crayon Shin Chan mula diterbitkan pada Ogos 1990 oleh Action Comics dan disiarkan dalam majalah Manga Town di Jepun.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan gelagat lucu di dalam siri ini disebabkan oleh penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak janggal, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang tidak berbahasa Jepun, maka para penterjemah di serata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk mengatasi masalah ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang betul.

Jalan-jalan cerita yang digambarkan di dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang di dalam komiknya. Rancangan anime ini telah mendapat kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, menjadi contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton kecil. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh berbeza. Contohnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma disebabkan ketidakendahannya untuk berkelakuan baik sesuai dengan umurnya.

Punca kontroversi siri Krayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya malah di khalayak umum, tanpa secebis rasa malu.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Keluarga Nohara[sunting | sunting sumber]

  • Nohara Shinnosuke (野原しんのすけ) - (Shin-chan) watak utama, seorang murid tadika yang gemar bergelagat nakal. 5 tahun→6 tahun. Suka makan biskut beruang(perisa coklat juga dikenali sebagai chokobi) sehingga giginya rosak. Kerap kencing malam akibat bermimpi memadamkan api. Selalu salah faham dan tidak peduli cakap orang.Mudah cair apabila dipuji. Jarang dapat menaiki bas sekolah kerana bangun lambat. Suka menonton berita jam 11. Mulut celupar dan suka pada ohara nanako atau pun kakak nanako bila saja berjumpa kakak nanako dia mudah mencair.
  • Nohara Misae (野原みさえ) - ibu Shin-chan. Mudah bengang apabila anak lelakinya mempermainkannya atau mempersendanya dengan berbuat-buat berlakon macam si ibu. Ibu Shin Chan memang amat gemarkan jualan murah di pasar raya, mencuba makanan percuma dan berbual panjang di telefon atau bersama jiran-jiran yang suka mengumpat. Suka membeli pakaian mahal untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga sebaliknya. Berasal dari Kampung Kumamoto di Kyushu. Kakaknya bernama Masae manakala adiknya yang bekerja sebagai pembantu jurugambar alam semulajadi bernama Musae. Peratusan lemak dalam badan ialah 35. Umur 29 tahun.
  • Nohara Hiroshi (野原ひろし) - bapa Shin-chan. Seorang penyelia yang tidak pernah naik pangkat. Berasal dari Akita. Nama ayahnya, Ginnosuke manakala ibunya Tsuru. Manakala abangnya yang kedekut bernama Semashi (sering mengenakan bayaran apabila Hiroshi pulang bercuti:bayaran sewa rumah walaupun itu rumah keluarga). Gemar minum bir.Takut kepada isteri.Bekerja setiap hari,kadang-kala bekerja pada hari cuti.
  • Nohara Himawari (野原ひまわり) - adik perempuan Shin-chan. Namanya bermaksud "bunga matahari". Suka pada lelaki kacak.Tidak suka permainan bayi.Malas berjalan walaupun sudah pandai. Dengki dengan Shin Chan dan ayahnya kerana dia hanya boleh minum susu dan makan makanan bayi.
  • Shiro (シロ) - Anjing Shin-chan yang berbulu putih dan tebal. Namanya bermaksud "putih". Anjing ini nampaknya sentiasa dapat melihat keadaan sebenar di sekelilingnya di sebalik gelagat Shin-chan.Teman wanitanya bernama Meg.Berlagak macho di hadapan teman wanita walaupun penakut.Sering lepak di tempat yang ramai anjing betina(kaki betina)

Kenalan keluarga Nohara[sunting | sunting sumber]

  • Ōhara Nanako (大原 ななこ Nanako) - Penuntut kolej yang digemari Shin-chan.
  • Ōhara Shijūrō (大原 四十郎) - Bapa Nanako yang sering resah tentang keselamatan anaknya.Seorang penulis novel yang suka menggunakan perkataan mesra sebagai tajuk novelnya.Sangat diminati oleh Hiroshi Nohara.Mengupah seorang 'spy' untuk mengekori anaknya tetapi ia hanya untuk beberapa hari.
  • Kandadori Shinobu (神田鳥 忍) - Rakan sekolej Nanako yang hendak menjadi ahli gusti profesional.Bercinta dengan Omata tetapi memutuskannya disebabkan cita-citanya.
  • Honda Keiko (本田 ケイコ) - Kawan karib Misae sejak zaman sekolah menengah. Juga digelar "Okei".Kerap berbual panjang dengan Misae di telefon.Suka menunjuk kekacakan suaminya.Seorang wartawan.Jiwang.
  • Honda Satoshi (本田 悟史) - Suami Keiko yang gemar anime dan mengumpul barangan Action Kamen.Serupa dengan Shin Chan(menurut kata isterinya)
  • Fail:Logo-ntv7.png
    ntv7 disiar cerita shinchan di negara malaysia
    Honda Hitoshi (本田 ひとし) - Anak lelaki pasangan Honda yang masih bayi.Apabila besar menyertai kelas renang.Rapat dengan Shin Chan.
  • Yoshiko (よしこ) - Kawan lama Misae yang merupakan seorang pengarang manga.
  • Kitamoto (北本) - Jiran keluarga Nohara yang gemar bergosip dan kerap berborak dengan Misae.Pengheboh dan suka mengambil tahu hal keluarga Nohara.Mempunyai seorang anak saudara yang bernama Robert(rakyat Amerika).
tv asahi pertama yang tayang cerita shin chan

Tadika Futaba[sunting | sunting sumber]

Murid-murid[sunting | sunting sumber]

  • Kazama Tōru (風間トオル) - kawan baik Shin-chan yang berkelakuan baik tetapi kadang-kadang angkuh serta berlagak seperti orang dewasa dan dibesarkan bagaikan anak hartawan atau bangsawan.Maknya suka besolek tebal.Suka berpakaian perempuan dan amat meminati anime 'gadis ghaib Mary'.Maknya(Mineko) suka berpakaian lelaki.Ayahnya bekerja di Sydney.Ibunya mempunyai seorang abang yang kaya dan tinggal di UK.Fasih berbahasa inggeris kerana belajar tuisyen.Wang saku 500 yen sebulan(membeli buku latihan).Tinggal di Pangsapuri Action.Gemar menumpul pensil berbagai bentuk dari luar negara.
  • Sakurada Nini (桜田ネネ) - kawan baik Shin-chan yang gemar bermain 'omamagoto' atau 'rumahtangga', yang kerap menyaksikan masalah rumahtangga dan perceraian.Suka mengarah orang.Mencipta watak pelik apabila bermain 'omamogata'.Gemar menyimpan patung bulu arnab yang digunakan untuk menumbuk.Emaknya,Meoko seorang yang berjimat semata-mata untuk makan besar pada hujung bulan.Kerap sembelit.Kegemarannya seperti Nini(menyimpan patung bulu arnab untuk melepaskan geram).Tidak menyukai keluarga Nohara.Menyukai guru sementara yang menggantikan Cikgu Yoshinaga,Shijoh Atsukuru.Bapanya pernah muncul sewaktu menikmati bunga sakura di taman.
  • Satō Masao (佐藤マサオ) - kawan baik Shin-chan yang penakut.Pembersih.Gemar mengumpul barang-barang terbuang sebagai koleksi.Kuat menangis.Sangat takut kepada Nini sehingga terbawa ke dalam mimpi.Kepala botak dan sering digelar onigiri oleh Shin Chan dan Nini.Suku kepada Ai Suotome(anak orang kaya yang tinggal di kawasan Sagateya)
  • (ボー) - kawan baik Shin-chan yang amat lembab dari segi penampilan tetapi agak bijak. Hidungnya sentiasa berhingus.Pandai membuat pelbagai corak dengan hingus.Hingusnya akan berputar apabila gembira.Kurang bercakap.Hanya sekali mendapat watak berdialog dalam permainan Nini(dia rasa sungguh gembira).Gemar mengumpul pelbagai jenis batu.Pernah melamar cikgi Matsuzaka dengan bunga yang diletakkan dalam tandas kerana cikgu menolongnya membersihkan hingus.Rupa ibunya tidak pernah ditunjuk.

Watak televisyen kegemaran Shin-chan[sunting | sunting sumber]

  • Action Kamen (アクション仮面) - adiwira kegemaran Shin-chan. Merupakan parodi kepada Kamen Rider.
  • Sakura Mimiko (桜 ミミ子) - Pembantu muda Action Kamen ketika menentang musuh. Dia dilihat sebagai pengirim senjata penting kepada Action Kamen atau memberi arahan mengenai teknik baru kepada wira tersebut.
  • Buriburizaemon (ぶりぶりざえもん Buriburizaemon) - Seekor watak BABI bercakap dan kononnya bercirikan hero namun bersifat penakut, malas, membelot, dan lucu yang muncul dalam beberapa jilid mengenai zaman kuno Jepun. "Buri Buri" bermaksud 'jahat jahat' dalam bahasa Hindi.


Shin-chan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Crayon Shin-chan diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 1990-an melalui komik yang diterjemah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Tajuk komik versi bahasa Melayu menjadi Dik Cerdas. Manakala, terjemahan Bahasa Cinanya berjudul La Bi Xiao Xin (Bahasa Cina: 蜡笔小新; pinyin: làbǐ xiǎoxīn).

Shin-chan akhirnya muncul di televisyen tempatan dengan alih suara Bahasa Melayu yang disiarkan oleh NTV7 pada tahun 2002 (hari Isnin jam 7.00 malam) dan kemudian berpindah ke hari Sabtu jam 7.00 malam pada 2003 dan ia ditaja oleh Faber-Castell. Pengalih suara bagi Shin-chan merupakan seorang belasan tahun bernama Arfalie Fikrie Razali. Anime Shin-chan merupakan antara rancangan televisyen yang paling ramai penontonnya bagi stesen tersebut, sungguhpun terpaksa melalui penapisan yang ketat.

Shin-chan di negara lain[sunting | sunting sumber]

Shin-chan juga dialih suara kepada Bahasa Inggeris di Amerika, namun anime tersebut tidak dapat disiarkan di rantau tersebut, kononnya atas sebab-sebab penapisan. Bagaimanapun, anime Shin-chan dapat disiarkan di United Kingdom melalui saluran JETIX tempatannya.

Di Korea Selatan, komik dan animenya pula berjudul 짱구는 못말려 (Jjanggu the Unstoppable), dan amat popular juga. Nama Shin-chan dijadikan 신짱구 (Shin Jjanggu), yang dihasilkan daripada gabungan nama Jepun asalnya serta perkataan Korea 짱구(jjanggu) yang bermaksud "dahi yang menonjol." Shin-chan juga menerima kesan penapisan yang ketat di negara ini yang berjiran dengan Jepun.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Shin Chan menyambut ulangtahunnya yang ke 15 pada Ogos 2005.
  • Populariti Shin Chan serba sedikit telah menjadi penyebab Datuk Bandar Kasukabe (tempat tinggal Shin Chan dalam cerita) melantik watak ini sebagai penduduk tetap bandar itu.
  • Sekolah tadika dan taman permainan kanak-kanak dalam siri Crayon Shin Chan dikatakan dibuat berdasarkan sekolah dan taman di Bandar Kasukabe.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Shin Chan" (dalam bahasa Inggeris). Funimation. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2018. Dicapai pada 22 Julai 2018.
  2. ^ "LUK Internacional – Catalogue, SHIN CHAN". www.lukinternacional.com.
  3. ^ "Welcome To Foxkids.com.au". 5 February 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-02-05.
  4. ^ "RTE Guide – TV Schedules". 27 March 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-03-27. Dicapai pada 2018-12-10.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]