Adam Corrie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Adam Corrie Lee" dilencongkan di sini.
Adam Corrie
Gambar peribadi 2014-02-04 23-33.jpg
Kelahiran Pulau Pinang, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Adam Corrie Lee bin Abdullah
Kerakyatan Malaysia
Pekerjaan Pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas
Tahun aktif 1984–kini
Organisasi

Pengerusi Kembara Iman Malaysia 2015-kini Timbalan Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah,2015-2016 Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf 2016- kini

Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah 2017- kini
Kampung asal Pulau Pinang
Pasangan Fazima Fuad (kahwin 2008–kini) «start: (2008)»"Marriage: Fazima Fuad to Adam Corrie" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Adam_Corrie)[1]
Anugerah

Juara – Peter Stuyvesant Dance Competition -1995 Juara- Big 2 World Dance Championship di Filipina -1999

Calon Tokoh Amal Hijrah Kesenian peringkat Wilayah Persatuan 2016

Tokoh Amal Hijrah 1439h - Saudara Kita peringkat Negeri Selangor
Laman web

Himpunan Jiwa Adam Fazi
ADAM CORRIE
ADAM CORRIE @adam_corrie

www.adamcorrie.my

Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis. Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster.

Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera. Beliau mampu berbahasa Kantonis, bahasa Hokkien, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik sekali. Seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem. Beliau amat dikenali sebagai pelakon antagonis [3]. Awal penglibatan beliau sebagai penari yang sering muncul di kaca televisyen RTM antaranya rancangan Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Seorang kolumnis jemputan di surat khabar Metro Ahad setiap hari Ahad sejak 2016 hingga kini.

Dragon adalah watak Adam Corrie di dalam filem KL Gangster 1 & 2

Ringkasan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga tahun 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, Adam Corrie juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi, antaranya;

Melalui pengalaman yang telah ditimba beliau mula menjinakkan diri sebagai koreografer profesional pada awal tahun 1990.

Beliau mula mengorak langkah setapak lagi sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu 'Spinning Gasing' pada tahun 1999 ( ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee ) dan hinggalah sekarang beliau masih menjadi koreografer tarian ( jurutari ) dan pelakon.

Beliau juga sekarang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecil-kecilan dengan menjual t-shirt di bawah jenama Mr & Mrs Adam Corrie , www.adamcorrie.my .

Balik Fitrah[sunting | sunting sumber]

13 Julai 2007, Secara rasmi beliau telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Buddha.

Beliau giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi.[4] Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardhu ain.[5]

Beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

  1. Kaabah. - Beliau suka melihat kaabah. Ia membuatkan beliau tenang dan rasa ingin ke sana. [6]
  2. Bersahabat baik anak ustaz, selalu bawa beliau ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
  3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama beliau kaji.


Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi. Bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah pegangmu.[7]

Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah (menganut agama Islam) beliau sekarang sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas Saudara Baru di Pejabat-pejabat Kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah[8] yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri.[9]

Cabaran Adam Corrie sebagai seorang saudara baru ialah beliau pernah dilarang Solat dan  beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah bersama isterinya di lokasi pengambaran.[10] Selain itu beliau juga dimanipulasikan gambar dan penampilannya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan agenda politik sehingga menjejaskan imej beliau sebagai artis yang neutral dalam politik. [11][12][13]

Kembara Iman Saudara Baru[sunting | sunting sumber]

Kembara Iman Saudara Bar[14]u diwujudkan oleh Adam Corrie iaitu satu program khusus untuk saudara baru pergi mengerjakan umrah bagi memantapkan akidah. Program pertama beliau pada 10 June 2015 telah berjaya membawa seramai 23 orang saudara baru dengan mengumpul dana dari orang perseorangan. Manakala Kembara Iman Saudara Baru ke 2[15] iaitu pada tahun 2016, Adam Corrie telah membawa 40 orang saudara baru dengan jayanya.

Beliau juga telah memegang jawatan dalam organisasi NGO iaitu Pengerusi Kembara Iman Malaysia , Timbalan Pengerusi Usrah Fitrah, dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf .

Pembabitan dalam industri seni[sunting | sunting sumber]

Sebagai Peter dalam drama bersiri Metro Skuad untuk RTM1

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Spinning Gasing
  2. Paloh (filem)
  3. Evolusi KL Drift 2
  4. Jin Notti
  5. V3 Samseng Jalanan
  6. Setem (Filem)
  7. Pontianak Menjerit -2005
  8. Kala Malam Bulan Mengambang -2008
  9. Pontianak Harum Sundal Malam
  10. Gerak Khas The Movie 3
  11. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (April 2009)
  12. My Spy
  13. City Shark
  14. Libas
  15. Misteri Jalan Lama
  16. KL Gangster
  17. Second Virgin (film) Filem Jepun
  18. Gangster Celop
  19. KL Gangster 2
  20. Tyickooouns
  21. Gangster Celop
  22. Kaki Kitai
  23. Gila Baby
  24. KL Cinta
  25. JB Pailang
  26. Victory (Tamil Film)
  27. Cicakman 3
  28. Darah Panas
  29. Kapsul
  30. Paradox Cinta
  31. Kak Yong

Drama & Telefilem[sunting | sunting sumber]

  1. Di Luar Bukan Syurga
  2. Plantun Satria
  3. Fantasia Cinta Dobi – Episod 26
  4. Mat Jenin – Drama episode 26
  5. Gerak Khas
  6. Roda-roda KL
  7. Kaizer – Episod 26
  8. Tuntutan Maut Telemovie
  9. Katsarin 26 Episod
  10. Kisah Abang 20 Episod
  11. Selumbar di hati mama 26 Episod
  12. Ternimal sayang telemovie
  13. Kapoww
  14. Ops Landau
  15. Seriau – VcD
  16. Delima Wanita
  17. Hua Hua Hua
  18. KL Menjerit 27 Episod
  19. Siapa Kau
  20. Roh Kembali
  21. Pengawal peribadi
  22. Sembang bawa bimbang
  23. Ayoup
  24. Ranjau Kehidupan
  25. Crossing
  26. Akinabalu
  27. Beret Hijau
  28. Dewa Cintaku
  29. Metro Skuad - 26 episod Skop Production Sdn Bhd
  30. Metro Skuad - musim 2
  31. Beret Hijau - 13 episod
  32. Beret Hijau - musim ke 2
  33. Budak Kidal
  34. Tasbih Muallaf
  35. Aku Bukan Julaibib
  36. Cinta dan Wahyu
  37. Tanah Kubur -Mualaf
  38. Hafiz Tahfiz
  39. Untuk Mu Muhammad
  40. Nasi Ayam Nasi Itik
  41. Bibir Tanpa Zikir
  42. Titisan Darah Pahlawan
  43. Dendam 5 Beradik
  44. Nafas 360
  45. Kerana Anggun
  46. Kerambit 25 episode
  47. Matahari Terbit Lagi
  48. Churam
  49. Kasih Marhanis
  50. Drama Bersiri LaLuna

Teater[sunting | sunting sumber]

Komersil[sunting | sunting sumber]

  1. Palmolive
  2. Yamaha SS2
  3. The Crook (iklan membanteras cetak rompak)
  4. Kementerian Perdagangan - Bentas Jenayah
  5. GST
  6. Kopi Badang

Rancangan Dokumentari & Majalah

1. Diari Fakir - Astro Prima

2. Salam Muslim - Astro Oasis

3. Hajat - Astro Prima / Astro Maya HD

4. Jalan Orang Mukmin (JOM) musim ke 3 - TV AlHijrah

5. Romantika - Astro Ria

6. Into Jannah - Astro Oasis

Rancangan realiti & Koreograf[sunting | sunting sumber]

  1. Muzik-Muzik
  2. Akademi Fantasia Musim 1 (Audition)
  3. Akademi Fantasia Musim 2
  4. Akademi Fantasia Musim 4
  5. Mentor musim 1
  6. Filem Muzikal Magika – KRU Motion
  7. Teater MAHSURI – Istana Budaya
  8. Mari Menari (musim pertama)
  9. Suara Emas
  10. Bintang RTM
  11. FunDance 2013

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Berdasarkan pernyataan beliau di fan page Facebook beliau: "Ya saya berbangsa Cina yg beragama Islam."[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]