Pergi ke kandungan

Zarynn Min

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zarynn Min
زرينن مين
Kelahiran
Noraszarinawati binti Tumin

(1980-12-07) 7 Disember 1980 (umur 45) [a]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2000–kini
Karya
Filemografi

Noraszarinawati Tumin atau lebih dikenali sebagai Zarynn Min (lahir 7 Disember 1980) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau adalah bekas peserta Dewi Remaja 2002/2003.[3]

Zarynn berkelulusan dalam bidang penyiaran dari Akademi TV3 dan Pengajian Perniagaan dari Kolej Stamford, Texas, Amerika Syarikat. Penampilan TV pertamanya ialah Rafflesia sebagai Hidayah untuk RTM (dianugerahkan siri TV terbaik, Anugerah Skrin 2006). Sejak itu, beliau berlakon dalam beberapa telefilem dan drama termasuk Salam Terakhir bersama, Dato’ Rosyam Nor. Beliau pertama berlakon dalam filem Anak Mami The Movie, diikuti oleh Dunia Baru The Movie, Jin dan Suamiku, Encik Perfect 10! lakonan Dato' Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Pada tahun 2010, Zarynn menjayakan watak sebagai Aalia dalam siri drama 68 episod Aalia di Astro Prima dan telefilem psikologi thriler Gila, di mana persembahannya dalam drama mendapat pujian yang ketara.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Televisyen Asia ke-16 Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Menang
2015 Anugerah Tribute P.Ramlee 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2016 Anugerah Tribute P.Ramlee 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2017 Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Telenovela Anugerah Khas Juri
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Radio Wanita Terbaik Tercalon
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Televisyen Asia ke-16 Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Menang
2015 Anugerah Tribute P. Ramlee 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2016 Anugerah Tribute P. Ramlee 2016 Menang
2017 Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Telenovela Anugerah Khas Juri
2022 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Pembantu Radio Wanita Terbaik Tercalon
  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon dan pengarah Syafiq Yusof yang 12 tahun lebih muda daripadanya.
  1. ^ AZIZ, SITI AZIRA ABD. (14 April 2010). "Proses Bercerai Lebih Mahal Dari Proses Berkahwin - Zaryn Min - Berita Hiburan | mStar". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2018-05-02.
  2. ^ Zaidi Mohamad (26 Disember 2019). Zarynn sedar diri Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  3. ^ 23 selebriti kelahiran Dewi Remaja, siapa paling letop? Remaja (30 Oktober 2018). Dicapai pada 30 Disember 2018.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (19 Februari 2012). Saya sedar diri Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Ogos 2018

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]