Pergi ke kandungan

Wan Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Raja
وان رجا
Kelahiran
Saiful Redzuan bin Abu Bakar

(1978-02-12) 12 Februari 1978 (umur 48)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Lukis
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–kini
Karya
Filemografi
PasanganYaya Maembong (k. 2014)
Anak-anak2

Saiful Redzuan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Wan Raja (lahir 12 Februari 1978) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.[1][2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 12 Februari 1978 di Georgetown, Pulau Pinang dan berketurunan Melayu dan Jawa.

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai pelakon teater, seterusnya bergiat aktif sebagai pelakon sepenuh masa pada 2007. Namun pada 2009, beliau ditawarkan berlakon bersama Saiful Apek dan Nabil Ahmad dalam filem Sifu & Tongga arahan Abdul Razak Mohaideen.[3] Dalam filem ini, Wan Raja menjayakan watak sebagai Orang Suruhan Tammy kedua. Beliau berlakon dalam dua telefilem pada tahun yang sama–Kasih dan Anak Mamak Menantu Mami.

Dua tahun kemudian, Beliau memegang watak Tarmizi dalam drama Spa Qistina, lanjutan dari drama Spa Q. Beliau kemudiannya membintangi filem kedua, 2 Hati, Satu Jiwa lakonan Yasmin Hani dan Fouziah Gous.

Beliau memegang watak pembantu sebagai Johan dalam siri drama patriotik enam episod, Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.

Beliau memegang watak sebagai orang kanan Dato’ Mior, dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[4][5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon yang juga kakak Emma Maembong dan Chacha Maembong, iaitu Yaya Maembong pada 12 Disember 2014.[6][7] Hasil perkongsian hidup Wan Raja dengan Yaya, beliau dikurniakan dua anak—Seri Aileen Marissa (lahir 4 April 2016)[8] dan Muhammad Emre Farizqi (lahir 13 Januari 2018).[9]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. Zaidi Mohamad (11 Oktober 2017). "Wan Raja reda tawaran watak utama makin kurang". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2018 melalui BH Online.
  2. Syarrizuan Abdul Rashid (15 Oktober 2016). "Wan Raja tak kisah dikecam bawa watak lelaki lembut". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2018 melalui BH Online.
  3. "Sifu & Tongga - komedi kitar semula". Utusan Malaysia. 30 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-25. Dicapai pada 25 September 2018.
  4. Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  5. Dennis Chua (4 April 2018). "#Showbiz: KL Special Force powers on RM12.1 million collection". New Straits Times. Dicapai pada 7 April 2018.
  6. Norhayati Nordin (12 Disember 2014). "Yaya Maembong sah jadi isteri Wan Raja". Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2018 melalui Harian Metro Online.
  7. Norhayati Nordin (13 Disember 2014). "Semuanya 12/12". Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2018 melalui Harian Metro Online.
  8. Ahmad Shah (9 November 2016). "Bayi Comel Yaya Maembong & Wan Raja Kini Bergelar Pelakon". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  9. Mya Amri (24 Januari 2018). "Comelnya Gelagat Anak Yaya Maembong, Seri Aileen Tiru Gaya Adiknya". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Ogos 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]