Dimitris Salpingidis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dimitris Salpingidis
Dimitris Salpingidis.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhDimitrios Salpingidis
Tarikh lahir (1981-08-18) 18 Ogos 1981 (umur 36)
Tempat lahirThessaloniki, Greece
Ketinggian1.71 m (5 ka 7+516 in)[1]
Posisi permainanPemain sayap / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniPAOK
Nombor14
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1999–2006PAOK103(50)
1999–2000Larissa (pinjaman)7(0)
1999–2002Kavala (pinjaman)43(25)
2006–2010Panathinaikos119(46)
2010–PAOK158(40)
Pasukan kebangsaan
2004Greece B233(0)
2005–Greece82(13)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 9 Mac 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 24 Oktober 2014

Dimitrios "Dimitris" Salpingidis (Bahasa Yunani: Δημήτρης Σαλπιγγίδης; lahir 18 Ogos 1981) merupakan pemain bola sepak profesional Greek yang kini beraksi untuk kelab PAOK FC dan pasukan kebangsaan Greece. Beliau bermain di posisi sayap ataupun penyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

PAOK[sunting | sunting sumber]

Salpingidis bermula menjadi seorang ahli gusti sebelum beliau dipanggil untuk bermain bola sepak.[2] Salpingidis memulakan kerjaya bola sepaknya ketika memasuki kelab remaja PAOK FC. Sebelum ke dunia bola sepak, beliau mengambil bahagian dalam acara gusti dan memiliki impian untuk mewakili negaranya ke Sukan Olimpik. Beliau tidak dapat tunaikan impiannya menjadi ahli gusti tetapi pemain bola sepak akhirnya terhasil pada tahun 2004. Pada 30 September 1999, beliau membuat penampilan pertama bola sepak menentang FC Lokomotivi Tbilisi dengan kemenangan 2-0. Beliau kemudian dipinjam ke kelab Kavala FC semasa dua musim, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak Divisyen Kedua. Pada 25 Ogos 2002, beliau membuat debut liga untuk PAOK dan menang 4-1 ke atas Panathinaikos FC. Jaringan liga pertama beliau ketika menang 3-2 ke atas OFI Crete.

Pada musim seterusnya, PAOK memiliki penyerang hebat seperti Ioannis Okkas dan Giorgos Georgiadis. Salpingidis pada ketika itu menjadi penyerang pertama serta menjadi kapten pasukan. Pada musim 2003-04, pasukannya menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara. Kepentingan beliau dalam pasukan PAOK menyebabkan beliau dibenarkan terlepas perlawanan bersama skuad Olimpik Greece pada Sukan Olimpik di ibu kota tanah air beliau, Athens. Pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentang Maccabi Tel Aviv, kekalahan berpihak kepada pasukan beliau dan menyebabkan pemecatan jurulatih Anastasiadis. Pada musim 2005-06, beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.

Panathinaikos[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Ogos 2006, beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Panathinaikos dengan bayaran €1.8 juta. Perpindahan ini merupakan bayaran ketiga termahal antara semua pasukan Greek pada masa itu. Beliau membuat debut untuk Panathinaikos pada 20 Ogos dengan kemenangan 4-1 ke atas Aigalaio, di mana beliau menjaringkan hatrik.

Kembali ke PAOK[sunting | sunting sumber]

Selepas melalui musim yang baik selama empat tahun di Panathinaikos, Salpingidis kembali ke PAOK pada musim panas 2010. Pada 16 Jun 2010, Salpingidis secara rasminya menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab PAOK selepas kontraknya bersama kelab Panathinaikos tamat.

Pada 9 Januari 2011, beliau menjaringkan gol ke-100nya di Liga Super Greek menentang [[Asteras Tripoli F.C.|Asteras Tripoli]. Pada 3 November 2011, Salpingidis menjadi pemain Greek pertama yang menjaringkan banyak gol di Eropah.

Pada permulaan musim 2012-13, beliau menukar nombor jersinya dari 9 ke 14 iaitu nombor kegemarannya. Pada 17 Mac 2013, beliau melanjutkan kontrak selama tiga athun sehingga 2017 dengan harapan untuk menamatkan kariernya di kelab itu.

Beliau menjaringkan dua gol sepakan gunting pada 23 Februari 2013 menentang Kerkyra, menang 3-1. Pada 20 Mac 2013, beliau menjadi kapten pasukan PAOK selepas Pablo Garcia meninggalkan kelab. Beliau dilayangkan kad merah buat pertama kali dalam kariernya ketika PAOK menang 2-1 ke atas Platanias.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Salpingidis telah membuat 82 penampilan dan menjaringkan 13 gol untuk pasukan kebangsaan Greece. Beliau membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan pada 17 Ogos 2005 menentang Belgium.

Pada 17 Jun 2010, dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 menentang Nigeria, beliau menjaringkan gol pertama Greece di pentas Piala Dunia. Pada 8 Jun 2012, Salpingidis memasuki padang dan menjaringkan gol pertama Greece di Euro 2012 pada perlawanan peringkat kumpulan dengan keputusan terikat seri 1-1 menentang Poland. Dengan kedua-dua gol di Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, beliau menjadi pemain pertama Greek yang menjaringkan gol di kedua-dua kejohanan itu, di mana pemain-pemain Greek sebelum ini tidak pernah menjaringkan gol.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan Tahun Kmncln Gol
Greece 2005 4 0
2006 7 0
2007 4 0
2008 11 1
2009 7 2
2010 11 3
2011 10 0
2012 10 4
2013 8 3
2014 10 0
Jumlah 82 13

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 5 Februari 2008 Nicosia, Cyprus  Republik Czech 1–0 1–0 Persahabatan
2. 1 April 2009 Heraklion, Greece  Israel 2–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia 2010
3. 18 November 2009 Donetsk, Ukraine  Ukraine 0–1 0–1 Kelayakan Piala Dunia 2010
4. 17 Jun 2010 Bloemfontein, Afrika Selatan  Nigeria 1–1 2–1 Piala Dunia FIFA 2010
5. 11 Ogos 2010 Belgrade, Serbia  Serbia 0–1 0–1 Persahabatan
6. 12 Oktober 2010 Athens, Greece  Israel 2–1 2 –1 Kelayakan Euro 2012
7. 29 Februari 2012 Heraklion, Greece  Belgium 1–1 1–1 Persahabatan
8. 8 Jun 2012 Warsaw, Poland  Poland 1–1 1–1 UEFA Euro 2012
9. 22 Jun 2012 Gdańsk, Poland  Jerman 2–4 2–4 UEFA Euro 2012
10. 16 Oktober 2012 Bratislava, Slovakia  Slovakia 0–1 0–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
11. 10 September 2013 Athens, Greece  Latvia 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
12. 15 OKtober 2013 Athens, Greece  Liechtenstein 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
13. 15 November 2013 Athens, Greece  Romania 2–1 3–1 Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 Mac 2015
Kelab Musim Liga Piala Benua[A] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Greece PAOK 1999-00 0 0 0 0 1 1 1 1
Jumlah 0 0 0 0 1 1 1 1
Greece Larissa (pinjaman) [1999–00 7 0 0 0 0 0 7 0
Jumlah 7 0 0 0 0 0 7 0
Greece Kavala (pinjaman) 2000–01 15 5 2 0 0 0 17 5
2001–02 28 20 5 1 0 0 33 21
Jumlah 43 25 7 1 0 0 50 26
Greece PAOK 2002–03 15 3 4 2 4 1 23 6
2003–04 29 16 4 2 4 0 37 18
2004–05 29 14 3 1 4 2 36 17
2005–06 30 17 1 0 6 3 37 20
Jumlah 103 50 12 5 18 6 133 61
Greece Panathinaikos 2006–07 27 14 6 0 8 3 41 17
2007–08 30 15 1 0 7 4 38 19
2008–09 34 12 4 0 12 3 50 15
2009–10 28 5 4 1 13 6 45 12
Jumlah 119 46 15 1 40 16 174 63
Greece PAOK 2010–11 36 9 6 1 11 2 53 12
2011–12 35 7 3 0 8 3 46 10
2012–13 31 11 7 3 3 0 41 14
2013–14 35 10 4 0 10 2 49 12
2014–15 21 3 1 0 8 0 30 3
Jumlah 158 40 21 4 40 7 219 51
Jumlah kerjaya 430 161 55 11 99 30 584 202

Nota[sunting | sunting sumber]

A.   Termasuk penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

PAOK

Panathinaikos

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 18. Dicapai 27 September 2014. 
  2. ^ "Salpingidis sneaking into history with PAOK". uefa.com. 9 December 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]