Giorgos Karagounis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Giorgos Karagounis
Karagounis 2008.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhGeorgios Karagounis[1]
Tarikh lahir (1977-03-06) 6 Mac 1977 (umur 42)
Tempat lahirPyrgos, Greece
Ketinggian1.76 m (5 ka 9+516 in)
Posisi permainanPemain tengah
Kerjaya remaja
1993–1996Panathinaikos
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1996–2003Panathinaikos118(25)
1996–1998Apollon Smyrni (pinjaman)55(9)
2003–2005Internazionale21(0)
2005–2007Benfica45(3)
2007–2012Panathinaikos133(16)
2012–2014Fulham39(1)
Jumlah411(54)
Pasukan kebangsaan
1996–1999Greece B2139(11)
1999–2014Greece139(10)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 23 Mei 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 30 Jun 2014 (UTC)

Georgios "Giorgos" Karagounis (Bahasa Yunani: Γιώργος Καραγκούνης; lahir 6 Mac 1977) merupakan bekas pemain bola sepak profesional Greek yang bermain di posisi pemain tengah. Bekas kelab beliau termasuklah Panathinaikos, Internazionale, Benfica dan Fulham.

Di peringkat antarabangsa, Karagounis mewakili pasukan kebangsaan Greece di antara tahun 1999 dan 2014. Beliau sebahagian daripada skuad yang menjuarai UEFA Euro 2004. Selain itu, beliau juga mewakili Greece di Euro 2008, Piala Dunia 2010, Euro 2012 dan juga Piala Dunia 2014. Dengan 139 penampilan, beliau merupakan pemain memiliki kaps terbanyak dalam sejarah pasukan kebangsaan Greece.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Panathinaikos[sunting | sunting sumber]

Giorgos Karagounis secara rasminya memulakan kerjaya bola sepak profesionalnya pada tahun 1996 ketika beliau menandatangani kontrak pinjaman ke Apollon Smyrnis dari kelab Panathinaikos. Beliau telah menunjukkan aksi yang hebat pada kedua-dua musim di kelab Athens itu sebelum kembali ke Panathinaikos pada tahun 1998. Di Panathinaikos, beliau menghabiskan masanya selama lima tahun. Walaupun Panathinaikos tidak memenangi gelaran Alpha Ethniki ketika beliau menghabiskan masa-masanya di situ, tetapi kelab ini meneruskan pencapaian terbaik di Liga Juara-Juara Eropah dan Piala UEFA. Beliau menjaringkan enam gol di Liga Juara-Juara.

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Selepas tujuh tahun sebagai pemain bola sepak profesional, beliau berpindah ke Internazionale pada musim panas 2003. Pada musim 2003-04, beliau banyak bermain di perlawanan Eropah dan perlawanan piala kebangsaan. Selepas berjaya membawa skuad Greece menjuarai UEFA Euro 2004, beliau kembali ke Itali pada musim 2004-05 dan penyokong Inter menaruh harapan kepada beliau untuk bermain bersungguh-sungguh tetapi beliau bermain seperti sambil lewa.

Benfica[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, beliau berpindah ke Portugal untuk bermain bersama kelab Benfica yang terletak di Estádio da Luz, hos perlawanan akhir Euro 2004 yang menyaksikan pasukan Greece menang. Beliau menyarung jersi nombor 10 yang pernah disarung oleh bekas pemain Olympiakos, Zlatko Zahovič yang telah bersara.

Musim pertama Karagounis di Benfica amat rapuh. Pada musim keduanya, beliau bermain dengan amat baik dan menjadi pemain yang diminati ramai ketika di bawah pengurusan oleh Fernando Santos. Selepas dua tahun bermain untuk Benfica, Karagounis bersedia untuk kembali semula ke Greece dan bermain untuk Panathinaikos.

Beliau kembali ke Estádio da Luz untuk bermain bersama kelab Benfica All-Stars pada perlawanan menentang rakan-rakan Zidane dan Ronaldo pada 2010.[2]

Panathinaikos[sunting | sunting sumber]

Keluarga Karagounis tidak berminat untuk tinggal di Lisbon dan berkata untuk berpindah dari Portugal. Kontrak Karagounis bersama kelan Portugal itu dijangka tamat pada Julai 2008 tetapi beliau ingin berpindah lebih awal daripada itu. Selepas beliau mengumumkan keluar dari Benfica pada musim panas 2007, beliau menantangani kontrak tiga tahun bersama kelab Panathinaikos di Greece.

Beliau menjadi kapten pasukan kelab Athens itu selepas pemain Theodoros Zagorakis mengumumkan persaraan. Pada 3 September 2009, Karagounis melanjutkan kontraknya sehingga 2012 dan mengatakan beliau ingin menamatkan kariernya di kelab itu. Sebagai kapten pasukan, beliau berjaya memenangi Piala Liga keduanya dan Piala Greece.

Fulham[sunting | sunting sumber]

Pada 11 September 2012, Karagounis sekali lagi meninggalkan Panathinaikos dan ke luar negara sekali lagi tetapi kali ini ke England. Beliau menyertai Fulham secara percuma sehingga penghujung musim yang kurang memuaskan di Panathinaikos. Beliau menjadi pemain Greek kelapan yang memenangi Euro 2004 bermain di Liga Perdana Inggeris selepas Nikos Dabizas, Stelios Giannakopoulos, Vassilios Lakis, Theodoros Zagorakis, Angelos Basinas dan Kostas Chalkias. Beliau membuat debut untuk Fulham di Liga Perdana pada 29 September 2012 menentang Manchester City, beliau dimasukkan pada minit ke-81.[3] Karagounis bermain penuh 90 minit ketika tewas 4-0 kepada Liverpool. Karagounis menjaringkan gol pertamanya untuk Fulham pada 5 Januari 2013 ketika menentang Blackpool pada saingan Piala FA. Pada 12 Januari 2013 seminggu selepas gol beliau di Piala FA, beliau menjairngkan gol pertamanya di Liga Perdana menentang Wigan Athletic.

Pada 9 Julai 2013, Karagounis menandatangani kontrak setahun bersama Fulham sehingga musim panas 2014 selepas beliau dilanda kontroversi untuk kembali semula ke Panathinaikos. Media London melaporkan Karagounis tidak akan berpindah semula ke Panathinaikos. Beliau bermain pada perlawanan terakhirnya bersama Fulham pada 19 April 2014 ketika tewas 1-3 kepada Tottenham.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Karagounis bersama Greece pada tahun 2010

Beliau menjadi kunci utama skuad Greece yang layak ke UEFA Euro 2004 dan berjaya menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan kejohanan menentang tuan rumah, Portugal. Selepas menjuarai kejohanan Eropah 2004, Karagounis meneruskan bermain untuk Greece di Piala Konfederasi 2005, kempen kelayakan Piala Dunia 2006 dan UEFA Euro 2008. Pada 26 Mac 2008, Karagounis mengambil bahagian dalam satu perlawanan persahabatan antara Greece dan Portugal di Düsseldorf, Jerman. Skuad Greece berjaya juga pada perlawanan kali ini iaitu 2-1.

Giorgios Karagounis menjadi kapten pasukan Greece ke Piala Dunia FIFA 2010. Pada 8 Oktober 2010, beliau bermain perlawanan ke-100nya untuk Greece ketika menentang Latvia. Pada 12 Oktober 2010 iaitu pada perlawanan ke-101nya, beliau menjadi pemain Greece kedua yang banyak memiliki kaps di belakang Theodoros Zagorakis dan menjaringkan gol ketujuh ketika menentang Israel. Pada 7 Oktober 2011, Karagounis dianugerahkan oleh Theodoros Zagorakis dam Angelos Basinas kerana bermain pada perlawanan ke-111nya. Acara kemuncak diadakna di Stadium Karaiskakis sebelum sepak mula menentang Croatia.

Pada 8 Jun 2012 iaitu pada perlawanan pembukaan UEFA Euro 2012 menentang tuan rumah, Poland, penjaga gol Poland Wojciech Szczęsny dilayangkan kad merah selepas mengasari Dimitris Salpingidis yang memberi keputusan kepada penalti untuk skuad Greece. Szczesny yang dibuang padang digantikan oleh Przemysław Tytoń. Karagounis mengambil sepakan penalti untuk Greece tetapi malangnya penjaga gol Poland itu berjaya menampan bolanya.

Pada 16 Jun 2012, Karagounis memulaka perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Rusia iaitu perlawanan ke-120nya, bersama-sama dengan Theodoros Zagorakis, yang memegang rekod perlawanan terbanyak pasukan kebangsaan. Beliau menjaringkan gol kemenangan Greece pada akhir separuh masa pertama. Greece akhirnya layak ke peringkat kalah mati tetapi disingkirkan oleh Jerman, 4-2.

Pada 12 Oktober 2012 ketika menentang Bosnia Herzegovina untuk kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, perlawanan ke-121 tercipta dan rekod baru untuk pasukan bola sepak kebangsaan Greece. Beliau juga berjaya membawa Greece ke Piala Dunia buat kali ketiga. Greece disingkirkan oleh Costa Rica di pusingan 16 iaitu rekod terbaik buat Greece di Piala Dunia dan Karagounis bermain penuh di perlawanan itu. Beliau meninggalkan Greece dengan 139 kemunculan selepas 15 tahun dan membuat debut pada 1999.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 5 September 2001 Helsinki, Finland  Finland 1–2 1–5 Kelayakan Piala Dunia 2002
2. 13 Februari 2002 Thessaloniki, Greece  Sweden 2–2 2–2 Persahabatan
3. 12 Jun 2004 Porto, Portugal  Portugal 1–0 2–1 UEFA Euro 2004
4. 30 Mac 2005 Athens, Greece  Albania 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2006
5. 26 Mac 2008 Düsseldorf, Jerman  Portugal 1–0 2–1 Persahabatan
6. 2–0
7. 12 Oktober 2010 Athens, Greece  Israel 2–1 2–1 Kelayakan Euro 2012
8. 15 November 2011 Altach, Austria  Romania 1–1 1–3 Persahabatan
9. 16 Jun 2012 Warsaw, Poland  Poland 1–0 1–0 UEFA Euro 2012
10. 15 Oktober 2013 Athens, Greece  Liechtenstein 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Inter Milan
Panathinaikos

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Greece

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]