Dolfin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dolfin
Julat zaman: Awal Miosen - Kini
Tursiops truncatus 01.jpg
Dolfin Hidung Botol memecah ombak laut
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Cetacea
Suborder: Odontoceti
Keluarga: Delphinidae dan Platanistoidea
Gray, 1821
Genus

Lihat teks.

Dolfin ialah sejenis mamalia laut yang berkait rapat dengan Paus dan Lumba-Lumba. Terdapat hampir empat puluh spesies dolfin dalam tujuh belas genus. Saiznya berbeza dari 1.2 meter dan 40 kilogram (Dolfin Maui), hinggalah 9.5 m dan sepuluh tan (Orca). Dolfin boleh dijumpai di seluruh dunia, terutamanya di kawasan lebih cetek di pentas benua. Dolfin juga tinggal di laut dan terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin merupakan haiwan karnivor, biasanya memakan ikan dan sotong. Famili Delphinidae merupakan famili terbesar dalam Cetacea, dan agak baru: sejak kira-kira sepuluh juta tahun dahulu, semasa Zaman Miosen. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik. Rupanya yang kelihatan ramah dan sikapnya yang suka bermain-main membuatkannya popular dalam budaya manusia.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

  • Suborder Odontoceti, paus bergigi
    • Famili Delphinidae, dolfin laut
      • Genus Delphinus
      • Genus Tursiops
      • Genus Lissodelphis
      • Genus Sotalia
      • Genus Sousa
      • Genus Stenella
      • Genus Steno
      • Genus Cephalorynchus
      • Genus Grampus
      • Genus Lagenodelphis
      • Genus Lagenorhyncus
      • Genus Orcaella
      • Genus Peponocephala
      • Genus Orcinus
      • Genus Feresa
      • Genus Pseudorca
      • Genus Globicephala
    • Famili Platanistoidea, Dolfin sungai
      • Genus Inia
      • Genus Lipotes
      • Genus Platanista
      • Genus Pontoporia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]