Tesla Motors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tesla Motors, Inc.
Awam
Didagangkan sebagai NASDAQ: TSLA
NASDAQ-100 Component
Industri Automotif
Ditubuhkan 2003
Pengasas Elon Musk
Martin Eberhard
Marc Tarpenning
JB Straubel
Ian Wright
Ibu pejabat Palo Alto, California, A.S.
Tempat dibekalkan
Amerika Syarikat, Kanada, Eropah Barat, Timur Tengah, China, Jepun, Australia, New Zealand
Perancang utama
Elon Musk
(Pengerusi dan CEO)
JB Straubel
(CTO)
Keluaran Kereta mewah elektrik
Komponen automotif
Hasil AS$2,013 juta (2013)[1]
AS$-61 juta (2013)
AS$-74 juta (2013)
Jumlah aset AS$2,417 juta (2014)
Jumlah ekuiti AS$667 juta (2013)
Pemilik Elon Musk (27%)
Toyota Group (0.27%)
Daimler AG (0.14%)
Bilangan pekerja
6,000 (Jan 2014)[2]
Laman sesawang TeslaMotors.com
Nota kaki / rujukan
[3]

Tesla Motors, Inc. ialah sebuah syarikat Amerika Syarikat yang mereka, membuat dan menjual kereta elektrik dan komponen rangkaian kuasa kenderaan elektrik.[4] Tesla Motors ialah sebuah syarikat awam yang didagangkan di bursa saham NASDAQ di bawah simbol TSLA.[5] Pada suku pertama 2013, Tesla mendapat keuntungan buat kali pertama dalam sejarah 10 tahunnya.[6]

Tesla Motors mula mendapat perhatian meluas selepas menghasilkan Tesla Roadster, kereta sport elektrik sepenuhnya yang pertama.[7] Kereta kedua syarikat ini ialah Model S, sebuah sedan mewah elektrik sepenuhnya.[4]

Tesla juga memasarkan komponen rangkaian kuasa elektrik, termasuk pak bateri litium-ion, kepada pembuat kereta, termasuk Daimler dan Toyota.[8] CEO Tesla, Elon Musk, telah menyatakan yang beliau membayangkan Tesla sebagai sebuah pembuat kereta bebas,[9] mensasarkan untuk kesudahannya menawarkan kereta elektrik pada harga mampu milik bagi pengguna biasa.[10][11]

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Teknologi bateri[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan pembuat kereta lain, Tesla tidak menggunakan sel format besar satu tujuan. Tesla menggunakan ribuan sel komoditi litium-ion 18650. Sel 18650 ialah sejenis sel bateri silinder kecil, yang lazimnya dijumpai dalam komputer riba dan alat elektronik pengguna lain. Tesla Motors mengguna versi unik sel ini, yang direka supaya lebih murah untuk dihasilkan dan lebih ringan daripada sel piawai. Penjimatan ini dibuat dengan membuang sebahagian ciri keselamatan. Menurut Tesla Motors, ciri tersebut lewah dengan ciri keselamatan pak baterinya.[12] Ketika ini Panasonic, salah satu pelabur Tesla Motors, ialah pembekal tunggal sel bateri kepada syarikat ini.

Perkongsian teknologi[sunting | sunting sumber]

CEO Tesla Elon Musk mengumumkan dalam satu siaran akhbar dan panggilan persidangan pada 12 Jun 2014, yang syarikatnya akan membenarkan paten teknologinya digunakan sesiapa sahaja secara jujur.[13] Sebarang persetujuan pada masa hadapan dijangka memasukkan peruntukan yang pengguna bersetuju tidak mengambil tindakan guaman terhadap Tesla, atau meniru reka bentuk mereka secara terus.[14] Sebabnya termasuklah memesatkan kemajuan pasaran umum kereta elektrik. Tesla masih lagi memiliki harta intelektual lain, seperti tanda dagangan dan rahsia perdagangan, yang akan menghalang peniruan kenderaannya.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gen3 tidak disediakan
  2. ^ Tesla Motors (2014-01-15). "Tesla Motors Investor Presentation" (PDF). Tesla Motors. Dicapai pada 2014-01-15. 
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 10K tidak disediakan
  4. ^ a b About Tesla Tesla Motors
  5. ^ Sager, Rebekah (2013-07-01). "Tesla's Stocks Soar". First to Know. Dicapai pada 2013-07-11. 
  6. ^ Tesla Motors (2013-05-08). "Tesla Motors, Inc. – First Quarter 2013 Shareholder Letter" (PDF). Tesla Motors. Dicapai pada 2013-05-08. 
  7. ^ "The World's Only Electric Sports Car: 2010 Tesla Roadster". Sportscarmonitor.com. 2010-04-11. Dicapai pada 2011-11-20. 
  8. ^ "Tesla and Toyota's RAV4 EV And Now A Tesla-Daimler Partnership – AltTransport: Your Guide to Smarter Ways of Getting Around". Alttransport.com. 2010-09-14. Dicapai pada 2011-11-20. 
  9. ^ Howell, Donna. "Tesla Motors Shows Electric Model X SUV; What Next?". investors.com. Dicapai pada 2012-02-09. 
  10. ^ Detroit Auto Show 2014: $40,000 ‘Model E’ From Tesla Motors (TSLA) Will Have A ‘Practical’ Range, Says Company’s Head Of Global Sales IBTimes
  11. ^ Tesla Model E To Debut At 2015 Detroit Auto Show? MotorAuthority
  12. ^ Fisher, Thomas (2013-06-11). "What Goes Into A Tesla Model S Battery--And What It May Cost". Green Car Reports. Dicapai pada 2014-02-11. 
  13. ^ Musk, Elon (2014-06-12), "All Our Patent Are Belong To You", Tesla Motors, dicapai pada 2014-06-13 
  14. ^ Eric Blattberg (2014-06-14). "Here's what Tesla's 'good faith' patent stance actually means". VentureBeat. 
  15. ^ Jeff John Roberts (2014-06-14). "What Elon Musk did — and did not — do when he "opened" Tesla's patents". GigaOm. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]