FELDA Chuping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Chuping
FELDA Chuping is located in Bumi
FELDA Chuping
FELDA Chuping (Bumi)
Koordinat: 6°29′33″N 100°20′26″E / 6.4924°N 100.3406°E / 6.4924; 100.3406Koordinat: 6°29′33″N 100°20′26″E / 6.4924°N 100.3406°E / 6.4924; 100.3406
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
MukimPadang Siding
Kawasan parlimenPadang Besar
Kawasan negeriChuping
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kangar
 • PengurusMuhammad Ilyieh Ismail
Penduduk
 (2014)
 • Jumlah2,335
 • Peneroka
447
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
02500
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanR

FELDA Chuping (Jawi: فيلدا چوڤيڠ) , FELDA Projek Chuping atau Kemajuan Tanah Chuping merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur negeri Perlis, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Padang Siding. Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Chuping ialah 02500 Kangar.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FELDA Chuping telah dibuka pada tahun 1977 dengan menempatkan 447 orang peneroka. Sekitar tahun 2014, jumlah penduduk yang menetap di FELDA Chuping dianggarkan seramai 2,335 orang[3]. FELDA Chuping juga merangkumi Tapak Semaian Chuping dan Projek Integrasi Ternakan Chuping.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Chuping terletak di bahagian tengah negeri Perlis. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 75 ekar (30.4 he) manakala kawasan perladangannya pula dianggarkan seluas 1,808 ekar (731.7 he).[3] FELDA Chuping terletak di kawasan yang agak terpencil dari petempatan lain. Antara petempatan terdekat termasuklah Kampung Batu Tiga dan Kampung Kok Klang.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Chuping terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Chuping terletak dalam Mukim Padang Siding di bahagian timur.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Chuping terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Besar manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis, ia terletak dibawah kawasan Chuping.[5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Sebertak dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 179 (Jalan Ulu Pauh-Chuping-Padang Besar), melalui simpang jalan masuk utama FELDA Chuping.[4] Jarak FELDA Chuping ke ibu negeri Perlis iaitu Kangar ialah sejauh 20.19 kilometer (12.5 bt) dan mengambil masa selama 23 minit memandu kereta.[a][6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Chuping termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan (Felda) Chuping
  2. Sekolah Rendah Islam III Chuping
  3. Klinik Kesihatan Felda Chuping
  4. Klinik Desa Felda Chuping
  5. Masjid Nurul Huda Felda Chuping

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diukur dari simpang jalan masuk utama FELDA Chuping ke Pejabat Pos Kangar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  2. ^ a b "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  3. ^ a b "Sejarah Felda Chuping". Pusat Internet 1Malaysia Felda Chuping. 4 September 2015. Dicapai pada 26 April 2023.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b "Felda Chuping, Perlis – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.