WSAmerupakan nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.wvm 5461
Pada ketika itu,[bila?] mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.
Kebanyakan kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah oleh penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British yang bertugas di Perak. Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Apabila nombor plat kenderaan Malaysia diperkenalkan, ia bermula menurut negeri yang memiliki paling banyak kenderaan pada masa tersebut. Hal ini menjadikan negeri Perak sebagai negeri terawal dengan (Plat A), dan dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) lalu diikuti oleh Pahang (Plat C).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' oleh kerajaan negeri Terengganu
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 'Sayangi Malaysiaku'.
SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.
Y : Hanya diekeluarkan untuk Yayasan Nur Jauhar yang di asaskan oleh Tun Juhar dan Toh Puan Hajah Norlidah