Anugerah Puskás FIFA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ferenc Puskás, penjaring terbanyak bola sepak ketika abad ke-20.

Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah Presiden Sepp Blatter. Anugerah ini diperkenalkna untuk pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau "fantastik" secara tahunan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an. Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

"Penting untuk mengekalkan ingatan mereka yang bermain bola sepak yang telah meninggalkan sejarah kepada kita. Ferenc Puskás bukan sahaja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa. Oleh itu, FIFA gembira untuk memberikan penghormatan kepadanya dengan mendedikasikan anugerah ini kepada ingatan beliau," kata Blatter ketika merasmikan anugerah ini di Budapest.

Tempoh anugerah ini buat kali pertama ialah dari Julai 2008 hingga Julai 2009. Anugerah tahunan telah dilangsungkan buat kali pertama di Switzerland yang dimenangi oleh pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.

Kriteria[sunting | sunting sumber]

  • Ia haruslah menjadi gol yang indah (subjektif & nbsp; — penyebaran gol harus merangkumi sepakan jarak jauh, gol bersama pasukan, tendangan atas kepala, bermain individu, dan lain-lain).
  • Ia haruslah dianugerahkan "tanpa perbezaan kejohanan, jantina atau kewarganegaraan".[1]
  • Ia tidak boleh menjadi hasil daripada nasib, kesilapan, pemesongan oleh pemain lain atau pemain dalam kedudukan ofsaid.
  • Ia harus disokong dengan adil, iaitu pemain itu tidak sepatutnya berkelakuan buruk dalam permainan atau telah didakwa dengan penggunaan dadah, sebagai contoh.


Pemenang dan Calon[sunting | sunting sumber]

Jaringan gol dan keputusan pemain dari kelab disenaraikan terdahulu.

2009[sunting | sunting sumber]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian
1 Portugal Cristiano Ronaldo England Manchester United Portugal Porto 1 – 0 Liga Juara–Juara UEFA 2008–09 17.68%
2 Sepanyol Andrés Iniesta Sepanyol Barcelona England Chelsea 1 – 1 Liga Juara–Juara UEFA 2008–09 15.64%
3 Brazil Grafite Jerman Wolfsburg Jerman Bayern Munich 5 – 1 Fußball-Bundesliga 2008–09 13.39%
4 Israel Eliran Atar Israel Bnei Yehuda Israel Maccabi Netanya 1 – 1 Liga Perdana Israel 2008–09 13.36%
5 Sepanyol Fernando Torres England Liverpool England Blackburn Rovers 4 – 0 Liga Perdana Inggeris 2008–09 9.44%
6 Brazil Nilmar Brazil Internacional Brazil Corinthians 1 – 0 Campeonato Brasileiro Série A 2009 8.71%
7 Ghana Michael Essien England Chelsea Sepanyol Barcelona 1 – 1 Liga Juara–Juara UEFA 2008–09 7.85%
8 Mexico Luis Ángel Landín Mexico Cruz Azul Mexico Morelia 1 – 1 Primera División de México Clausura 2009 7.30%
9 Togo Emmanuel Adebayor England Arsenal Sepanyol Villarreal 1 – 1 Liga Juara–Juara UEFA 2008–09 4.04%
10 Afrika Selatan Katlego Mphela Afrika Selatan Afrika Selatan Sepanyol Sepanyol 2 – 3 Piala Konfederasi FIFA 2009 2.59%

2010[sunting | sunting sumber]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian
1 Turki Hamit Altıntop  Turki  Kazakhstan 0 – 2 Kelayakan UEFA Euro 2012 40.55%
2 Sweden Linus Hallenius Sweden Hammarby IF Sweden Syrianska FC 2 – 0 Superettan 2010 13.23%
3 Ireland Utara Matty Burrows Ireland Utara Glentoran Ireland Utara Portadown 1 – 0 Liga Perdana Ireland Utara 2010–11 10.61%
Tiada Belanda Giovanni van Bronckhorst Belanda Belanda Uruguay Uruguay 1 – 0 Piala Dunia FIFA 2010 Tiada
Argentina Lionel Messi Sepanyol Barcelona Sepanyol Valencia 3 – 0 La Liga 2009–10
Perancis Samir Nasri England Arsenal Portugal Porto 5 – 0 Liga Juara–Juara UEFA 2009–10
Brazil Neymar Brazil Santos Brazil Santo André 2 – 1 Campeonato Paulista 2010
Belanda Arjen Robben Jerman Bayern Munich Jerman Schalke 04 1 – 0 DFB-Pokal 2009–10
Afrika Selatan Siphiwe Tshabalala Afrika Selatan Afrika Selatan Mexico Mexico 1 – 1 Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2010
Jepun Kumi Yokoyama Jepun Jepun Korea Utara Korea Utara 2 – 1 Piala Dunia Wanita B-17 FIFA 2010

2011[sunting | sunting sumber]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan
1 Brazil Neymar Brazil Santos Brazil Flamengo 4 – 5 Campeonato Brasileiro Série A 2011
Tiada Argentina Lionel Messi Sepanyol Barcelona England Arsenal 4 – 3 Liga Juara–Juara UEFA 2010–11
England Wayne Rooney England Manchester United England Manchester City 2 – 1 Liga Perdana Inggeris 2010–11
Belgium Benjamin De Ceulaer Belgium Lokeren Belgium Club Brugge 1 – 2 Liga Pro Belgium 2011–12
Mexico Giovani dos Santos Mexico Mexico Amerika Syarikat Amerika Syarikat 4 – 2 Piala Emas CONCACAF 2011
Mexico Julio Gómez Mexico Mexico Jerman Jerman 3 – 2 Piala Dunia B-17 FIFA 2011
Sweden Zlatan Ibrahimović Itali Milan Itali Lecce 1 – 1 Serie A 2010–11
Argentina Lisandro López Argentina Arsenal de Sarandí Argentina Olimpo 2 – 2 Torneo Apertura 2011
Amerika Syarikat Heather O'Reilly Amerika Syarikat Amerika Syarikat Colombia Colombia 3 – 0 Piala Dunia Wanita FIFA 2011
Serbia Dejan Stanković Itali Internazionale Jerman Schalke 04 2 – 5 Liga Juara–Juara UEFA 2010–11

2012[sunting | sunting sumber]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian[2]
1 Slovakia Miroslav Stoch Turki Fenerbahçe Turki Gençlerbirliği 6 – 1 Süper Lig 2011–12 78%
2 Colombia Radamel Falcao Sepanyol Atlético Madrid Colombia América de Cali 2 – 1 Persahabatan 15%
3 Brazil Neymar Brazil Santos Brazil Internacional 3 – 1 Copa Libertadores 2012 7%
Tiada Ghana Emmanuel Agyemang Ghana Ghana Guinea Guinea 1 – 1 Piala Negara-Negara Afrika 2012 Tiada
Perancis Hatem Ben Arfa England Newcastle United England Blackburn Rovers 2 – 1 Piala FA Inggeris 2011-12
Perancis Eric Hassli Kanada Vancouver Whitecaps Kanada Toronto 1 – 1 Kejohanan Bola Sepak Kanada 2012
Mexico Olivia Jimenez Mexico Mexico Switzerland Switzerland 2 – 0 Piala Dunia Wanita B-20 FIFA 2012
Bolivia Gastón Mealla Bolivia Nacional Potosí Bolivia The Strongest 2 – 2 Liga de Fútbol Profesional Boliviano
Argentina Lionel Messi Argentina Argentina Brazil Brazil 4 – 3 Persahabatan
Senegal Moussa Sow Turki Fenerbahçe Turki Galatasaray 2 – 2 Süper Lig 2011–12

2013[sunting | sunting sumber]

Senarai berikut termasuk calon untuk anugerah 2013. Pengundian adalah mungkin melalui laman web FIFA.com sehingga 9 Disember 2013, selepas pusingan kedua pengundian diadakan antara ketiga-tiga penjaring gol utama dari pusingan pertama. Anugerah untuk gol kemenangan dari pusingan kedua telah dibentangkan pada 13 Januari 2014.

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian[3]
1 Sweden Zlatan Ibrahimović Sweden Sweden England England 4 – 2 Persahabatan antarabangsa 48.7%
2 Serbia Nemanja Matić Portugal Benfica Portugal Porto 2 – 2 Primeira Liga 2012–13 30.8%
3 Brazil Neymar Brazil Brazil Jepun Jepun 3 – 0 Piala Konfederasi FIFA 2013 20.5%
Tiada Denmark Peter Ankersen Denmark Esbjerg Denmark Aarhus 5 – 1 Liga Super Denmark 2013–14 Tiada
Australia Lisa De Vanna Amerika Syarikat Sky Blue Amerika Syarikat Boston Breakers 5 – 1 Liga Bola Sepak Wanita 2013
Itali Antonio Di Natale Itali Udinese Itali Chievo 3 – 1 Serie A 2012–13
Yunani Panagiotis Kone Itali Bologna Itali Napoli 2 – 3 Serie A 2012–13
Perancis Louisa Nécib Perancis Lyon Perancis Saint-Etienne 5 – 0 Divisyen 1 Féminine 2012–13
Argentina Daniel Ludueña Mexico Pachuca Mexico UANL 2 – 1 Liga MX 2013–14
Uruguay Juan Manuel Olivera Brazil Náutico Brazil Sport Recife 2 – 0 Copa Sudamericana 2013

2014[sunting | sunting sumber]

Anugerah ini akan berlangsung pada 12 November. Di bawah merupakan calon-calon Anugerah Puskás tahun 2014.[4]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian<[5]
1 Colombia James Rodríguez  Colombia  Uruguay 2 – 0 Piala Dunia FIFA 2014 42%
2 Republik Ireland Stephanie Roche Republik Ireland Peamount United Republik Ireland Wexford Youths 2 – 0 Liga Wanita Ireland 2013–14 33%
3 Belanda Robin van Persie  Belanda  Sepanyol 5 – 1 Piala Dunia FIFA 2014 11%
Tiada Australia Tim Cahill  Australia  Belanda 2 – 3 Piala Dunia FIFA 2014 Tiada
Sepanyol Diego Costa Sepanyol Atlético Madrid Sepanyol Getafe 7 – 0 La Liga 2013–14
Mexico Marco Fabián Mexico Cruz Azul Mexico Puebla 1 – 0 Liga MX clausura 2014
Sweden Zlatan Ibrahimović Perancis Paris Saint-Germain Perancis Bastia 4 – 0 Ligue 1 2013–14
Switzerland Pajtim Kasami England Fulham England Crystal Palace 4 – 1 Liga Perdana Inggeris 2013–14
Brazil Camilo Sanvezzo Kanada Vancouver Whitecaps Amerika Syarikat Portland Timbers 2 – 2 MLS 2013
Jepun Hisato Satō Jepun Sanfrecce Hiroshima Jepun Kawasaki Frontale 2 – 1 Liga J1 2014

2015[sunting | sunting sumber]

FIFA mengumumkan senarai 10 calon pada 12 November 2015.[6]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian[7]
1 Brazil Wendell Lira Brazil Goianésia Brazil Atlético Goianiense 2 – 1 Campeonato Goiano 2015 46.7%
2 Argentina Lionel Messi Sepanyol Barcelona Sepanyol Athletic Bilbao 3 – 1 Copa del Rey 2014–15 33.3%
3 Itali Alessandro Florenzi Itali Roma Sepanyol Barcelona 1 – 1 Liga Juara-Juara UEFA 2015–16 7.1%
Tiada England David Ball England Fleetwood Town England Preston North End 2 – 2 Liga Satu 2014–15 Tiada
Uruguay Chory Castro Sepanyol Real Sociedad Sepanyol Deportivo La Coruña 1 – 1 La Liga 2014–15
Amerika Syarikat Carli Lloyd Amerika Syarikat Amerika Syarikat Jepun Jepun 5 – 2 Piala Dunia Wanita FIFA 2015
Perancis Philippe Mexès Itali Milan Itali Inter Milan 1 – 0 Juara Piala Antarabangsa 2015[nota 1]
Cameroon Marcel Ndjeng Jerman Paderborn England Bolton Wanderers 4 – 1 Persahabatan
Costa Rica Esteban Ramírez Costa Rica Herediano Costa Rica Deportivo Saprissa 3 – 2 FPD Invierno 2014-15
Argentina Carlos Tevez Itali Juventus Itali Parma 7 – 0 Serie A 2014–15

2016[sunting | sunting sumber]

FIFA mengumumkan senarai 10 calon pada 21 November 2016.[8]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian
1 Malaysia Mohd Faiz Subri Malaysia Pulau Pinang Malaysia Pahang 4 – 1 Liga Super Malaysia 2016 59.46%
2 Brazil Marlone Brazil Corinthians Chile Cobresal 3 – 0 Copa Libertadores 2016 22.86%
3 Venezuela Daniuska Rodríguez  Venezuela  Paraguay 1 – 0 Kejohanan wanita B-17 CONMEBOL 2016 10.01%
Tiada Sepanyol Mario Gaspar  Sepanyol  England 1 – 0 Persahabatan 7.68%
Afrika Selatan Hlompho Kekana  Afrika Selatan  Cameroon 2 – 1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2017
Argentina Lionel Messi  Argentina  Amerika Syarikat 2 – 0 Copa América Centenario
Brazil Neymar Sepanyol Barcelona Sepanyol Villarreal 3 – 0 La Liga 2015–16
Wales Hal Robson-Kanu  Wales  Belgium 2 – 1 UEFA Euro 2016
Sepanyol Saúl Ñíguez Sepanyol Atlético Madrid Jerman Bayern Munich 1 – 0 Liga Juara-Juara UEFA 2015–16
Finland Simon Skrabb Sweden Åtvidabergs Sweden Gefle 1 – 0 Allsvenskan 2015

2017[sunting | sunting sumber]

FIFA mengumumkan senarai 10 calon pada 22 September 2017.[9]

Ked. Pemain Pasukan Lawan Jaringan Kejohanan Peratus undian
1 Perancis Olivier Giroud England Arsenal England Crystal Palace 1–0 Liga Perdana Inggeris 2016–17 36.17%
2 Afrika Selatan Oscarine Masuluke Afrika Selatan Baroka Afrika Selatan Orlando Pirates 1–1 Divisyen Perdana Afrika Selatan 2016–17 27.48%
3 Venezuela Deyna Castellanos Venezuela Venezuela Cameroon Cameroon 2–1 Piala Dunia Wanita U-17 FIFA 2016 20.47%
Tiada Ghana Kevin-Prince Boateng Sepanyol Las Palmas Sepanyol Villarreal 1–0 La Liga 2016–17 N/A
Argentina Alejandro Camargo Chile Universidad de Concepción Chile O'Higgins 3–1 Chilean Primera División Apertura 2016
Perancis Moussa Dembélé Scotland Celtic Scotland St Johnstone 5–2 2016–17 Scottish Premiership
Colombia Avilés Hurtado Mexico Tijuana Mexico Atlas 1–1 Liga MX Clausura 2017
Croatia Mario Mandžukić Itali Juventus Sepanyol Real Madrid 1–1 Liga Juara UEFA 2016–17
Serbia Nemanja Matić England Chelsea England Tottenham Hotspur 4–2 Piala FA 2016–17
Sepanyol Jordi Mboula Sepanyol Barcelona Jerman Borussia Dortmund 4–1 Liga Belia UEFA 2016–17

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebuah kejohanan persahabatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rules Of Allocation" (PDF). Dicapai pada 12 January 2015.
  2. ^ "FIFA Puskás Award 2012 – Results" (PDF). FIFA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-01-23. Dicapai pada 4 February 2013.
  3. ^ "FIFA Puskás Award 2013 – Results" (PDF). FIFA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-01-14. Dicapai pada 11 January 2014.
  4. ^ "FIFA Puskás Award: Ten best goals of the year announced". FIFA.com. 12 November 2014. Dicapai pada 13 November 2014.
  5. ^ "FIFA Puskás award 2014 – results" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 12 January 2015. Dicapai pada 12 January 2015.
  6. ^ "FIFA Puskás Award 2015 Nominees". FIFA.com. 12 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015.
  7. ^ "FIFA Puskás award 2015 – results" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 11 January 2016. Dicapai pada 11 January 2016.
  8. ^ "FIFA Puskás Award 2016 Nominees". FIFA.com. Dicapai pada 21 November 2016.
  9. ^ "FIFA Puskás Award 2017 Nominees". FIFA.com. Dicapai pada 22 September 2017.