Pergi ke kandungan

Fabio Cannavaro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fabio Cannavaro
Cannavaro pada 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Fabio Cannavaro[1]
Tarikh lahir (1973-09-13) 13 September 1973 (umur 52)
Tempat lahir Naples, Itali
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Uzbekistan (ketua jurulatih)
Kerjaya remaja
1988–1992 Napoli
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991–1995 Napoli 58 (1)
1995–2002 Parma 212 (5)
2002–2004 Inter Milan 50 (2)
2004–2006 Juventus 74 (6)
2006–2009 Real Madrid 94 (0)
2009–2010 Juventus 27 (0)
2010–2011 Al Ahli Dubai 16 (2)
Jumlah 531 (16)
Pasukan kebangsaan
1993–1996 Itali B21 21 (0)
1997–2010 Itali 136 (2)
Pasukan diurus
2014–2015 Guangzhou Evergrande
2015–2016 Al Nassr
2016–2017 Tianjin Quanjian
2017–2021 Guangzhou Evergrande
2019 China
2022–2023 Benevento
2024 Udinese
2024–2025 Dinamo Zagreb
2025– Uzbekistan
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Fabio Cannavaro (lahir Naples 13 September 1973) ialah bekas pemain bola sepak Itali dan kapten pasukan kebangsaan Itali pada 2006. Beliau kini menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Uzbekistan.

Walaupun Cannavaro tidak berukuran tinggi (176cm), beliau dianggap salah satu pemain pertahanan yang terbaik pada tahun 1990-an dan awal 2000-an. Sepanjang kerjayanya dalam kejohanan Itali Serie A, beliau telah bermain dengan Napoli, Parma, Milan dan Juventus. Pada 1998-99 beliau memenangi Piala UEFA dan Piala Itali semasa bermain dengan Parma. Di Juventus, beliau telah berganding semula dengan bekas rakan sepasukan dari Parma iaitu Lilian Thuram dan Gianluigi Buffon. Ketiga mereka menubuhkan benteng pertahanan yang terbaik dalam Serie A, dan Cannavaro memenangi scudettonya yang pertama dengan Juventus pada tahun 2005.

Dalam pasukan kebangsaan pula, Cannavaro dengan Alessandro Nesta menjadi salah satu pasangan pertahanan terbaik di dunia. Cannavaro terkenal dengan kebolehannya untuk membaca sesuatu permainan yang membolehkannya untuk selalu melakukan pemintasan yang baik.

Fabio muncul buat kali pertama dalam arena antarabangsa pada Januari 1997 dalam satu perlawanan dengan Ireland Utara. Beliau telah wmewakili negaranya dalam pertandingan Piala Dunia FIFA tahun 1998, 2002, dan 2006, dan juga di kejohanan Euro 2000 dan Euro 2004. Kejayaannya yang paling tinggi adalah memenangi Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman di malam kep yang 100. Beliau juga memenangi bola perak untuk prestasinya yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

Adik lelakinya, Paolo Cannavaro, juga seorang pemain pertahanan. Kedua adik-beradik ini telah bermain di samping satu sama lain di dalam pasukan Parma dari 2000 hingga 2002 apabila Fabio meninggalkan Parman untuk pasukan Inter.

Cannavaro mengetuai pasukan Itali di semua pertandingan mereka dalam Piala Dunia FIFA 2006 dan berjaya membawa pulang Piala Dunia itu pada pertandingan tersebut, kemenangan mereka yang pertama setelah 24 tahun.

Beliau juga dianggap sebagai simbol seks di negaranya dan dipilih "pemain paling seksi" dalam pertandingan Piala Dunia 2006. Beliau merupakan naib juara anugerah Bola Emas yang pada kejuaraan ini telah diberikan kepada pemain Perancis, Zinedine Zidane. Cannavaro adalah terpilih sebagai salah satu bintang bola sepak dunia di akhir pertandingan bersama dengan enam lagi rakan sepasukannya. sebuah dunia piala bintang-bintang terkemuka pada akhirnya perlawanan.

Cannavaro telah berkahwin dengan Daniela dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki, Christian dan Andrea (lahir 20 Oktober 2004), dan seorang anak perempunan, Martina.

  1. "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players: Italy" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 April 2020.
  2. "Fabio Cannavaro". Juventus FC. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2009. Dicapai pada 18 March 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Paolo Maldini
Kapten Itali
2002–2010
Diikuti oleh:
Gianluigi Buffon