Riccardo Montolivo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riccardo Montolivo
Maklumat peribadi
Nama penuh Riccardo Montolivo[1]
Tarikh lahir (1985-01-18) 18 Januari 1985 (umur 39)[2]
Tempat lahir Caravaggio, Itali
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 18
Kerjaya remaja
1992–2003 Atalanta
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2005 Atalanta 73 (7)
2005–2012 Fiorentina 219 (17)
2012– Milan 68 (7)
Pasukan kebangsaan
2001 Itali B16 8 (0)
2003 Itali B18 2 (0)
2004 Itali B19 4 (1)
2004–2008 Itali B21 20 (3)
2007– Itali 58 (2)
2008 Olimpik Itali 4 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Januari 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Mei 2014

Riccardo Montolivo (lahir 18 Januari 1985) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang kini menjadi kapten pasukan Milan dan beraksi untuk pasukan kebangsaan Itali. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Atalanta[sunting | sunting sumber]

Montolivo membuat debut untuk pasukan Atalanta ketika menentang Piacenza Calcio pada saingan liga Serie B. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang AS Bari, menang 2–0. Atalanta menduduki tempat kelima dan memasuki perlawanan playoff ke Serie A. Kelab Inter mula menunjuk minat mereka ke atas Montolivo.

Beliau terlepas perlawanan pertamanya di Serie A disebabkan mengalami kecederaan. Beliau membuat penampilan pertama di Serie A ketika seri 2–2 menentang U.S. Lecce. Beliau menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu ketika menentang Cagliari Calcio dan Parma. Pada 23 Januari 2005, beliau dilayangkan kad merah buat kali pertama dalam kariernya menentang U.S. Lecce. Atalanta menduduki tempat tercorot pada saingan liga Serie A 2004-05 dan diturunkan semula. Montolivo telah mengumpul 32 kaps dan menjaringkan 3 gol pada debut musim di Serie A.

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Montolivo sebagai kapten Fiorentina pada 2011

Pada musim panas 2005, Fiorentina menandatangani Montolivo dengan bayaran hampir €3.5 juta. Beliau menandatangani kontrak lima tahun dan menerima jersi 15. Beliau membuat debut untuk Fiorentina ketika kalah 2-1 kepada Inter Milan.

Pada musim 2007-08, beliau memulakan musim baharu dengan langkah kanan sebagai pemain tengah apabila menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang Empoli. Pada musim seterusnya, prestasi beliau menaik dan menurun tetapi Montolivo mengesahkan beliau akan menjadi salah satu pemain terbaik dalam bola sepak Itali.

Pada 17 Januari 2009, beliau bermain buat pertama kali sebagai kapten pasukan ketika kalah 1-0 kepada AC Milan. Pada musim 2009-10, beliau menjadi kapten pasukan berikutan pemergian Dario Dainelli.

Pada musim seterusnya, beliau mengalami kecederaan pada buku lali. Walau bagaimanapun, ia beransur pulih dengan jangka seketika. Pemulihan itu telah menyelamatkan beliau untuk termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2010.

Beliau berkata beliau akan meninggalkan Fiorentina pada musim 2011-12 selepas kontraknya tamat. Sebagai keputusan, armband akan diberikan kepada Alessandro Gamberini dan Stevan Jovetic yang menjaid naib kapten. Beliau membuat penampilan ke-200nya untuk Fiorentina dengan kekalahan 2-0 kepada Palermo pada 27 November 2011.

AC Milan[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2012, ketua jurulatih AC Milan, Massimiliano Allegri mengumumkan bahawa Montolivo akan sertai kelab dengan bayaran percuma selepas kontraknya bersama Fiorentina tamat pada 30 Jun. Beliau dijangkakan menandatangani kontrak empat tahun bersama Milan. Beliau memilih untuk menyarung jersi 18 yang sebelum ini dipakai oleh Alberto Aquilani di Milan.

Pada 30 Oktober, Montolivo menjaringkan gol pertamanya di Milan selepas ketinggalan 2-0 dan bangkit untuk menyamakan kedudukan seri 2-2 ketika menentang Palermo.

Pada 25 November, beliau bermain sebagai kapten pasukan Milan buat pertama kali selepas Daniele Bonera dan Massimo Ambrosini dikeluarkan dan Christian Abbiati tercedera ketika menentang Juventus. Pada 11 Jun 2013, Naib Presiden Milan, Adriano Galliani menyatakan bahawa Montolivo akan menjaid kapten pasukan seterusnya buat Milan selepas Massimo Ambrosini tidak melanjutkan kontrak dengan skuad Rossoneri.

Pada 13 April 2014, Montolivo menjaringkan gol menarik pada minit ke-23 yang membolehkan Milan menang empat perlawanan berturut-turut. Selepas mengalami kecederaan kaki yang teruk pada perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia menentang Ireland pada 31 Mei, beliau terpaksa dikeluarkan selama enam bulan dan kembali menjaringkan gol ketika menentang Udinese pada 30 November, menang 2-0.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Montolivo (berjersi biru) dan Andy Carroll dari England merebut bola ketika Euro 2012.

Pada Oktober 2007, Montolivo dipanggil oleh Roberto Donadoni untuk menentang Georgia pada saingan kelayakan Euro 2008. Beliau tidak bermain pada perlawanan itu namun beliau membuat debut untuk pasukan Itali menentang Afrika Selatan, menang 2-1. Pada Mei 2008, beliau termasuk dalam pemilihan skuad Itali ke UEFA Euro 2008 namun tidak tersenarai dalam senarai akhir 23 pemain. Walau bagaimanapun, jurulatih Donadoni mengatakan beliau akan menjadi kunci utama pemain tengah Itali pada suatu hari nanti.[4]

Pada Jun 2009, beliau dipilih untuk bermain di Piala Konfederasi FIFA 2009. Itali walau bagaimanapun tersingkir dalam peringkat kumpulan. Montolivo memulakan perlawanan di kejohanan itu ketika menentang Brazil dan dua perlawanan lain sebagai pemain gantian. Pada tahun 2010, Montolivo termasuk dalam skuad Marcello Lippi untuk Piala Dunia FIFA 2010. Berikutan Andrea Pirlo mengalami kecederaan, beliau bermain sepenuhnya perlawanan untuk kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Paraguay dan New Zealand. Pada perlawanan terakhir kumpulan, beliau digantikan oleh Pirlo pada minit ke-56 yang menyaksikan skuad Itali tewas mengejut 3-2 kepada Slovakia dan juga skuad Itali tersingkir.

Montolivo menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menang 2-1 ke atas Sepanyol. Montolivo bermain sebanyak empat perlawanan di UEFA Euro 2012 yang menyaksikan skuad Itali menjadi naib juara kejohanan.

Montolivo termasuk dalam senarai 30 pemain Itali ke Piala Dunia FIFA 2014 tetapi dikeluarkan disebabkan mengalami kecederaan kaki pada perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland pada 31 Mei.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Mei 2014.
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2007 1 0
2008 2 0
2009 8 0
2010 8 0
2011 12 1
2012 9 1
2013 16 0
2014 2 0
Jumlah 58 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
10 Ogos 2011 Bari, Itali  Sepanyol
1–0
2–1
Persahabatan
2
16 Oktober 2012 Milan, Itali  Denmark
1–0
3-1
Kelayakan Piala Dunia 2014

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Itali

Individu[sunting | sunting sumber]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Montolivo dilahirkan di sebelah ibu keturunan Jerman manakala bapa orang Itali. Selain memegang pasport Itali, Montolivo juga memegang pasport Jerman. Beliau mengatakan bahawa pemain seperti Francesco Totti, Zinedine Zidane dan Frank Lampard adalah idolanya.

Montolivo mampu bercakap bahasa Jerman dengan fasih dan beliau juga dikenali dengan pegangan ateis.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Dicapai pada 5 Jun 2013.
  2. ^ name="Statistics"
  3. ^ http://www.acmilan.com/it/teams/roster_player/2916
  4. ^ "Donadoni wytłumaczył decyzję o skreśleniu Montolivo". Serie A. Dicapai pada 24 Oktober 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Dario Dainelli
kapten Fiorentina
2009–2011
Diikuti oleh:
Alessandro Gamberini
Didahului oleh
Massimo Ambrosini
kapten Milan
2013–kini
Pemegang jawatan kini