Christian Maggio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Christian Maggio
Christian Maggio BGR-ITA 2012.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhChristian Maggio[1]
Tarikh lahir (1982-02-11) 11 Februari 1982 (umur 37)
Tempat lahirMontecchio Maggiore, Itali
Ketinggian1.84 m (6 ka +38 in)[2]
Posisi permainanBek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor11
Kerjaya remaja
1997–2000Vicenza
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2000–2003Vicenza38(1)
2003–2006Fiorentina56(2)
2006Treviso (pinjaman)11(0)
2006–2008Sampdoria60(11)
2008–Napoli220(20)
Pasukan kebangsaan
2000–2001Itali B185(1)
2000–2002Itali B2024(3)
2002Itali B212(0)
2008–2014Itali34(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 20 Mac 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 5 Mac 2014

Christian Maggio (lahir 11 Februari 1982) merupakan pemain bola sepak Itali yang kini bermain untuk kelab Napoli dan pasukan kebangsaan Itali di posisi bek kanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Vicenza[sunting | sunting sumber]

Maggio memulakan kerjayanya di Vicenza dan membuat debut Serie A pada musim 2000-01 dan beliau bermain enam perlawanan pada musim itu. Walau bagaimanapun, pasukannya telah tersingkir dan turun ke Serie B pada penghujung musim. Maggio kekal bersama Vicenza sehingga 2003 dengan membuat 38 kemunculan pada jumlah kesemuanya dan hanya menjaringkan satu gol.

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Pada 2003, Maggio menandatangani kelab ACF Fiorentina. Maggio mula bermain untuk Fiorentina ketika pasukannya mereka naik dari Serie B pada musim 2004-05. Beliau bermain 13 kali di musim 2005-06 dan hanya tiga kali pada musim 2006-07. Dalam jumlah kseluruhan, Maggio bermain 56 perlawanan The Viola dan hanya menjaringkan dua gol dalam tempoh empat tahun. Maggio dipinjam ke Sampdoria pada musim 2006-07 dengan bayaran 150 ribu euro. Pada penghujung musim, Sampdoria membeli beliau dengan harga 1.5 juta euro.

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat aksi bersama Sampdoria pada musim 2007-08 dan menjaringkan sembilan gol dalam 29 penampilan. Beliau kemudian dibeli oleh Napoli dengan harga 8 juta euro.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Maggio bermain untuk Napoli pada saingan Liga Europa menentang Dinamo Moscow.

Pada 18 Oktober 2009, Maggio menjaringkan gol lewat perlawanan untuk membantu Napoli bangkit dan menang ke atas Bologna. Maggio membantu Napoli menang ke atas Fiorentina 1-0 hasil jaringan beliau pada lewat perlawanan. Pada 24 Januari 2010, beliau menjaringkan gol voli ketika menentang Livorno. Pada 6 Disember 2010, Maggio sekali lagi menjaringkan gol lewat perlawanan pada masa tambahan dan melihat Napoli mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Palermo. hasil jaringan beliau.

Ketia musim 2011-12, beliau banyak membuat aksi hebat dalam jentera serangan. Beliau telah menjaringkan tiga gol dan membuat tiga hantaran dalam 33 perlawanan liga untuk Napoli. Pada perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Chelsea, Maggio terpaksa dikeluarkan daripada padang pada minit ke-37 selepas mengalami kecederaan. Napoli tewas 5-4 pada agregat selepas masa tambahan dan Maggio terlepas tujuh perlawanan seterusnya. Beliau membantu Napoli untuk menjuarai Coppa Italia ke atas juara Juventus. Kemenangan ini merupakan trofi pertama Napoli sejak 1990 ketika di bawah Diego Maradona. Aksi beliau telah meletakkan naam beliau dalam Pasukan Serie A 2011-12.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Maggio telah dipanggil oleh Marcello Lippi dan membuat penampilan pertama antarabangsa bersama Itali pada 19 November 2008 pada perlawanan persahabatan menentang Greece. Beliau menggantikan Mauro Camoranesi pada minit ke-61. Beliau mengambil bahagian di kejohanan Piala Dunia 2010 dan beliau bermain pada perlawanan terakhir kumpulan menggantikan Gianluca Zambrotta yang menyaksikan pasukannya tewas mengejut 3-2 kepada Slovakia.

Di bawah jurulatih baru, Cesare Prandelli, beliau menjadi pemain regular di posisi bek kanan dan mengambil bahagian di UEFA Euro 2012. Maggio bermain dua perlawanan peringkat kumpulan untuk Itali di Euro iaitu ketika seri 1-1 menentang Sepanyol dan Croatia. Maggio juga tampil dalam penentuan penalti pada perlawanan menentang England yang menyaksikan Itali menang 4-2 pada suku akhir sebelum Itali layak perlawanan akhir dan tewas 4-0 kepada Sepanyol. Maggio juga mengambil bahagian di Piala Konfederasi 2013 dan skuad Itali di tempat ketiga.

Beliau termasuk dalam senarai 30 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2014, tetapi beliau salah satu daripada tujuh pemain yang dikeluarkan daripada skuad selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Napoli

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Itali

Individu[sunting | sunting sumber]

Pasukan Musim Serie A: 2010–11, 2011–12, 2012–13

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Dicapai 5 June 2013. 
  2. ^ "Christian Maggio – Profile". Confederations Cup Brazil 2013. FIFA.com. Dicapai 21 January 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]