Felda Kampung Awah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

FELDA Kampung Awah merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Kawasan rancangan penempatan ini telah dibuka pada tahun 1962. Kawasan ini asalnya adalah hutan rimba yang dipanggil sebagai Seri Laman Cincin. Apabila penempatan FELDA dibuka, maka ianya dinamakan sebagai FELDA Kg Awah kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Kampung Awah (Perkampungan Melayu Tradisional)