Fenghuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Fenghuang

Patung Fenghuang, kota Nanning, Guangxi, China
Nama Cina
Cina Tradisional: 鳳凰
Cina Ringkas: 凤凰
Nama Jepun
Kanji: 鳳凰
Nama Korea
Hangul: 봉황
Hanja: 鳳凰
Nama Vietnam
Quốc ngữ: Phượng/Phụng Hoàng

Fenghuang atau burung hong (dialek Baba)[1] ialah raja segala burung dalam mitos Asia Timur. Jantannya dipanggil Feng dan betinanya pula Huang. Walaupun begitu, dewasa ini jantina burung ini jarang dibezakan, maka Feng dan Huang dikaburkan menjadi lambang kebetinaan yang boleh berpasangan dengan naga Cina yang berlambang kejantanan. Fenghuang juga dikenali sebagai "Ayam Jaguh Mulia" (Cina Tradisional: 鶤雞 kūnjī) kerana adakalanya mengambil tempat bintang Ayam dalam zodiak Cina. Di dunia Barat, burung mitos ini dikenali sebagai Phoenix Cina, tetapi juga boleh dibandingkan dengan cenderawasih mitos kerana kecantikannya. Kota Purba Fenghuang ialah sebuah penempatan kuno yang terletak di wilayah Hunan.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Burung Fenghuang sering digambarkan menyambar ular dengan cakar sambil melebarkan sayapnya. Mengikut catatan Erya, bab 17 Shiniao, Fenghuang dikatakan berparuh ayam jantan, bermuka burung layang-layang, berdahi ayam, berleher ular, berdada angsa, berbelakang kura-kura, bersukuan belakang rusa jantan dan berekor ikan.[2] Kini pula, burung mitos ini sering dihuraikan sebagai gabungan anggota badan beraneka burung termasuklah berkepala kuang emas, berbadan itik cina, berekor merak jantan, berkaki jenjang, berparuh kakaktua, dan berkepak layang-layang.

Badannya melambangkan enam jasad cakerawala. Kepalanya ialah angkasa, matanya ialah suria, belakangnya ialah bulan, sayapnya ialah angin, kakinya ialah bumi, dan ekornya ialah planet-planet. Bulu-bulu pelepahnya berwarna lima warna asas: hitam, putih, merah, biru dan kuning. Adakalanya burung Fenghuang digambarkan berkaki tiga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "burung". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 51. ISBN 978-0-8048-3778-1.
  2. ^ [《尔雅·释鸟》郭璞注,鳳凰特徵是:“雞頭、燕頷、蛇頸、龜背、魚尾、五彩色,高六尺许”。] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]