Frank Swettenham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Sir Frank Swettenham

Sir Frank Swettenham by John Singer Sargent 1904.jpg
Oil painting of Swettenham by John Singer Sargent
King of Arms of the Order of St Michael and St George
Dalam jawatan
1925–1938
Didahului olehSir Montagu Ommanney
Digantikan olehSir William Weigall
MajoritiBritish
Gabenor dan Panglima Tertinggi Negeri-Negeri Selat ke-15
Dalam jawatan
5 November 1901 – 16 April 1904
RajaVictoria
Edward VII
Didahului olehJames Alexander Swettenham (acting Governor)
Digantikan olehSir John Anderson
Resident-General of the Federated Malay States
Dalam jawatan
1 Julai 1896 – 4 November 1901
Didahului olehNewly Created
Digantikan olehWilliam Hood Treacher
Residen Perak ke-5
Dalam jawatan
1 Jun 1889 – 30 Jun 1896
Didahului olehHugh Low
Digantikan olehWilliam Hood Treacher
Residen Selangor ke-3
Dalam jawatan
September 1882 – Mac 1884
Didahului olehWilliam Bloomfield Douglas
Digantikan olehJohn Pickersgill Rodger
Residen Perak ke-2
Dalam jawatan
5 November 1875 – Mac 1876
Didahului olehJames W. W. Birch
Digantikan olehJames G. Davidson
Butiran peribadi
Lahir(1850-03-28)28 Mac 1850
Belper, England
Meninggal dunia11 Jun 1946(1946-06-11) (umur 96)
London, UK
PasanganConstance Sydney Holmes (Sydney Swettenham) (k. 78; c. 38)
Vera Seton Guthrie (k. 1939–1946)
KediamanKing's House, Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPegawai jajahan

Sir Frank Athelstane Swettenham (28 Mac 1850 - 11 Jun 1946) ialah Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini sebahagian daripada Malaysia) antara 1 Julai 1896 hingga 1901. Beliau merupakan salah seorang daripada hampir empat puluh orang pegawai Empayar British yang menentang Malayan Union.

Pengalamannya di Tanah Melayu membawa kepada karangan beberapa karya bersejarah yang penting, iaitu suatu kamus "Perbendaharaan kata bahasa Inggeris-bahasa Melayu" ("Vocabulary of the English and Malay languages") yang tidak sempat disiapkan,[1] serta menerbitkan dua buah buku iaitu Malay Sketches dan Unaddressed Letters.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Belper, Derbyshire, England sebagai anak keempat James Oldham Swettenham, Swettenham menjadi kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau lulus dalam peperiksaan akhir pengajian Bahasa Melayu pada Julai 1872 dan menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah. Jawatan-jawatan yang dipegangnya kemudian termasuk:

  • 1872 - 1873: Pemungut Hasil Tanah bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
  • 1874: Duta khas negeri Perak pada bulan Januari, Jun, dan Julai; Penolong Residen Negeri Perak pada bulan Disember
  • 1876: Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • 1881: Setiausaha Kolonial
  • 1882: Residen Inggeris di Selangor
  • 1886: Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India

Pentadbiran Negeri-negeri selat[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Residen Perak pada 1889. Pada waktu inilah Tanah-Tanah Melayu Bersekutu ditubuhkan hasil penggabungan keresidenan Selangor bersama Perak (yang dipimpinnya pada masa itu.), Negeri Sembilan dan Pahang pada tahun 1895.

Beliau menjadi Gabenor dan Ketua Residen pertama serta Panglima Tertinggi Negeri-Negeri Selat pada Oktober 1901.[2]

Rundingan dengan kerajaan Siam[sunting | sunting sumber]

Swettenham ada cuba berunding dalam wewenangnya sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dengan pihak Siam Rattanakosin untuk mendapatkan pengaruh di negeri-negeri utara termasuk Kelantan dan Terengganu. Siam memberi persetujuan dengan syarat calon pegawai-pegawai yang dipilih oleh pihak British akan diberi pengesahan oleh kerajaan di Bangkok bukan Pejabat Luar Negeri British. Hanya Pattani sahaja yang tidak dilepaskan.[3]

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Swettenham bersara pada tahun 1904, dan dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Diraja Mauritius.

Anugerah dan kehormatan[sunting | sunting sumber]

Patung Frank Athelstane Swettenham di Muzium Negara Malaysia.
  • C.M.G.
  • K.C.M.G.
  • C.H. (Darjah Kebesaran Teman-teman Mulia)
  • G.C.M.G. (Darjah Kebesaran St Michael dan St George)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barlow, Henry S. (1995). Swettenham. Kuala Lumpur: Southdene. m/s. 477.
  2. ^ "No. 27360". The London Gazette. 1 October 1901. m/s. 6395.
  3. ^ Barlow, Henry S. (1995). "Chapter 39 The Problem of Siam: Reality of Failure". Swettenham. Kuala Lumpur: Southdene.