Fufu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fufu
Semangkuk fufu
Nama alternatifFoofoo; foufou; fufuo; foutou;
sakora; sakoro;
couscous de Cameroun
JenisBubur
Tempat asalGhana Sunting ini di Wikidata
Bahan utamaLazimnya ubi kayu
Tenaga makanan
(setiap 100 g hidangan)
267 kcal (1118 kJ)
Nilai pemakanan
(setiap 100 g hidangan)
Proteing
Lemak15 g
Karbohidrat84 g
Hidangan serupaPap; nsima; sadza; ugali
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fufu (atau foofoo, fufuo, foufou) adalah makanan ruji biasa dimakan masyarakat-masyarakat banyak negara Barat dan Tengah Afrika sehingga sejauh Caribbean; ia dihasilkan dengan mencampurkan dan menumbuk tanaman kanji khususnya ubi kayu dan pisang tanduk sehingga likat sehendak.[1] Makanan ini dimakan kepal dengan tangan dan sering disajikan dengan sup atau kuah pelbagai rasa.

Makanan ini dipercayai berasal dari kawasan Ghana moden[2] dimakan orang-orang Asante, Akuapem, Guang, Akyem, Bono dan bangsa Fante dari etnik Akan.

Cara pembuatan[sunting | sunting sumber]

Tanaman kanji seperti kekacang, ubi kayu dan pisang tanduk direbus empuk sebelum dilenyekkan dengan alu panjang.[3] Penumbukan ini memakan tenaga dan masa yang banyak sehingga sering dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan jika mampu.

Terdapat juga mesin pengadun yang dikembangkan khas untuk mempercepatkan penghasilan fufu, seperti Foufoumix.[4]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Di Afrika[sunting | sunting sumber]

Di Côte d'Ivoire, fufu boleh dibahagikan kepada dua jenis: foutou[5] yang berlauk menggunakan keladi dan ubi manakala foufou[5] yang manis daripada pisang selain pisang tanduk.

Fufu yang dibuat di Congo-Kinshasa lebih menggunakan tepung ubi atau tepung jagung serta dihidangkan bersama lauk-pauk daging atau ikan.[6]

Di rantau Caribbean[sunting | sunting sumber]

"Fufú" Caribbean dimasak lebih padat dengan rasa lebih kuat. Masakan masyarakat yang memakan ia semakin jauh dari Cuba semakin kurang dirasai kelikatannya.[7] Bahan mentah yang disediakan untuk fufú jenis ini (termasuk buah sukun dan ubi keledang) juga lebih digoreng celur sekali dahulu serta ditambah bahan sampingan lain melengkapkan rasa sebelum dilenyek.[8]

Terdapat resipi tertentu dalam masakan turunan fufu seperti mofongo di Puerto Rico di mana kuah daging dituangkan atas gumpalan kanji sebelum dijamukan.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Makanan sama sifat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nweke, Felix I. "THE CASSAVA TRANSFORMATION IN AFRICA". United Nations. Dicapai pada 10 Jun 2014.
  2. ^ Siciliano-Rosen, L. "Fufu." Encyclopedia Britannica.https://www.britannica.com/topic/fufu
  3. ^ Akindès, Francis (1991). "Restauration populaire et sécurité alimentaire à Abidjan" (PDF). Cahiers des Sciences Humaines (dalam bahasa Perancis). 27 (1–2): 169–179.
  4. ^ Parent, Salomé (23 Mei 2017). "Le Foufoumix gagne du terrain dans les cuisines togolaises". Jeune Afrique (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 10 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ a b masing-masing disebut [fu.tu] dan [fu.fu]
  6. ^ Massoumou, Omer; Queffélec, Ambroise (2007). Le français en République du Congo: sous l'ère pluripartiste (1991-2006) (dalam bahasa Perancis). Archives contemporaines. m/s. 213. ISBN 9782914610421.
  7. ^ Martinez, Daisy (2013). Daisy Cooks!: Latin Flavors That Will Rock Your World. Hachette Books. ISBN 9781401306120.
  8. ^ Wheatley, Christopher (1997). Metodos para agregar valor a raices y tuberculos alimenticios: manual para el desarrollo de productos. CIAT. m/s. 17. ISBN 9589439896.
  9. ^ Garth, Hanna (2013). Food and Identity in the Caribbean. Bloomsbury Press.