Fuuyo!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Fuuyo!
Album studio oleh
Dilancarkan pada
November 2003
Dirakamkan pada
2002–2003
Genre
SyarikatAcid Rain Records
PenerbitAfdlin Shauki (eksekutif)
Single dari album Fuuyo!
  1. "Daku Percaya"
    Tarikh keluaran: 2003
  2. "Aku Lelaki"
    Tarikh keluaran: 2003

Fuuyo! merupakan album studio pertama dan terakhir oleh pelakon dan penyanyi Malaysia, Afdlin Shauki, dikeluarkan pada November 2003 oleh Acid Rain Records. Antara lagu popular di dalam album ini ialah "Daku Percaya" dan "Aku Lelaki".[1][2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kulit album Fuuyo! menampilkan Afdlin yang memakai sut angkasa lepas dan berjalan di bulan.[3]

"Daku Percaya" merupakan single pertama Afdlin untuk album Fuuyo!. Lagu ini juga menjadi lagu latar untuk filem arahan beliau Buli (2004) dan Buli Balik (2006). Single lain di dalam album ini termasuk "Aku Lelaki" yang menjadi lagu tema filem Baik Punya Cilok (2005). Afdlin turut merakamkan lagu "Tiada Lagi" yang ditujukan khas kepada ibu saudaranya yang meninggal dunia akibat kanser.[4][5]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Rakyat Malaysia Pertama Di Angkasa Lepas"   3:55
2. "Sampai Bila" (ft. Joe Flizzow) 5:07
3. "Am I Too Late"   4:50
4. "Aku Lelaki"   4:16
5. "Bukan Cinta"   5:32
6. "Waras Prelude In G Minor"   1:26
7. "Waras"   4:45
8. "Tuan & Hamba"   4:21
9. "Mangsa Keadaan"   4:39
10. "Daku Percaya"   4:37
11. "Tiada Lagi"   5:03
12. "Gadis Pilihan Ibu"   3:37
13. "Disco Dancer"   3:58
14. "Ku Tak Mahu"   5:14
15. "Hingga Ke Akhirnya"   5:30
16. "Mia Sara"   3:42
17. "Reprise (Tragedi Kisah Benar)"   1:45

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh dari catatan media album Fuuyo!.[6]

  • Afdlin Shauki - penerbit eksekutif
  • Nazatul Shima - penyelaras
  • Priscilla Orow - penyelaras
  • Jefri Adzman - pereka kulit album, reka bentuk
  • Greg Henderson - juruadun
  • Paul Morrison - juruadun
  • Rahmat - juruadun, jururakam
  • Pek Fui - jururakam
  • Aji - gitar
  • Dan Harris - gitar
  • Fendi - bes, dram
  • Pacai - bes, jururakam
  • Gary Gideon - dram
  • Luke Mason - dram
  • Acis - keyboard, jururakam
  • Hari 'The Haze' - keyboard
  • Mac Chew - keyboard

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Kulit Album Terbaik Fuuyo! Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu "Sampai Bila" Tercalon
Artis Baru Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suzan Ahmad (14 Mac 2004). "Afdlin memang ada class". Berita Minggu. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  2. ^ Faridul Anwar Farinordin (8 Disember 2003). "Afdlin's funky, cheeky `Fuuyo!'". New Straits Times. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  3. ^ "Afdlin dedah hasrat mahu ke bulan!". CyBerita. 21 November 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2003. Dicapai pada 27 Julai 2018.
  4. ^ "Afdlin Shauki - Penantian 12 tahun berakhir". Utusan Malaysia. 6 April 2002. Dicapai pada 20 September 2018.
  5. ^ Hafidah Samat (16 Mac 2002). "The arty chameleon". New Straits Times. Dicapai pada 25 Oktober 2019.
  6. ^ Fuuyo! (Catatan media). Afdlin Shauki. Acid Rain Records. 2003.CS1 maint: others (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]