Baik Punya Cilok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Baik Punya Cilok
Baik punya cilok.jpg
Pengarah Afdlin Shauki
Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai
Penulis Afdlin Shauki (cerita & lakon layar)
Dibintangi oleh Afdlin Shauki
Hans Isaac
AC Mizal
Awie
Pengedar Tayangan Unggul Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Baik Punya Cilok merupakan fikem komedi yang diarahkan oleh Afdlin Shauki dan dibintangi oleh dirinya sendiri, Hans Isaac, AC Mizal dan Awie. Filem ini mengisahkan lima sahabat iaitu Aben, Bob, Jerry, Wak dan Leman yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, tauke pajak gadai bagi mendapatkan kembali keronsang nenek Wak yang digadaikannya ketika berkahwin dengan isterinya dulu. Pelbagai peristiwa lucu terjadi semasa mereka melakukan perancangan untuk mendapatkan keronsang itu semula.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Disember 2005.

Filem ini mengejutkan banyak pihak kerana kutipan tayangan selama seminggu mencecah RM1 juta.Untuk meraikan ulang tahun ke-10, filem ini telah diadaptasikan kepada bentuk teater di Istana Budaya pada tahun 2015.[1]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Kisah lucu 4 orang sahabat, ABEN (Afdlin Shauki), BOB (Awie), JERRY (Hans Isaac) dan WAK (AC Mizal) yang berpakat untuk merompak TAUKE WONG (Patrick Teoh), seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini NAZATUL (Nadia Mustaffa). Menyedari nilainya begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda. Wak tidak mampu membayarnya.

Dalam keadaan yang terdesak, 4 sahabat itu merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut… lagaknya seperti Robin Hood abad baru. Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu. Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa. Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir.

Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur. Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka. Tanpa diduga, kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong. Kedai tersebut telahpun dirompak terlebih dahulu oleh orang lain! Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya. Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak. Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri. Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry. Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi. Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Hans Isaac memegang watak sebagai Jerry dalam filem ini.
  1. Afdlin Shauki sebagai Aben
  2. Hans Isaac sebagai Jerry
  3. AC Mizal sebagai Wak
  4. Awie sebagai Bob
  5. Patrick Teoh
  6. Harun Salim Bachik
  7. Carmen Soo
  8. Harith Iskander
  9. Ida Nerina
  10. Riezman Khuzaimi
  11. Nadia Mustaffa
  12. Din Beramboi

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Baik Punya Cilok - Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac & AC Mizal

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]