Buli Balik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Buli Balik
Buli balik 01.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenerbitAhmad Puad Onah
PenulisAfdlin Shauki (lakon layar)
Dibintangi olehAfdlin Shauki
Hans Isaac
Nasha Aziz
Sharifah Shahirah
Ako Mustapha
Umie Aida
Muzik oleh
  • Pacai
  • Afdlin Shauki
SinematografiIndra Che Muda
Disunting oleh
  • Faizul Mohd Noh
  • Afdlin Shauki
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Vision Works
Tall Order Productions
Mula ditayangkan
26 Januari 2006[1]
Tempoh tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 2.3 juta

Buli Balik[2] ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2006 yang ditayangkan kepada umum pada 26 Januari 2006 di seluruh negara, ia merupakan kesinambungan kepada filem Buli yang ditayangkan pada 2004. Buli Balik ialah filem ketiga arahan Afdlin Shauki dan terbitan bersama Grand Brilliance, Vision Works dan Tall Order Productions.[3]

Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama Nasha Aziz, Hans Isaac dan turut dibintangi oleh Umie Aida, AC Mizal dan Patrick Teoh, seperti dua filemnya terdahulu iaitu Buli (2004) dan Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik juga mendapat sambutan menggalakkan di pawagam.[4][5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini dimulakan selepas enam bulan tragedi Roy dilanggar. Roy dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin. Menurut Doktor Selina, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang tetapi Shaff tidak setuju. Adakah Nordin akan membalas dendam terhadap Roy? Filem ini akan merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Afdlin Shauki memgang watak Nordin, menulis skrip dan mengarahkan filem ini.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan istimewa[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Christina Orow sebagai Pembaca Berita
  • Zikri Adib Kurnia sebagai Roy kecil
  • Syed Abdul Hakim sebagai Nordin remaja
  • Adly Bakri Shaary sebagai Roy remaja
  • Azman Arshad sebagai Mat Gigi
  • Mazalan Zulkifli sebagai Mat Gelap
  • Azrul Sharin sebagai Sekuriti I
  • Rashid Salleh sebagai Buli Hunter
  • Mohd Faiz Mamat sebagai rakan remaja Roy I
  • Mohd Zhafir Safarudin sebagai rakan remaja Roy II
  • Aizam Syamsul Aksan sebagai rakan remaja Roy III

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Buli Balik ialah sebuah filem usaha sama antara Grand Brilliance dan Vision Works, milik Afdlin Shauki dan Tall Order Production, milik Hans Isaac.[6] Nasha Aziz turut melaburkan sahamnya dalam penerbitan filem ini melalui syarikat Vision Works.[7] Filem yang menelan belanja RM1.5 juta dan menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar ibukota, Cyberjaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan dari Januari hingga Februari 2005.[7][1] Menariknya, lokasi yang dipilih, biarpun bukan tepat tumpuan tetapi kelihatan mahal dan bergaya. Sehari sebelum tamat penggambaran, Afdlin telah mengalami kecederaan apabila dihempap tiang lampu ketika di lokasi Port Dickson. Beliau terpaksa dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, sebaik selesai x-ray, dia kembali ke lokasi.[7]

Skrip filem ini mula ditulis oleh Afdlin sebaik sahaja Buli tamat tayangan di pawagam.[8] Watak-watak sampingan yang dipilih untuk membintangi filem tersebut bukanlah calang-calang orang. Hampir kesemuanya adalah pelakon berkaliber yang mempunyai reputasi unggul dalam dunia perfileman tanah air. Antaranya termasuklah nama-nama seperti Harun Salim Bachik, Ida Nerina, Umie Aida, Harith Iskander dan Patrick Teoh. Malah pengarah Aziz M. Osman turut dijemput membintangi filem sambungan Buli itu, menurut Afdlin, dia berbangga apabila ramai kalangan pelakon yang dipelawa, menerima tawaran membintangi filem tersebut.[7] Filem ini juga ditujukan oleh Afdlin khas untuk ibunya.[9]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Buli Balik ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Januari 2006 hiingga kejayaan komersial.[10] Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta di pawagam, tidak lama selepas tayangan perdana rasmi.[11]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi filem Buli Balik mengandungi 8 lagu, dengan 5 daripadanya dinyanyikan oleh Afdlin Shauki, dimuatkan dalam album Fuuyo!.

Senarai lagu
  1. "Waras" — Afdlin Shauki
  2. "Mangsa Keadaan" — Afdlin Shauki
  3. "Tiada Lagi" — Afdlin Shauki
  4. "Cerita Ku Ingat" — Afdlin Shauki
  5. "Hingga Ke Akhirnya" — Afdlin Shauki
  6. "Pada Senyummu" — Pot (Innuendo)
  7. "Naluri" — Pacai
  8. "U Sure Or Not" — Patrick Teoh

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-19[12] Filem Terbaik Keseluruhan Filem Tercalon
Pengarah Terbaik Afdlin Shauki Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Menang
Lakon Layar Terbaik Afdlin Shauki Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hans Isaac Menang
Anugerah Skrin 2006[13] Filem Terbaik Keseluruhan Filem Menang
Pengarah Terbaik Afdlin Shauki Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Afdlin Shauki Tercalon
Lakon Layar Terbaik Filem Afdlin Shauki Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Catatan penerbitan Buli Balik". Filemkita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-27. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  2. ^ Radin Sri Ghazali (1 Februari 2006). Buli Balik... Membawa reformasi kepada erti 'sekuel'[pautan putus] mStar. Dicapai pada 1 Februari 2013.
  3. ^ "Afdlin Shauki kembali dengan Buli Balik", Harian Metro, 19 Januari 2006.
  4. ^ Buli Balik lucu dan tragis Diarkibkan 2018-02-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (31 Januari 2006). Diperoleh pada 7 Februari 2010.
  5. ^ "Afdlin returns with Buli Balik", New Straits Times, 23 January 2006.
  6. ^ Zainuri Misfar (26 Januari 2006). "Buli Balik bukan Baik Punya Cilok". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  7. ^ a b c d Wanda Idris (19 Februari 2005). Buli Balik pemegang saham pegang watak utama Diarkibkan 2017-09-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 19 Februari 2011.
  8. ^ Sharifah Arfah (5 April 2004). "Get set for 'Buli II'". New Straits Times. Dicapai pada 19 Julai 2020.
  9. ^ Abdul Aziz Itar (14 Januari 2006).Buli Balik Afdlin dedikasikan untuk ibu Diarkibkan 2018-02-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  10. ^ Buli Balik director, film win top awards The Star (Malaysia) (23 December 2006). Retrieved on February 7, 2010.
  11. ^ "Buli Balik meletup di pawagam". Berita Harian. 6 Februari 2006. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  12. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (7 Ogos 2006). Festival Filem Malaysia ke-19 diungguli pencalonan GBSB Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Februari 2015.
  13. ^ MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH dan SHAZRYN MOHD. FAIZAL (22 Disember 2006). Bakal dominasi anugerah Gubra, Sepet dan Episod Terakhir? Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Januari 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]