Buli (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini adalah mengenai filem Buli. Untuk mengetahui tentang jenayah Buli, sila lihat: Buli.
Buli
Buli.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenerbitJohari Amat
Lazizah Ahmad (penerbit eksekutif)
PenulisAfdlin Shauki (lakon layar)
Dibintangi olehAfdlin Shauki
Hans Isaac
Nasha Aziz
Sharifah Shahirah
Ako Mustapha
PengedarGrand Brilliance
Mula ditayangkan
11 Mac 2004[1]
Tempoh tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 1.6 juta

Buli ialah sebuah filem drama aksi komedi Malaysia 2004 yang ditayangkan pada 11 Mac 2004 terbitan Grand Brilliance.[2] Ia merupakan filem sulung arahan Afdlin Shauki dan beliau sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini.[3] Filem ini dibintangi oleh Hans Isaac, Nasha Aziz, Hattan, Ako Mustapha, Sharifah Shahirah dan menampilkan barisan pelakon undangan.[4][5] Kesinambungannya, Buli Balik ditayangkan di pawagam dua tahun kemudian iaitu pada 2006.

Plot[sunting | sunting sumber]

Nordin (Afdlin Shauki), seorang lelaki yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Dia sentiasa dibuli oleh Roy (Hans Isaac) sejak sekolah rendah lagi. Apabila Nordin sudah dewasa dan sudah menjadi pereka perisian komputer di sebuah syarikat perkomputeran, beliau ingatkan masalah bulinya sudah berakhir.

Dia mula mempunyai keyakinan diri sehinggalah munculnya kembali Roy, rakan sekolahnya yang tampan dan bergaya untuk berkerja di syarikat yang sama. Roy kembali menghantui kehidupan Nordin bahkan mencuri idea-idea dan hasil kerja Nordin. Pada akhirnya Nordin berjaya mengatasi masalah bulinya dengan bantuan Dr. Ika (Nasha Aziz) dan berjaya membuktikan bahawa dia bukan seorang yang lemah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Hans Isaac memegang watak sebagai Roy dalam filem ini.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

Penampilan istimewa

  • Jeslina Hashim sebagai Tipah
  • Jalil Hamid sebagai Pesakit Mental
  • Harun Salim Bachik sebagai Pesakit Patah Pinggang
  • Erma Fatima sebagai Pengarah filem Pancutan Terakhir
  • Sharifah Aleya sebagai Penolong Pengarah filem Pancutan Terakhir
  • Riezman Khuzaimi sebagai Penjual Ayam Pasaran Gelap
  • AC Mizal sebagai Rudy
  • Jason Lo sebagai Buli Jalan Raya I
  • Rashid Salleh sebagai Buli Jalan Raya II
  • Ghafir Akbar sebagai Pemandu Teksi
  • Na’a Murad sebagai Pekerja AAM
  • Nadia Mustafar sebagai Awek eksiden dengan AAM
  • Joanna Bessey sebagai Doktor Miss You March
  • Din Beramboi sebagai Hos Infomersial 'LU SLIMLAH BEB', penyampai radio (suara latar sahaja)
  • Kanya Kato sebagai Klien Jepun
  • Maya Abdullah sebagai Jurubahasa Jepun
  • Syed Zalihafe Syed Alwi sebagai Eksekutif Michaelsoft
  • Saiful Zelwani sebagai Bajingan I
  • Jiji sebagai Bajingan II
  • Nazri Jamlus sebagai Bajingan II
  • Miasara Shauki sebagai Anak pilot I
  • Anais Shauki sebagai Anak pilot II

Catatan: Senarai pelakon diperoleh daripada kredit penuh filem Buli.[7]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Buli ialah arahan sulung Afdlin Shauki dan filem pertamanya yang diterbitkan oleh Grand Brilliance,[5][8] filem ini menjalani penggambaran selama 60 hari di Kuala Lumpur, dan Lukut, Negeri Sembilan, penggambaran filem yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta dijalankan pada 2 Januari 2003 dan berakhir pada 12 Mac 2003. Anak Afdlin, iaitu Miasara dan Anais berlakon sebagai anak-anak kepada juruterbang yang dilakonkan oleh beliau sendiri.[9]

Menurut Afdlin, beliau menulis skrip filem ini semasa mengikuti kursus penulisan skrip di National Film School di London, United Kingdom (UK) pada 1996.[9] Beliau mengarahkan filem ini atas galakan Shuhaimi Baba yang berpendapat bahawa skrip Buli tulisan beliau ini berpotensi besar untuk dijadikan sebuah filem. Selain itu, beliau juga mendapat ilham sebelum menjadikan Buli sebuah filem, ketika mengikuti kursus kepimpinan pada 2001.[9] Pada April tahun sama, filem ini dikatakan akan diterbitkan oleh Habsah Hassan (penerbit Soal Hati) dan watak pelakon wanitanya pernah ditawarkan kepada Erra Fazira dan Sofia Jane.[5]

Watak lelaki utama pada awalnya dinamakan Roslin, seorang kerani bank. Bagaimanapun, ia dinamakan sebagai Nordin, seorang pereka perisian komputer.[9][10]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Buli ditayangkan pada 11 Mac 2004 dan mendapat sambutan positif daripada penonton sekaligus meraih kutipan sebanyak RM 1.6 juta semasa tayangannya. Filem ini menerima tiga anugerah (dua pencalonan, tiga kemenangan) di Festival Filem Malaysia ke-17 termasuk kategori Filem Terbaik.[11] Ia juga menerima empat anugerah di Anugerah Skrin 2005[12] dan turut memenangi Malaysia Video Awards 2004 bagi Best ASEAN Feature - Silver Awards.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-17[11] Filem Terbaik Keseluruhan Filem Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Afdlin Shauki Menang
Cerita Asal Terbaik Afdlin Shauki Menang
Pengarah Harapan Afdlin Shauki Menang
Anugerah Skrin 2005[12] Filem Terbaik Keseluruhan Filem Dicalonkan
Pengarah Terbaik Afdlin Shauki Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Afdlin Shauki Menang
Lakon Layar Terbaik Filem Afdlin Shauki Menang
9th Malaysia Video Awards, 2004 Best ASEAN Feature - Silver Awards Menang

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi filem Buli mengandungi 7 lagu, dengan 4 daripadanya dinyanyikan oleh Afdlin Shauki, dimuatkan dalam album Fuuyo!. Turut dimuatkan ialah lagu "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu" nyanyian Ramlah Ram yang mana lagu ini dinyanyikan dengan gaya tersendiri oleh AC Mizal dalam salah satu adegan filem ini.

Senarai lagu
  1. "Daku Percaya" — Afdlin Shauki
  2. "Mangsa Keadaan" — Afdlin Shauki
  3. "Sampai Bila" — Afdlin Shauki
  4. "Waras" — Afdlin Shauki
  5. "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu" — Ramlah Ram
  6. "Ayu" — Kumpulan V.E.
  7. "Nanti" — Pot (Innuendo)

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Buli Balik

Kesinambungan filem ini, Buli Balik ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Januari 2006 dan ia merupakan terbitan usahasama Grand Brilliance, Vision Works dan Tall Order Productions.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buli Filemkita.com. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  2. ^ "Buli masuk pawagam 11 Mac", Berita Harian, 9 Mac 2004.
  3. ^ "Buli, buah tangan sulung Afdlin Shauki", Berita Harian, 1 Januari 2003.
  4. ^ "Afdlin Shauki jadi mangsa buli", Harian Metro, 23 Februari 2004.
  5. ^ a b c "Afdlin makes directorial debut", New Straits Times, 31 December 2002.
  6. ^ DALAM FILEM BULI SEMUA ORANG MELIHAT SUDUT JAHAT ROY Lekat Lekit. 27 Januari 2017.
  7. ^ Buli (catatan media). Afdlin Shauki. Grand Brilliance. 2004.
  8. ^ "Buli, Afdlin’s debut flick", New Straits Times, 3 January 2003.
  9. ^ a b c d "Buli - Pengalaman Afdlin Shauki". Utusan Malaysia. 1 Mac 2004. Dicapai 2010-03-11. 
  10. ^ "Afdlin Shauki, the bully victim", The Malay Mail, 3 January 2003.
  11. ^ a b Tengku Khalidah Tengku Bidin (21 Jun 2004). Festival Filem Malaysia ke-71 - Lebih banyak filem berkualiti bertanding Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Jun 2014.
  12. ^ a b Abd. Aziz Itar (28 Ogos 2005). Anugerah Skrin 2005 - Pertama kali tanpa hadiah wang tunai Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Februari 2011.
  13. ^ Radin Sri Ghazali (1 Februari 2006). Buli Balik... Membawa reformasi kepada erti 'sekuel' mStar. Dicapai pada 1 Februari 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]