Gegar (stesen radio)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
GEGAR
Kawasan penyiaranKelantan, Pahang & Terengganu
BahasaBahasa Melayu
PemilikAstro Radio
Saluran saudaraHitz, Mix, Lite, My, Melody, Era, Sinar, Zayan, goXuan dan Raaga
Tapak webgegar.my

GEGAR[1] (dahulu dikenali sebagai THR Gegar) ialah nama sebuah stesen radio komersial swasta Malaysia yang pertama, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini, stesen ini dikendali oleh Astro Radio. Sejak 2005, stesen ini berasal daripada inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering, dan nama ini mencadangkan stesen ini menyasarkan pengguna jalan raya/lebuh raya dengan laporan trafik dan hiburan. Disebabkan kerana GEGAR bersiaran melalui frekuensi radio di Kelantan, Pahang dan Terengganu, Permata Pantai Timur telah menjadi tema rasmi stesen radio ini. Sehingga kini, GEGAR telah menjadi stesen radio nombor 1 di Pantai Timur dengan purata 4 juta orang pendengar setiap minggu. Sasaran pendengar GEGAR ialah mereka yang berusia 18–39 tahun di seluruh Pantai Timur. Namun dengan perkembangan teknologi, GEGAR tidak terhad didengari oleh pendengar di Pantai Timur namun juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Saluran Astro 863, dan di aplikasi SYOK (https://syok.my/).

Kini[sunting | sunting sumber]

THR telah dimiliki oleh Astro Radio pada tahun 2005 dan memaparkan rancangan bahasa Malaysia (GEGAR) di Pantai Timur.

Penyampai radio[sunting | sunting sumber]

Penyampai terkini[sunting | sunting sumber]

  • Azuraina Sheikh Omar (Mek Zura)
  • Shah Muhammad
  • Scha Musa
  • DJ Nazz
  • Ewan Mardzuki
  • Anna Aljuffrey

Penyampai terdahulu[sunting | sunting sumber]

  • Nasa
  • Amirul Agam (berpindah ke RAKITA FM)
  • Suzanna
  • Rezlynn Ramli

Slot Siaran GEGAR[sunting | sunting sumber]

Ahad - Khamis[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa Info Segmen
Gegar Pagi Mek Zura & Shah 06:00 - 10:00 Bermula jam 6 hingga 10 pagi, Mek Zura dan Shah akan menceriakan anda di Gegar Pagi dengan serba baharu.
Gegar 10-3 Scha Musa 10:00 - 15:00 Gegar 10-3 bersiaran dari jam 10 pagi hingga 3 petang bersama penyampai pilihan GEGAR, Scha Musa.
Gegar Petang DJ Nazz & Ewan 15:00 - 19:00 Ceriakan petang hari anda dengan Gegar Petang bersama gandingan unik dan menarik, DJ Nazz & Ewan.
Senja Pantai Timur - 19:00 - 20:00 -
Gegar Malam Anna 20:00 - 00:00 Temani malam anda dengan alunan lagu mengasyikkan di GEGAR. Segmen Gegar Malam bersiaran setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam bersama Anna. Anda boleh menghantarkan lagu pilihan menerusi laman Facebook GEGAR untuk diperdengarkan di Carta Lagu Cinta. Aplikasikan kisah cinta anda atau konflik yang melanda hubungan percintaan yang dijalani di segmen Cinta GEGAR, yang bermula dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam di hari yang sama. Anda bakal ditemani dengan lagu-lagu cinta yang pastinya membuai perasaan malam hari anda.

Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa Info Segmen
Gegar Pagi Hujung Minggu - 06:00 - 10:00
Pilihan Pantai Timur - 10:00 - 15:00
This Is Pantai Timur Ewan 15:00 - 16:00
Pilihan Pantai Timur Ewan 16:00 - 19:00
Senja Pantai Timur - 19:00 - 20:00
Carta Hits Gegar Anna 20:00 - 22:00
Pilihan Malam Minggu - 22:00 - 00:00

Sabtu[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa Info Segmen
Gegar Pagi Hujung Minggu - 06:00 - 10:00
Lagu Terbaharu dan Lagu Drama - 10:00 - 12:00
Pilihan Pantai Timur - 12:00 - 19:00
Senja Pantai Timur - 19:00 - 20:00
GEGARkustik - 20:00 - 22:00
(Ulangan) Carta Hits Gegar Anna 22:00 - 00:00

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
88.1 FM Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
106.8 FM Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung
88.8 FM Kuantan, Pahang Bukit Pelindong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans" [Astro Radio memperbaharui 11 jenama untuk menyajikan perkhidmatan yang lebih baik kepada peminat] (dalam bahasa Inggeris). Astro. 2 Januari 2018. Diarkib daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 12 Januari 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]