Molek FM
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | Kelantan Pahang Terengganu |
Slogan | Gu Pantai Timur[1] |
Tarikh siaran pertama | 9 Januari 2022 |
Bahasa | Melayu |
Pemilik | Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad (Molek FM Radio Sdn Bhd) |
Saluran kembar | Hot FM Buletin FM Fly FM 8FM |
Siaran web | dengar |
Tapak web | www |
Molek FM ialah stesen radio swasta Malaysia yang dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat radio konglomerat media Malaysia, Media Prima Berhad.[2] Stesen radio itu bertujuan untuk pendengar Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, yang disiarkan 24 jam setiap hari di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Stesen radio ini disasarkan kepada pendengar berumur 18 hingga 39 tahun selain memberi tumpuan kepada pendengar berumur 24 hingga 34 tahun di negeri Pantai Timur.[3][4]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Molek FM mula menyiarkan percubaan pada 2 Januari 2022 dan disiarkan secara rasmi dengan penyampai radio pada 9 Januari 2022.[5][6] Pada mulanya, ia menyasarkan pendengar di negeri Pantai Timur, dengan lagu-lagu 80-an hingga terkini serta Melayu, Hindi, Indonesia, Inggeris dan Thai. Malaysia hanya mempunyai dua stesen radio berbahasa Melayu di pantai timur sebelum pelancaran Molek FM iaitu Manis FM milik Husa Network Sdn Bhd dan Gegar milik Astro Radio.[7]
Pada tahun 2011, Media Prima Audio pernah melancarkan dua saluran radio khusus bagi pendengar Pantai Timur iaitu HotFM Tganu dan HotFM Kelate.[8] Kedua-dua saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2015.
Pada 31 Mei 2022, Molek FM dianugerahkan trofi "Excellence In Media Communication" bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.[9]
Pada 2 Oktober 2022, Molek FM mula bersiaran di Kuantan, Pahang melalui frekuensi 100.4 MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung bagi menggantikan slot stesen radio berbahasa Cina di bawah Media Prima Audio iaitu 8FM (dahulunya One FM).
Penyampai[sunting | sunting sumber]
Penyampai Harian[sunting | sunting sumber]
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Fizie Roslan | Fizie | 9 Januari 2022 | |
Siti Azuraina Sheik Omar | Mek Zura | ||
Daniel James Tyler | Mat Dan | ||
Abdul Karim Hassan | Kai Hassan | ||
Nazrin Nordin | DJ Nazz | 10 April 2022 |
Penyampai Hujung Minggu[sunting | sunting sumber]
- El Saifuddin
- Mek Yan
- Zetty Rashid
Bekas Penyampai[sunting | sunting sumber]
Nama | Nama samaran | Tempoh Kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Mohd Izzul Nazmi Mazri | Izzul | 9 Januari - 27 Jun 2022 | |
Kamilia Afiqah | Kamilia | 27 Mac - 29 Disember 2022 | - Merupakan juara Cek Mek Molek Tati
- berpindah ke Hot FM |
Program[sunting | sunting sumber]
![]() |
Ahad - Khamis[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Molek Pagi | Fizie & Mek Zura | 06:00 - 10:00 |
Molek 10-3 | Mek Yan | 10:00 - 15:00 |
Molek Petang | DJ Nazz & Mat Dan | 15:00 - 19:00 |
Renungan Molek | - | 19:00 - 20:00 |
Molek Malam | Kai Hassan | 20:00 - 00:00 |
Jumaat[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Jukebox Molek | - | 06:00 - 08:00 |
Terbaik Molek Pagi | Fizie & Mek Zura | 08:00 - 12:00 |
Jumaat Penghuni Hari | - | 12:00 - 14:00 |
Molek Korner | 14:00 - 19:00 | |
Renungan Molek | - | 19:00 - 20:00 |
Jukebox Molek | - | 20:00 - 21:00 |
Molek 30 Gu | Fizie & Mek Zura | 21:00 - 00:00 |
Sabtu[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Jukebox Molek | - | 06:00 - 08:00 |
Molek 30 Gu (ulangan) | Fizie & Mek Zura | 08:00 - 11:00 |
Molek Korner | 11:00 - 19:00 | |
Renungan Molek | - | 19:00 - 20:00 |
Terbaik Molek Pagi | Fizie & Mek Zura | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi[sunting | sunting sumber]
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar | Catatan |
---|---|---|---|---|
100.4 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | 0.25 kW | Frekuensi dahulu digunakan oleh 8FM. |
93.6 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | 1 kW | Frekuensi dahulu digunakan oleh Buletin FM. |
105.1 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Peringat | 2 kW | Frekuensi dahulu digunakan oleh Hot FM. |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Zaidi Mohamad (11 Januari 2022). "Fizie kembali ke konti celoteh dengan Mek Zura". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 Februari 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (24 Januari 2022). "MPA 'pecah rekod' siarkan Molek FM". BHarian. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2022). "Molek FM, Gu Pantai Timur untuk orang Kelantan dan Terengganu". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Nurshafika Suhaimi (31 Disember 2021). "Molek FM, siaran radio terbaharu Pantai Timur". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 Januari 2022.
- ^ "#Showbiz: Molek FM to serve East Coast radio listeners" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 Januari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ "Molek FM, siaran radio baharu pendengar Pantai Timur". Sinar Harian. 30 Disember 2021. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (20 Ogos 2021). "Issey kini penyampai Gegar FM, cabar diri keluar dari zon selesa - "Saya hanya nak tukar angin"". mStar. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (23 November 2011). "Hot FM Perkenal Penyampai Baru Di Kelantan & Terengganu". mStar. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Affan Rostam (31 Mei 2022). "Molek FM terima pengiktirafan". hMetro. Dicapai pada 3 Jun 2022.